Saturday, 4 June 2016

Misi Negara Berkebajikan

Cerita hujung minggu lepas. Sepetang di pusat bandaraya, mengagihkan makanan dan pakaian percuma kepada gelandangan.

Esoknya, ziarah 5 buah rumah, mengagihkan beras fidyah kiriman sahabat-sahabat dan barang keperluan dapur lain sekitar Teluk Kemang. Ditemani my very great great senior- 1st batch Form 1 Sekolah Seri Puteri@ Jalan Kolam Ayer. Sungguh tak sangka, ada sahabat sefikrah yang lahir pada zaman paling sekular di sekolah ini.

Satu soalan ringkas yang masih bergiang di cuping telinga waktu menziarahi seorang makcik keseorangan dan sudah kurang penglihatan dan pendengaran. "Mak ada lagi?" Soalan yang melarutkan fikiran saya dengan berbagai persoalan dan menimbulkan satu keinsafan yang mendalam.

Hari ini, misi kebajikan diteruskan. Sepatutnya ada 4 rumah diziarahi. 45kg beras perlu diagihkan. Tapi cuma dapat 3 rumah sahaja. Satu rumah tersilap tempat. Patutnya ke selatan, kami ke utara. Bukan Kg Sawah Rantau atau Kg Sawah Chuah, tapi Kg Sawah Sunggala. Aduh, tak terlintas langsung PD ada dua Kg Sawah:p

Ujian Allah bagi untuk menguji kesungguhan hambaNya. Moga dipermudahkan esok. 2 rumah berbaki.

No comments:

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...