Wednesday 24 March 2010

Pria Terhebat


Sambil belek-belek akhbar elektronik, tiba-tiba terjumpa tazkirah dan berita di bawah. Mungkin perkaitan keduanya agak jauh, namun kedua-duanya menyumbang pada pembinaan institusi keluarga yang berkualiti, lebih tepat, Islami.

Teringat kata-kata Dr.Muhammad bin Jantan, seorang pakar motivasi RESQ hampir 3 tahun lalu. "Sikap anak-anak akan dipengaruhi oleh sikap ibu bapa mereka 10 tahun sebelum kelahiran anak-anak itu." Opps.. Maknanya, kita sekarang ini, sudah pun perlu jaga tatasusila ke? Tepuk dada, tanya iman.



"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah."

Pejuang agama Allah tidak lahir dari rahim wanita yang lalai dan bersahaja dalam beribadah.

*Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

* Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. wanita ini sering menyatakan,"Aku membuat itu keranamu".

* Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

* Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

* Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

* Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazali..





1. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara [JPN] Datuk Alwi Ibrahim telah mendedahkan peningkatanAnak Luar Nikah [ALN] yang didaftarkan ke Jabatan Pendaftaran Negara: [Berita Minggu : 21 Mac]

a] 2007 :
16,100 anak Luar nikah
b] 2008 :
16,541 anak luar nikah
c] 2009 :
17,303 anak luar nikah

2. Datuk Alwi juga menyebut bahawa dalam tempoh 5 tahun terakhir Jabatan Pendaftaran Negara telah mencatatkan
74,723 anak luar nikah yang membabitkan orang melayu Islam. [ Fakta ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. ]

3. Sepanjang tempoh yang sama [ 5 tahun ] , seramai
214,033 bayi luar nikah didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf termasuk kes anak yang tidak berbapa dari pelbagai bangsa dalam negara kita .

4. Fakta yang saya paparkan ini satu lagi
episod kebinasaan dan kemusnahan yang sedang deras melanda negara . Membunuh sistem nilai dan memasung maruah ummah . Segalanya angkara nafsu yang tidak dipandu oleh wahyu . Hidup dalam satu sistem politik dan sosial yang terhindar dari petunjuk Allah swt dan pedoman sunnah Rasulullah saw.

5. Sistem pendidikan , perumahan , pembangunan , IT , media dan lainnya yang sangat jelas serta ketara tidak menepati syarat dan sistem Islam adalah antara penyumbang utama kepada keruntuhan moral dan akhlak . [
sebagai contoh ....]

Pendidikan : Tidak menitik beratkan pentarbiyyah untuk melahirkan insan yang soleh dan bermoral. Nilai agama dan moral tidak menjadi asas utama dalam memburu kecemerlangan akdemik .

Perumahan : Rumah murah 2 bilik tidak sesuai untuk rakyat kerana menyumbang kepada gejala sumbang mahram serta susun atur kawasan perumahan yang tidak islamik sebagai contoh kawasan perumahan yang tidak disediakan surau oleh pemajunya dan pusat pengajian agama tambahan serta kawalan akhlak dan moral selain warden yang menjaga keselamatan tetangga .

Pembangunan : Hanya memburu keuntungan sehingga dalam satu daerah biarpun majoriti muslim masih dibenarkan kedai - kedai jualan arak dan kondom secara terbuka seperti seven eleven dan pertumbuhan kelab malam , karaoke , rumah urut yang tidak terkawal tumbuh bagai cendawan selepas hujan .

6. Seperkara lagi yang saya lihat tidak kurang juga pentingnya ialah
kegagalan pihak berwajib menjalankan tanggungjawab untuk mencegah kemungkaran[ an Nahyu a'nil mungkar ] . Seketika , nasib pelacur , mak nyah lebih baik dari penceramah agama dan pendakwah yang sering diburu kerana tiada tauliah . Demikian juga nasib kelab malam dan pusat hiburan yang mendapat cop "halal" oleh pihak berkuasa tempatan nyata lebih baik dari masjid dan surau yang tidak dibenarkan menganjur majlis - majlis ilmu .

7. Apa yang berlaku ialah
al amrul bil mungkar wa nahyu a'nil makruf ! Khatib yang membaca khutbah tanpa tauliah dari jabatan agama meskipun mendapat ijazah dari universiti Islam senantiasa dalam resah dan gusar diburu oleh penguatkuasa agama berbanding rasa selamat dan selesanya mereka yang langsung tidak hadir solat jumaat .

8. Setiap kali dipersoal , pihak penguatkuasa ini sering menggunakan hujah
arahan orang atas !
Tentunya orang atasan ialah orang yang berkuasa iaitu kerajaan yang memerintah.
Malang bagi sebuah kerajaan yang memiliki kuasa dan mandat rakyat tidak menggunakannya untuk membasmi maksiat dan mungkar tetapi sebaliknya menunjukkan sikap anti agama atau anti Islam. Islam yang mereka mahu ialah Islam yang boleh kompromi dengan maksiat dan mungkar .

[ contoh :
Masjid dibina tetapi Kelab Malam juga dibina . Musabaqah Al Quran dianjur tetapi Akademi Fantasia juga dianjur . Peluang pekerjaan disedia tetapi pusat - pusat judi juga disediakan dan banyak lagi contoh contoh lain .]

9.
Bukan tidak tegur dan bukan juga tidak dinasihati , tetapi mereka sukar memahami . Kita telah menghantar memorendum , kita telah menegur dalam kunjungan hormat kita , kita juga sudah sebut dalam dialog , wacana ilmiah , debat , khutbah , kuliah , ceramah bahkan demonstrasi . Kita juga menegur mereka secara rasmi di dalam Parlimen , Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri tetapi semuanya tidak membuahkan hasil .Mereka hanya memekakkan telinga dan menggulung lidah .

10.
Menjadi tanggungjawab setiap individu untuk bangkit berjuang bagi menyelamatkan negara dari kebinasaan dan kemusnahan ini dengan membuat desakan agar syariat Islam dilaksana dan didaulatkan . Ianya adalah satu desakan berasas setelah semua pihak menyaksikan kegagalan total sistem peraturan dan undang - undang ciptaan manusia .


p/s: Mabruk kepada pasangan keempat Nottingham yang selamat diijabkabulkan. Moga pernikahan ini menjadi tangga ke syurga. Pasangan keempat tu.. Yang kelima, agak-agak siapa? Jeling-jeling pada orang Nott. *wink*


Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Nur Suhaila Zulkifli
Nottingham.

Saturday 20 March 2010

Sabar Itu Sebahagian Dari Iman

Mehrab RezaMarch 19, 2010
Subject: 2 Types of Patience
In the Name of Allah, The All-Merciful, The Most Merciful.

"Peace be upon you for what you patiently endured. Excellent indeed is the final home [Paradise]." (13:24)

Having sabr [patience] in this life is an act of obedience to Allah. Whatever occurs in our life is either in accordance with our wishes or against them. In both cases, a Muslim must practice sabr. Let’s explore this last statement insha’Allah. We will look at two types of sabr: Sabr without choice, and by choice.

When we fall gravely ill, our home is destroyed, a family member passes away, we lose a job, or all of our money runs out, we naturally turn to Allah in prayer and worship. We endure through the hard times with trust in Allah and we practice sabr. In these situations, it is easy to remember Allah and ask Him for Mercy. So in hard times, we have no other choice but to turn to Allah, because none other can help us. This is called having sabr without choice.

Now we come to the second type of sabr. Practicing sabr by choice means that we remember Allah in good times even more than we do in hard times. And this was the nature of the Companions of our Prophet (PBUH). We can practice sabr in good times by giving in charity and abstaining from spending money in a way that is haram (forbidden) and makruh (disliked). In times of good wealth, it is easy to follow our desire and spend extravagantly. And in times of good health, it is easy to engage in acts that are disliked by Allah. So we must practice sabr in order to ensure that we behave in a way that will please Allah.

It is said that believers and unbelievers alike may have sabr at a time of adversity, but only people of strong faith can have sabr at a time of ease. Willingly remembering Allah when our lives are easy is definitely the greater of the two types of sabr.

May Allah increase us in sabr and admit us into Paradise. For a fun activity, let’s see how many “Ameen” we can get on the Qur’an Weekly group wall insha’Allah.


وعن أنس رضي الله عنه قال: مر النبي صلى الله عليه وسلم بامرأة تبكي عند قبر فقال
"اتقي الله واصبري" فقالت : إليك عني ، فإنك لم تصب بمصيبتي ( ولم تعرفه، فقيل لها : إنه النبي
صلى الله عليه وسلم ، فأتت باب النبي صلى الله عليه وسلم، فلم تجد عنده بوابين، فقالت: لم
أعرفك، فقال: "إنما الصبر عند الصدمة الأولى" ((متفق عليه)) . ((وفى رواية لمسلم)): تبكي
على صبي لها .
Dari Anas r.a., katanya: "Nabi s.a.w. berjalan melintasi seorang wanita yang sedang menangis di sisi sebuah kubur. Beliau bersabda: "Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah!" Wanita itu berkata: "Ah, jauhlah daripadaku, kerana Tuan tidak terkena mushibah sebagaimana yang mengenai diriku dan Tuan tidak mengetahui mushibah apakah itu." Wanita tersebut diberitahu – oleh sahabat beliau s.a.w. - bahawa yang menegurnya tadi adalah Nabi s.a.w. Ia lalu wanita itu mendatangi pintu rumah Nabi s.a.w. tetapi di mukanya itu tidak didapatinya penjaga-penjaga pintu. Wanita itu lalu berkata: "Saya memang tidak mengenai Tuan - maka itu maafkan kata-kataku tadi." Kemudian beliau s.a.w. bersabda: "Bahawasanya sabar - yang sangat terpuji - itu ialah di kala kedatangan musibah yang pertama." (Muttafaq 'alaih)
Dalam riwayat Muslim disebutkan: "Wanita itu menangisi anak kecilnya - yang mati."

Sabar Yang Terpuji Ialah Tika Saat Pertama Datangnya Musibah


Mahu cerita satu lagi alkisah di zaman kontemporari kini. Ada pun, sahabat ini seraya menyandarkan basikal di tepi rumah seorang kenalan baiknya. Pheonix dibiarkan tidak berkunci lantaran mengejar masa yang kian suntuk. Bisik hatinya, "Tidak mengapalah. Sekejap je pun, tak sampai 10 minit. Lagi pula, Pheonix sudah dibawa masuk ke dalam pagar rumah. Mustahil ada orang mengambilnya."

Sahabat ini lupa seketika rupanya kisah Rasulullah itu.. Astaghfirullahal azim. 15 minit berlalu.. Sahabat ini terus meluru mendapatkan Pheonix.

Terkedu. Terus fikirannya celaru. "Bukankah Pheonix kuletakkan di sini? Mana perginya? Masakan 15 minit, sudah hilang? Dicuri?"

Kenalannya tadi seraya mengingatkan sahabat itu yang masih terkedu. " Cepat selesaikan pekerjaan itu dahulu. Nanti masalah kedua pula timbul." Sahabat itu tanpa soal dan bicara melangkah pergi ke destinasi utama dengan longlai. Sepanjang perjalanan, hatinya beristightifar. Memujuk diri agar bersabar. Sabar yang terpuji ialah tika saat pertama datangnya musibah.

Sepanjang perjalanan, matanya tidak henti melilau melihat basikal yang melintasi. Mengharapkan andai Pheonix muncul kembali di sisi. Pulang dari destinasi utama, sahabat itu ke kedai menjual basikal yang tidak jauh dari rumah. Adakah Pheonix di situ? Mana tahu, mungkin si pengambil sudah pun meletakkannya di situ. Namun, segalanya hampa. Kecewa..

Pujuk si sahabat, "Bersabarlah. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Allah ambil Pheonix, mungkin Dia mahu beri sesuatu yang lebih baik." Doakan.. Amin..

Kunci kereta Katrina 2 dan kunci rumah Teratak Adinda bersama kunci Pheonix (dalam kenangan).

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Nur Suhaila Zulkifli
Nottingham.

Thursday 11 March 2010

Biru Mata Hitamku

From: MF Zulkifli <chaelnino@yahoo.com>
To: kampung notts <kampungnotts@yahoogroups.co.uk
Sent: Thursday, November 12, 2009 10:28:13
Subject: [kampungnotts] picture of the day..

In the name of ALLAH, the most Gracious and Merciful GOD..

Salam. Dok belek-belek surat khabar, try have a close look between all these pics..

As the story goes, a man in his 70s was arrested for allegedly killing his wife. The following picture was published by Berita Harian:

Berita Harian

This was in The Star:

the star2

And this was in Harian Metro:

Harian Metro

Notice the blue umbrella? That umbrella has the Barisan Nasional emblem on it. Quite obviously, that umbrella was distributed by the Barisan Nasional during some kind of election as it has the “vote-BN” emblem on it.

Utusan Malaysia,thinking that the stupid masses of Malaysia might equate Barisan Nasional to a person arrested for an alleged murder because of that blue umbrella, quickly exercised its responsible journalistic discretion by DOCTORING the same photograph and published the same in its report as follows:

Utusan

This is my proof that Utusan Malaysia is the stupidest newspaper in the whole world!

p/s: Despite all the lies, untruth and skewed reporting that these newspapers have been carrying all these while, the Prime Minister recently saw it fit to hail Utusan Malaysia for, among others, “being the voice of the people“.

p/s: bila syaitan dah masuk ke dalam badan, minda sume turut dikawal, hatta isteri sendiri pun boleh dibunuh..

sumber

Best wishes,

cha yang sopan

MF Zulkifli
3rd Year BMedSc

The University of Nottingham
+00 44 (0)7515488769
blog : http://chanotts. blogspot. com

Nothing is predestined: The obstacles of your past can become the gateways that lead to new beginnings

Kata saya: Media sepatutnya bertindak menjadi penyampai yang telus. Minda masyarakat Malaysia kini bukan lagi sekadar menerima apa yang diberi, tapi menganalisa. Bak kata UHAJ, kita kini adalah generasi Y2K. Kalau ikutkan pun, sudah berapa ramai pembaca Utusan yang beralih pada Malaysia Kini dan akhbar lain. Paling tidak, blog semakin mendapat tempat. Sangat bagus bila kita dapat nilai dari sudut pandang orang yang berada di atas pagar. Lihat apa kata orang yang 'salah', dan apa kata orang yang 'betul'.

Ingat lagi 4 sifat yang perlu ada pada seorang rasul? Siddiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan), fathanah (bijaksana). Rasul adalah nabi yang diperintahkan Allah untuk menyampaikan wahyu kepada manusia sejagat. (Jawapan skema Pendidikan Islam PMR :p).Kiranya sifat-sifat ini perlu ada untuk menyampaikan maklumat. Boleh tak kalau saya kata, kredibiliti Utusan telah pun diragui kerana tidak dapat laksanakan dua sifat itu?

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Nur Suhaila Zulkifli
Nottingham.

Friday 5 March 2010

Teman Sejati

Dalam melayari lautan persahabatan yang sentiasa diuji dengan gelora, mampukah kita menjadi seteguh pasir berdepan dengan ombak yang menghempasnya? Meski tahu akan ada badai datang, tetap teguh di situ tanpa berubah. Tetap teguh meski ujian datang. Ujian bila mana deruan ombak menghembuskan kata-kata teguran yang memungkinkan hati tersentuh. Ujian bila mana musim tengkujuh menghanyutkan segala keyakinan untuk menasihati sahabat yang dikasihi.

Kadang-kadang begitu takut untuk melakukan sesuatu. Mungkin kerana takut buat salah. Kadang-kadang begitu segan untuk membawa kebaikan. Mungkin kerana tak nak nampak kolot. Dan apabila kawan kita buat salah, ditegur pula dalam keadaan yang merendahkan dirinya. Dengan alasan, teguran itu adalah kerana sayang. Di bawah ialah petikan bagaimana tidak salah untuk kita, atau kawan-kawan kita buat kesalahan. Dan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasih (rahmah) antara mukmin itu sesuatu yang dituntut.

Fudail Ibn Iyadh mengatakan:
Barangsiapa yang hendak mencari teman tanpa cacat, pasti dia tidak akan menemukan teman dan akan hidup tanpa teman.

Kerana itu bersiaplah menghadapi konsequensinya manakala engkau menjalin ikatan persaudaraan, bahawa orang yang mengikat janji denganmu tidak ma'sum (terpelihara) dari kesalahan.

Para penyair ikut berpartisipasi menyebarkan taushiyah ini, maka mereka ada dibelahan timur mengatakan:
Tiada celaan dan teguran kerana melakukan kesalahan.

Mereka dibelahan barat mengatakan:
Maafkan saudaramu bila dia datang kepadamu dengan membawa kekeliruan.

Yang lain mengatakan:
Apabila tampak kekeliruan dari temanmu, maka bersikaplah kepadanya seolah-olah tidak mengetahui kekeliruannya sebagai sikap maaf dirimu terhadap kekeliruannya.
Pemuda yang paling disukai ialah yang menutup pendengarannya terhadap berita-berita yang keji seakan-akan pada telinganya terdapat sumbatan dari setiap berita keji.

Salahkan dirimu apabila kamu diperlakukan dengan kasar oleh temanmu atau kamu melihat hakmu yang biasa kamu teirma dari mereka diabaikan.... Hai da'i muslim, engkau dituntut untuk memenuhi hatimu dengan rasa kasih sayang kerana Allah kepada saudara-saudara seiman, sebagaimana engkau dituntut untuk memenuhinya dengan kebencian terhadap ahli kebatilan.
Diambil dari Ar-Raqaiq, Tulisan Muhammad Ahmad ar-Rasyid


Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Nur Suhaila Zulkifli
Nottingham.

Wednesday 3 March 2010

Pheonix Bangkit!

Dari blog Kucing Belang.

Kita, Menjadi Kanak-kanak Terlalu Lama

Salam.

Lihat kepada sejarah, pada usia apakah tokoh-tokoh sanjungan kita berhenti menjadi kanak-kanak?

Anas bin Malik sudah meriwayatkan hadis seawal usia sepuluh tahun, mungkin lebih awal. Ali ibn Abi Talib memeluk Islam juga sekitar usia sejagung itu dan menggadai nyawa di katil Nabi sewaktu usianya sebaya anak-anak mentah hari ini di universiti. Ketika usianya pun sepuluh tahun, Usamah bin Zaid barangkali merajuk muncung-muncung kerana tidak dibenarkan memikul pedang ke medan Uhud. Namun cepat ditebus kehampaan itu dalam Perang Khandak lima tahun kemudian, dan waktu baru-baru mencecah usia dua puluh, anak muda ini sudah mengepalai angkatan perang ke negara Syam melanyak tentera Romawi.


Anak-anak muda yang diabadikan dalam surah al-Kahfi, berapa agaknya usia mereka?

نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِالْحَقِّ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى
وَرَبَطْنَا عَلَى قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَن نَّدْعُوَ مِن دُونِهِ إِلَهاً لَقَدْ قُلْنَا إِذاً شَطَطاً
Kami ceritakan kepadamu (Muhammad) kisah mereka dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka. Dan Kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri lalu mereka berkata, "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami tidak menyeru tuhan selain Dia. Sungguh, kalau kami berbuat demikian, tentu kami telah mengucapkan perkataan yang sangat jauh dari kebenaran. - Al-Kahf, [18:13-14]

Imam as-Syahid Hassan al-Banna sudah berdemonstrasi menyuarakan penentangan terhadap pemerintahan British ketika berusia 13 tahun. Sembilan tahun kemudian, dalam usia 22 tahun, pertubuhan Ikhwanul Muslimin diasaskan. Dan selanjutnya adalah sejarah, bukan?

Saiyidatina Aisyah r.a., menurut banyak riwayat, menjadi isteri Nabi Muhammad S.A.W. ketika usianya masih begitu kecil. Tentunya dalam usia yang begitu muda juga, berterusan ke akhir hayatnya, bonda kita ini telah menyampaikan pula ilmu-ilmu yang dipelajari langsung daripada suaminya Junjungan yang Mulia kepada para sahabat dari jauh dan dekat.

Berapa pula usia Nabi Muhammad S.A.W. ketika menerima lamaran Saiyidatina Khadijah? (Yang tentu sahaja dalam keadaan sudah dewasa oleh pengalaman, matang bekerjaya, dengan akhlak dan wibawa yang diperakui rata-rata). 25 tahun. Barangkali sebaya usia kita yang masih terkial-kial selepas keluar universiti, terkebil-kebil berhadapan dengan dunia nyata yang rupa-rupanya tidak sama dengan apa yang dikhayal-khayalkan sewaktu di menara gading dahulu.

Kita, jika dibandingkan dengan generasi terdahulu, menjadi kanak-kanak terlalu lama.

Seolah-olah hidup ini terlalu panjang untuk dihabiskan dalam alam bermain-main. Konon masih terlalu muda, belum dewasa.

Mungkin boleh dimaafkan jika sewaktu berusia 6-7 tahun kita masih sibuk bermain pondok-pondok di dalam semak atau menggetis keropok Golden Ring, bersenja dengan padang bola atau menonton kartun sebelum dikerah ibu pergi mandi. Solat ikut-ikutan sahaja, yang lelaki sesekali mengikut bapa ke masjid, mungkin diajar melaungkan bang sebelum berlari ke saf belakang.


Mungkin boleh dimaafkan, kalau ketika itu, kita masih belum mengenal Tuhan, belum peduli tentang dosa atau pahala.

Mungkin boleh dimaafkan jika sewaktu berusia sepuluh tahun kita masih leka dengan komik dan anak patung, atau ralit menonton rancangan nyanyian kanak-kanak bermekap tebal di TV9.

Mungkin boleh dimaafkan, kalau ketika itu, kita masih belum tahu apa itu Islam, apa itu iman, apatah lagi tentang dakwah, jihad, dan pengorbanan. Tentang perjuangan yang sudah menjadi zikir pada lidah dan anggota generasi terdahulu ketika meniti usia yang sama.

Namun masihkah boleh dimaafkan, jika kita sekarang, yang berusia belasan tahun - awal belasan, pertengahan, dan penghujung belasan - menghabiskan waktu bercinta-cintaan, patah hati dan jatuh hati berkali-kali dalam masa kurang satu bulan, menggilai artis pujaan, meratap-ratap apabila calon bintang tersingkir daripada rancangan realiti TV kegemaran, memastikan diri
up-to-date dengan gaya paling terkini (tudung pelbagai fesyen, gaya rambut yang disembur dan dilumur gel, kemeja T dan jeans berjenama, mekap dan wangi-wangian yang sepadan), dan apabila ditanya tentang isu semasa, perihal agama, atau masalah dunia, mengangkat bahu tidak ambil tahu.

Sedangkan generasi terdahulu yang sebaya itu sudah berhenti menyangka hidup mereka terlalu panjang. Sudah sedar bahawa makna hayat adalah dengan berjuang. Sudah mengerti bahawa tanggungjawab terlalu banyak untuk ditanggung dan dipegang. Umur belasan tahun adalah umur baligh, bererti umur bilamana dosa dan pahala sudah dipikul sendiri.

Namun kita masih bermain-main - masih mahu menjadi kanak-kanak.

Setelah berusia dua puluhan pun - 20, 21, 22, 23... kita masih menjadi kanak-kanak. Kita terpesona benar dengan keindahan-keindahan dunia - harta, hiburan, lelaki dan perempuan - seperti kanak-kanak yang leka dengan permainannya. Lalu kita bermain, dan bermain, dan menyuakan pelbagai alasan apabila diajak untuk menjadi dewasa.

Ajakan itu datang daripada pelbagai punca. Teman-teman yang sudah meninggalkan alam kanak-kanak, guru-guru yang sudah lama menjadi dewasa, atau suara hati sendiri yang merasakan sudah terlalu jauh beza antara kematangan dan usia. Namun, kita masih berpura-pura tidak sedar, seperti kanak-kanak yang meminta tangguh apabila disuruh ibu untuk mandi setelah senja tiba.

Meminta tangguh, belum mau menjadi dewasa, belum mau sedar dan bekerja, kerana belum bersedia. Meminta tangguh daripada siapa sebenarnya? Malaikat Maut?

Benarlah kata Tuhan dalam al-QuranNya,

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرّاً ثُمَّ يَكُونُ حُطَاماً وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sendagurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu. Surah al-Hadid, [57:20]

Apabila dibanding-bandingkan dengan zaman datuk, nenek, dan moyang, tidak dapat tidak, saya terfikir bahawa budaya dan kebiasaan kita, semakin menjadi moden, semakin mengkanak-kanakkan manusia. Semakin moden satu bangsa, semakin lama waktu yang diperuntukkan untuk anak-anaknya menjadi dewasa. Anak-anaknya diizinkan menjadi kanak-kanak lebih lama. Adakah kerana terlalu banyak yang perlu dipelajari, maka tempoh 'matang' itu diperpanjang? Adakah kerana jangka hayat yang bertambah, maka lebih banyak usia boleh dihabiskan bersenang-senang?

Alasan 'belum habis pengajian' itu menjadi syarat pelepasan yang membebaskan setiap 'kanak-kanak' ini daripada sebarang tanggungjawab. Daripada sebarang tanggungjawab selain daripada 'menumpukan perhatian kepada pelajaran'. Tidak boleh melibatkan diri terlalu aktif dengan kegiatan-kegiatan persatuan, apatah lagi gerak kerja Islam, mohon dijauhkan kalau berani-berani menjinakkan diri dengan politik. Alasan 'belum habis pengajian' itu menjadi benteng sehingga 'kanak-kanak' ini bercinta-cintaan memendam rasa bertahun-tahun kerana tidak dibenarkan berkahwin. Lalu tidak sedikit yang menjadi mangsa, 'kanak-kanak' yang hilang kesucian, maruah dilepaskan, menjadi ayah dan ibu tanpa pentauliahan, tanpa ikatan.

Menjadi dewasa dan matang adalah kewajiban, adalah tuntutan, juga adalah fitrah yang tidak sepatutnya dihalang-halang.

Sampai bila mahu menjadi kanak-kanak? Terkepung dalam dunia indah universiti, dunia riang-ria warna-warni di puncak menara gading, berlari-lari dalam taman bunga bersama
sweetheart, sehinggalah 'menerima segulung ijazah', selepas itu automatik akan menjadi dewasa? Bukankah menjadi dewasa itu memerlukan latihan, memerlukan bimbingan? Sempatkah kita belajar menjadi dewasa dalam kesibukan membina kehidupan selepas tamat pengajian, atau mungkinkah kita akan terus menjadi kanak-kanak juga hatta selepas meniti alam kerjaya, alam perkahwinan, dan melahirkan pula anak-anak yang tidak akan menjadi dewasa sampai bila-bila?

Saya bukanlah bermaksud menyeru sesiapa saja yang mahu melakukan apa-apa untuk bertindak sesuka hati, hanya kerana 'mahu menjadi dewasa'. Tidaklah, contohnya, menyeru sesiapa yang mahu berkahwin sebelum tamat pengajian, merempuh apa saja rintangan semata-mata untuk memenuhi tuntutan fitrah.

Kalau kamu masih kanak-kanak, maka melakukan perbuatan orang dewasa tidak akan menjadikan kamu orang dewasa.

Kalau kamu - saya, kita - belum layak berkahwin, maka memaksa diri untuk mendirikan rumahtangga tidak akan tiba-tiba menjadikan kita matang dan bijaksana.

Soalnya di sini, mengapakah bangsa kita, zaman kita, generasi kita - mungkin generasi orang tua kita - mengizinkan, membiarkan, kita, menjadi kanak-kanak begitu lama?

Kesegaran dan kesuburan akal, semangat, dan iltizam menyebabkan usia anak-anak muda adalah usia terbaik untuk membentuk, menghasilkan, dan menggerakkan pejuang. Namun kita membiarkan usia muda itu habis dengan bermain-main dan bersukaria.

Tuntutan fitrah dan biologi mewaraskan anak-anak muda mendirikan rumahtangga dan membina keluarga pada usia awal - tidak terlalu awal, namun tidak pula melangkaui pertengahan dua puluhan. Namun kita membiarkan usia muda itu habis dengan bersenda gurau dan bergelak ketawa, bukannya mendidik dan membentuk mereka seawal mungkin untuk bersedia menjadi isteri dan suami, ibu dan bapa. Anak-anak muda ini diajar segala macam pengetahuan yang wajib dikhatamkan sebelum dibenarkan menjadi dewasa - segala macam pengetahuan, kecuali pengetahuan tentang menguruskan diri dan membina keluarga.

Menjadi kanak-kanak memang seronok. Kita dilepaskan daripada tanggungjawab. Hidup kita adalah bermain-main, berfantasi, sesekali beridealisme dan berdebat tentang itu dan ini. Teori dan kerja kanak-kanak tidak ubah seperti skrip permainan askar lawan penjahat atau 'rumah' untuk bermain pondok-pondok, yang dibina daripada ranting dan daun-daun kering. Sesekali watak Power Rangers,
Cinderella atau Prince Charming akan tambah menceriakan suasana, dan kita merasakan betapa menjadi kanak-kanak sungguh bahagia.

Masyarakat, sistem, malah keluarga kita sendiri memberikan bermacam-macam alasan untuk kita terus menjadi kanak-kanak dan lari daripada kewajiban, daripada kedewasaan, untuk kita mengelak daripada mempersiapkan diri menuju kedewasaan.

Kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, insyaAllah akan meluncur laju ke syurga.

Bagaimana pula dengan 'kanak-kanak' tua yang usianya tamat, usianya renta, sebelum sempat menjadi dewasa, kerana terpesona dengan alasan yang dicipta oleh masyarakat, dicipta oleh sistem, dicipta oleh diri sendiri?

Terlalu panjangkah usia, sehingga mahu berlama-lama menjadi kanak-kanak yang ralit dengan permainan-permainan dunia?

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاء وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik. Surah Ali Imran, [3:14]


Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Nur Suhaila Zulkifli
Nottingham.

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...