Friday 30 April 2010

Ini Sudah Bikin Gua Hot!

Mula-mula berapi juga membaca berita yang disiarkan dalam akhbar ini. Manakan tidak, tajuknya lebih pedas dari masak lomak cili api. Namun, bila dibaca keseluruhan bait dalam blog seorang anak nogori, saya menganggukkan kepala tanda setuju dengan isinya, tapi macam ada yang tak kena dengan peribahasa yang digunakan. Tak sesuai gitu..

Melayu Port Dickson Umpama Kera


Ya , memang umpama kera.

Iaitu Kera Di Hutan Disusukan, Anak Di Rumah Mati Kelaparan

Pengusaha Bot Melayu mendapat layanan kelas ketiga , Pengusaha Hotal mendapat layanan kelas bisnes , kelas eksklusif, kelas elit.


***********************

Petikan
Ucapan Sidang DUN 2010 oleh YB Hj Taufek , ADUN Paroi

Dalam RMK-9 , peruntukan RM50.1 juta untuk membangunkan Port Dickson sebagai Pantai Peranginan Negara , Zon Wellness dan Bandar Tentera Darat.

Yang perlu diberi perhatian adalah sikap segelintir pengusaha hotel-hotel besar yang telah menghakmilik kan pantai-pantai yang bertentangan dengan hotel milik mereka. Ada laporan yang mengatakan pantai-pantai ini dipagar dan pengunjung-pengunjung awam yang masuk ke pantai tersebut dihalau keluar.

Kita sedar bahawa ada antara pengusaha hotel-hotel mewah ini yang telah diberi geran untuk membangunkan tanah pantai dan sebahagian laut antaranya Avillion dan Legend Chalet Resort.

Kita bimbang jika usaha membanteras kegiatan sebahagian pengusaha hotel ini tidak dilakukan, ianya akan merencatkan kedatangan pelancong-pelancong tempatan ke PD. Ini mungkin sebabnya Port Dickson tak menjadi pilihan YB Bagan Pinang untuk destinasi bulan madunya.

Kegiatan seperti ini hanya akan memberi keuntungan kepada pihak hotel tetapi menyebabkan pelancong domestik akan melihat pantai Port Dickson semakin kecil dan pantainya semakin sesak akibat pengunjung tertumpu kepada pantai-pantai tertentu sahaja antaranya di Batu 4 ½. Sekali slogan ”Rakyat Didahulukan ” akan dilihat retorik semata-mata.


SIMPAN BOT DI PREMIS TERBIAR
2010/04/30

Pengusaha Sukan Rekreasi Pantai Mengeluh Tak Dibenar Letak Peribadi Di Tepi Hotel

TELOK KEMANG: Sama ada terlepas pandang atau tidak dipedulikan. Inilah nasib pengusaha peralatan sukan rekreasi yang tidak mempunyai pilihan lain apabila terpaksa menyimpan peralatan seperti bot, pelampung, jet ski, kerusi sandar dan bot pisang di bangunan kosong terbiar sekitar pantai peranginan di sini.

Ini berikutan arahan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) mulai Jun tahun lalu yang tidak lagi membenarkan peralatan itu diletakkan di tepi pagar hotel dan bawah pokok. Suka atau tidak, kira-kira 40 pengusaha terbabit yang beroperasi di Dataran Seri Kemang di sini, terpaksa akur terhadap arahan itu. Antara pilihan yang ada ialah menjadikan bangunan kosong terbiar sebagai tempat menyimpan peralatan itu. Pengusaha peralatan sukan rekreasi, Mohd Rizal Baharuddin, 33, mendakwa masalah mereka diadukan kepada Persatuan Peniaga Kecil dan Rekreasi Pantai, tetapi selepas hampir 10 bulan, tiada khabar berita mengenai penyelesaian kepada masalah mereka.

Katanya, pengusaha yang sebelum ini meletakkan peralatan itu di tepi pagar hotel tidak lagi dibenarkan berbuat demikian kerana dikatakan mencemar pandangan.

"Kami tidak ada pilihan lain dan terpaksa menjadikan bangunan kosong berhampiran sebagai ganti. Kami sedar mengenai risiko yang dihadapi seperti kemungkinan bangunan itu runtuh, manakala sistem perparitan tidak teratur mengundang masalah kekotoran di sini.

"Apa boleh buat. Kami terpaksa akur walaupun dalam hati, kami turut memberi sumbangan kepada industri pelancongan di sini," katanya yang menjalankan perniagaan menyewa peralatan itu kepada pengunjung sejak tujuh tahun lalu.
Mohd Rizal merayu pihak berkuasa supaya memberi perhatian terhadap rintihan pengusaha yang bimbang dengan ketiadaan tempat menyimpan peralatan sukan rekreasi yang sempurna.

Tinjauan Berita Harian mendapati pengusaha terbabit seperti ‘berumah tangga’ di bangunan kosong kerana terdapat tilam bantal, pinggan mangkuk, periuk dan dapur. Pengusaha dipercayai mahu memastikan peralatan itu tidak dicuri.

Seorang lagi pengusaha, Khatijah Yaakob, 43, kesal kerana kewujudan mereka yang menyediakan kemudahan sukan rekreasi kepada pengunjung pantai itu diketepikan ketika MPPD melaksanakan projek menaik taraf gerai di situ.

"Apa salahnya MPPD membina tempat menyimpan peralatan ini. Kami sedia membayar sewa dengan kadar berpatutan. Ketika ini, kami terpaksa membawa berulang alik peralatan itu yang jika diseret jauh setiap masa akan mengalami kerosakan," katanya.

Beliau berkata, peralatan berkenaan juga mahal, terutama enjin bot yang berharga hampir RM30,000 dan akan menanggung kerugian besar jika dicuri kerana disimpan di tempat tersorok.



Yang Dipertua MPPD, Abdul Wahab Shamsuddin, ketika dihubungi berkata MPPD tidak dapat mempertimbangkan permintaan pengusaha berkenaan kerana MPPD tidak mempunyai tanah untuk menempatkan bangunan menyimpan peralatan itu.


p/s: Peruntukan RM50.1 juta. Balik Malaysia nanti nak ronda satu Port Dickson, dan nak tengok penambahbaikan mana yang dilakukan tu.. Ai, kalaulah Malaysia benarkan rakyat undi Majlis Perbandaran (Local Council) mereka.. Takde la isu, rakyat dianaktirikan..

Apapun, Malaysia tanah tumpah darahku..

Berita lain yang menarik perhatian saya:

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Nur Suhaila Zulkifli
Nottingham.

Tuesday 27 April 2010

Skuad Musafir Di Bumi Turki (MDBT) 2010

Merasakan peri pentingnya perkongsian tika kami bermusafir 8 hari di bumi Turki, kami akan menyajikan kepada anda sorotan perjalanan kami di samping persiapan yang telah kami jalankan. Harapnya ini dapat membantu anda menyediakan persiapan jaulah, sedikit sebanyak memberi input berguna pada anda yang mungkin belum berkesempatan mengembara ke sana.

Selamat membaca!

p/s: Diari perjalanan kami akan dipaparkan tidak lama lagi.. Harap dapat menunggu dengan sabar. :) Sebarang perkembangan dapat diikuti di blog Kembara Turki.

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Nur Suhaila Zulkifli
Nottingham.

Sunday 25 April 2010

Bisikan Nuraniku

Perkongsian daripada sahabat di Facebook.


Ditujukan khas buat insan-insan yang saya kasihi kerana Allah. Dari insan yang dalam hatinya hanya ada Allah, Rasul, keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Selamat membaca!

Assalamualaikum w.b.t.Semoga kita semua berada dalam naungan Ilahi. Ingin saya kongsikan satu coretan yang menarik, antara seorang kakak dan seorang adik...

Dari Abdullah bin 'Amr bin Al 'Ash r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah" [HR Muslim]

Wahai kakakku
Kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu
Asyik berteman tangis dan sendu sahaja...


Wahai adikku
Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya
Tetapi di situlah, wahai adikku
Kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki

Menjadi izzah yang paling gah
Bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki
Kerana sendu rayunya
Musa a.s. terselamat dari kekejaman firaun

Duhai adikku
Lembut wanita itu bukan lemah
Tetapi senjata

Namun wahai kakakku
Wanita itu fitnah dunia


Pernahkah adikku dengar
Pesanan ilahi pada hambaNya

"Wahai lelaki-lelaki yang beriman
Tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu"*

Cuba adik nilai
Pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesananNya?
Pada hamba yang bergelar ar-rijal
Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya
Maka tidak mungkin terlihat akan wanita
Yang menjadi fitnah pada dirinya

Dan tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita
Agar memelihara auratnya
Kerana disitulah kehormatannya
Bukan fitnah semata-mata
Jikalau ar-rijal dan an nisa
Sama-sama mematuhi pesanan ilahi itu!

Sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu

Lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh

Tapi kakakku
Kenapa wanita itu menjadi peragaan?
Tidakkah mereka merasa malu?


Wahai adikku sayang
Al-haya' (sifat malu)
Ada dalam diri setiap insan
Wujudnya seiring dengan nafas insani
Dan al-haya' itulah pakaian iman
Pada diri wanita itu indah al-haya'
Sebagai pembenteng diri

Namun
Bila mana al-haya' itu lebur
Imannya runtuh
Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?
Kerana mereka sebenarnya paranoid
Merasakan diri belum cukup menarik
Mereka sebenarnya kalah dari segi psikologi

Namun adikku
Wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka
Dari perbuatan murahan itu

Wahai adikku
1001 keindahan penciptaan wanita
Pandai-pandailah dikau menilai
Antara permata dan debu-debu kilauan pasir

Wahai adikku
Janganlah adik gusar
Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu
Dan jangan engkau sekali-kali merendahkan dirimu,
Menggugurkan diri, menyembah tanah
Sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan
Begitu tinggi martabatmu...

قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (surah an-Nur, 24:30)

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Nur Suhaila Zulkifli

Nottingham.

Saturday 24 April 2010

You Have The Power

Salah satu diskusi hangat dalam Kampung Notts: Pilihanraya di bumi UK.

Salah satu artikel menarik: Antara 2 Pilihanraya

Posted by: "MF Zulkifli"
Sun Apr 11, 2010 6:02 pm


In the name of ALLAH, the most Gracious and Merciful GOD..

Ketika penduduk Hulu Selangor sedang bersiap sedia untuk memilih ADUN baru mereka, rakyat UK sedang sibuk menantikan tarikh 6 Mei 2010. Tarikh yang dinanti-nantikan oleh rakyat UK untuk menyaksikan pusingan baru untuk memilih kerajaan bagi tempoh 5 tahun akan datang itu menjanjikan debaran bagi semua pihak. Menurut polling terkini, kemungkinan besar situasi kerajaan minoriti (Hung Parliament) akan berlaku di dalam pilihanraya kali ini.

Parti Konservatif dijangkakan akan mendahului parti pemerintah sekarang, mendapat sekitar 40% kerusi di parlimen. Parti Buruh pula dijangkakan bakal mendapat 30% kerusi, manakala parti Liberal Demokrat pula bakal mendapat 20%. Jika natijah sedemikian berlaku, kerajaan memerintah akan diberikan tempoh 18 hari untuk membentuk kerajaan campuran dengan kerjasama mana-mana parti lain untuk membentuk majoriti mudah, dan jika gagal, pihak yang mendapat undi terbanyak akan diberi peluang untuk membentuk kerajaan pula. Di dalam dua-dua keadaan, parti Liberal Demokrat dilihat sebagai penentu (king maker) untuk bersama membentuk kerajaan campuran yang baru.

Apa yang menarik mengenai pilihanraya di bumi penjajah ini ialah kematangan parti-parti politik dan juga rakyat serta media. Bukan sahaja kerajaan memerintah tidak menyalahgunakan jentera kerajaan untuk berkempen bagi pihak mereka, malah duit pembayar cukai tidak langsung disalah ertikan sebagai duit parti pemerintah. Parti Buruh yang memerintah juga tidak tergamak untuk memperbodohkan rakyat dengan menawarkan sekolah-sekolah baru, jambatan, jalanraya ataupun apa-apa 'rasuah' pilihanraya.

Rakyat UK juga tidaklah terlalu dungu untuk diumpan dengan 'ugutan' agar bersyukur kepada kerajaan memerintah dan juga dengan ugutan bahawa mengundi selain dari Parti Buruh akan menganggu kemanan, pembangunan dan juga ketuanan mana-mana bangsa. Di pihak yang lain, dosa dan pahala juga tidak menjadi 'rasuah' pilihanraya berbanding suasana di tanah air.

Selain dari parti perkauman seperti BNP, tiada parti-parti yang menggunakan isu perkauman untuk memaksa rakyat untuk mengundi calon-calon mereka. Media juga bersikap adil dan profesional dengan memberikan ruang kepada semua pihak untuk berkempen dan dikritik.

Pendek kata, di UK ini, rakyat memang benar-benar berkuasa, parti-parti politik juga mempunyai padang yang sama rata untuk mereka bersaing. Kempen-kempen di peringkat tempatan (dan bukan nasional) pula diberikan liputan oleh media tempatan secara sama rata dan adil. Setiap calon dari parti-parti yang bertanding diberikan peluang untuk mengemukakan manifesto mereka di akhbar-akhbar dan juga diberikan peluang untuk 'bertikam lidah' (
husting) di medan umum.




Setiap calon dari parti yang bertanding juga berjaya menyampaikan mesej mereka di pintu setiap rumah samada melalaui surat mahupun akhbar dan leaflet. Mereka memberikan peluang kepada semua pihak untuk berhubung secara terus untuk menyampaikan hasrat rakyat dan mendapatkan jaminan dari pihak yang bertanding.

Apa yang lebih penting, politik wang dan sogokan bukan sesuatu yang diterima oleh rakyat UK dan undang-undang mereka. Jika hendak dibandingkan sistem pilihanraya dan juga budaya politik di UK, mereka jauh lebih amanah, telus, berintegriti, efisien, adil dan tidak keterlaluan jika dikatakan sebagai 'lebih Islamik' berbanding mana-mana negara Islam.



Keratan akhbar Labour Party yang menjengah peti surat Teratak Adinda suatu ketika dahulu. Perhatikan manifesto mereka.. Ada 'isi'..

Hendak dibandingkan dengan PRU di Malaysia ataupun pilihanraya kecil yang bakal menanti di Hulu Selangor? Bagaikan langit dan bumi!!!

Namun, hati saya agak pelik, hairan dan kecewa dengan sesetengah pihak yang mengaku lebih Islam dan lebih benar dari kaum Muslimin yang lain yang aktif menjelang pilihanraya di UK untuk menyebarkan risalah dan juga khutbah mengenai 'HARAM'nya menyertai pilihanraya, KAFIRnya demokrasi dan juga 'HARAM'nya mengundi wakil rakyat dari kalangan bukan Islam di bumi UK ini!

Mengapakah manusia-manusia ini tidak sahaja berhijrah ke bumi Arab yang pemerintahannya lebih diktator dan hak rakyat dinafikan. Inilah padahnya apabila keIslaman hanya dinilai dengan hukum 'memotong' dan 'menyebat' semata-mata. Akhirnya nilai keadilan dan moral tidak diambil kira... * Yang sedang meneliti manifesto calon-calon dari kedua-dua Parti Buruh dan Parti Liberal Demokratik yang bertanding di Durham.

Kata saya:

Seronok bila pemimpin atasan parti berdebat antara satu sama lain. Setidaknya, tiada 'orang tengah' yang mengapi-apikan mereka sehingga mewujudkan perang mulut. Kalaulah tanah air tempat saya dilahirkan mengamalkan perkara sebegini, amannya hidup..

Sewaktu Peace of Palestine di Nottingham baru-baru ini, saya diberitahu oleh Akh Jo, yang faktor kenapa negara Arab tidak membantu Palestin adalah sebab mereka takut pada kuasa rakyat dalam menentukan perlantikan Hamas sebagai parti pemerintah. Oo.. patutlah..

Dengar macam lucu.. Tapi memang sepatutnya pemerintah yang takut pada rakyat. Bukan rakyat yang takut pada pemerintah. Namun, hanya apabila rakyat itu sedar kuasa besar yang mereka miliki. Anda sedarkah?

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Nur Suhaila Zulkifli
Nottingham.

Saturday 10 April 2010

Can't Take My Eyes Of You?

Things to Ponder

Perkongsian daripada seorang sahabat..

Babak 1:

Sop: Kau tahu tak, Zetty tu dulu free hair...tetiba je datang kesedaran nak pakai tudung

Meon: Ye ke??!! Macam tak caya je..

Sop: Ha ah..ok gak la....dalam majalah sekolah ada lagi gambar dia..kau nak tengok?

Babak 2:

Pada suatu hari Sop dan Meon sedang berjalan-jalan di kotaraya London. Tiba-tiba mereka terlihat kelibat seorang wanita bertudung labuh ala-ala KCB...

Sop : Eh, ada gadis mcam dalam KCB la...

Meon : Mana? Mana? Mana?

Sop: Tuuu...Tengah jalan ramai2 depan Madame Tusod..

Meon: Ooooooo.....Macam kenal, yang pakai tudung kaler merah jambu tu ke?

Babak 3:

Sop dan Meon menyambung kembara cuti Easter mereka di bandaraya Dublin. Cuaca semakin panas.

Sop: astaghfirullahal azim, singkatnya skirt minah saleh tu...tak solehah langsung...!!

Meon: eh ye ke? yang mana satu? Yang skirt oren tu ke?

Sop: tak, yang kaler biru , blouse biru muda tu..

Meon : Ha ah la..betul lah cakap kau...


Ada Apa Dengan Mata

Untuk jadi hebat, kita kena menutup & menundukkan pandangan. Ini bukanlah bermaksud semuanya kena pejamkan mata 24 jam (penat juga tu), atau membina dinding dan tembok 'batu sepanjang masa atau semasa kuliah-kuliah agama sahaja, tetapi menjaga dan memelihara kedua mata kita daripada MENJADI LIAR.

Apabila datangnya peluang terbentang di hadapan kita, samada semasa sedang berseorangan, atau sedang berdua bersama rakan karib, atau bersama masyarakat umum, kita mestilah bertindak SEGERA dan PINTAR untuk tidak mengamati kecantikan wanita yang terbentang dan segeralah mengalihkan pandangan daripadanya sambil bersyukur dan beristighfar.....

''Alhamdulillah, Allah jaga mata dan hati aku.....Ya Allah, ampunlah dosa aku, moga Allah beri yang lebih baik''

Allah berfirman;

إِنَّ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُم بِالْغَيْبِ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ

As for those who fear their Lord, when alone in their privacy, they have attained forgiveness and a great recompense. (Surah al Mulk:12)

Kalau dahulu dia tidak bertudung, atau kurang menutup aurat, perlukah kita menatap gambar- gambar 'lama' itu lagi? Fear Allah brothers...Malulah sebab mereka itu dah diberikan hidayahnya...Kita bila lagi?

Kalau ternampak kelibat wanita yang berjilbab dan menutup aurat samada di majlis ilmu atau di jalanan, malulah dan pandanglah tempat lain. Itu bukan HAQ mu..Allah boleh ganti dengan yang lebih baik.

Kalau diberikan peluang melihat aurat wanita, takut dan malulah, kerana itu akan merendahkan darjah matamu dan merosakkan amal, sekaligus hati menjadi lali dan tidak tenteram....

End of part one for Brothers...Please try this at home.

Sisters, we need complementary actions..

Mutiara itu putih yang biasa, tapi ia cantik lantaran ada mahkota yang melindunginya agar sentiasa bersinar untuk menghiasi si pemakai.

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Nur Suhaila Zulkifli
Nottingham.

Tuesday 6 April 2010

Wajarkah Kita Menghukum?

Adam Taufique sent a message to the members of Quran Weekly 2.

Subject: Forgiveness

In the Name of Allah, the Entirely Merciful, the Especially Merciful.



وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُواْ فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُواْ أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُواْ اللّهَ فَاسْتَغْفَرُواْ لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ اللّهُ وَلَمْ يُصِرُّواْ عَلَى مَا فَعَلُواْ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

And those who, when they commit an immorality or wrong themselves [by transgression], remember Allah and seek forgiveness for their sins - and who can forgive sins except Allah ? - and [who] do not persist in what they have done while they know.
[Aal-E-Imran (The Family of Imran) 3:135]

In these ayahs from surah Aal-E-Imran, Allah gives certain descriptions of the people who are granted Paradise (read ayahs 133 to 136 for more). One of the descriptions deals with forgiveness from sins.

Firstly, sins fall into two categories: immoralities (fulfilling any desires) or a wrong against ourselves (doing something that you don't necessarily gain from, i.e. backbiting, etc). Allah is describing their attributes that when they sin, they immediately remember Allah and ask for His forgiveness.

Secondly, Allah is describing attributes of the people of Paradise by discussing that they commit sins. We often think that you have to live a perfect life to gain Allah's mercy on the Day of Justice, however that's not the case. We're all humans and we're going to commit mistakes. Remember, its not the sin that we commit that matters, however it's our response to it.

Saying this may lead someone to believe that we can commit whatever sins we want and just ask for forgiveness afterwards and it'll be fine. To counter this idea, Allah says at the end of the ayah that part of their repentance is that they dedicate themselves not to commit that sin again.

The prophet (saw) said, "Every son of Adam sins, and the best of sinners are those who constantly repent." (Ibn Majah)

We ask Allah to forgive us for the sins that we commit knowingly and unknowingly. Ameen.



Penghuni ahli syurga adalah mereka yang tidak lari dari melakukan dosa. Allah beri jaminannya dalam ayat di atas. Kenapa masih ada manusia yang menghukum orang-orang berdosa yang bertaubat? Kenapa masih ada yang mengungkit segala kesilapan yang pernah dilakukan? Kenapa apa sahaja tindak tanduk si 'pembuat dosa' diperhatikan seolah-olah 'tiada maaf bagimu'? Kenapa perlu dilayan seolah-olah tiada lagi ruang untuk memperbaiki keadaan?

Manusia lebih hebat menghukum dari yang Maha Adil dalam menentukan hukuman. Semua kita tidak lari dari membuat kesalahan. Insafi diri. Berikan peluang pada diri dan orang lain untuk menjalani kehidupan yang baru. Jika kita menyedari segala kesalahan yang dilakukan, pasti kita mahu kembali ke masa lalu, membetulkan segala kepincangan yang berlaku. Namun, kita bukanlah Doraemon yang ada poket sakti. Yang dalamnya terkandung Pintu Kembali ke Zaman Lampau. Kaki kita terus melangkah ke hadapan. Masa tidak berputar mengikut arah lawan jam.

Apa yang kita mampu buat, adalah meminta keampunan dari Allah, dan pada manusia yang kita telah sakitkan hati mereka. Jika manusia itu tidak mahu menerima 'maaf' itu, berdoalah.. Allah yang pegang hati mereka.

Sebaik-baik pembuat dosa, adalah mereka yang bertaubat.

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Nur Suhaila Zulkifli
Nottingham.

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...