Sunday 28 November 2010

Pengakhiran Malikun Jabariyah

Dinar & Kejatuhan Khalifah Islam

by Dinar & Dirham on Sunday, November 28, 2010 at 8:39pm

Malam di Istana Yildiz

Sultan Abdul Hamid II

   Peristiwa Pemecatan Khalifah Islam Terakhir Sultan Abdul Hamid (1876 - 1909. Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan  keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akan dilupakan oleh sejarah. Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) d iParlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turu tbersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, waki lrakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.“Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?”, Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa.Tiada simpati di wajah mereka.“Ummah telah memecat kamu”, Esat Pasha memberitahu. Angkuh benar bunyinya. Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan AbdulHamid.“Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?”, baginda berfikir.“Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?”, Sultan Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.“Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda kemerah-merahanmenahan marah. Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudidi Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu.

   Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. SultanAbdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat nyawanya.“Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untukmenghantar berita penggulinganku malam itu”, Sultan Abdul Hamid meluahkan deritahatinya di dalam diari baginda.Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum malam itu.Beberapa Jumaat kebelakangan ini, nama baginda sudah tidak disebut di dalam khutbah.“Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kami”, Esat Pasha menyambung katanya.Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda yang seorang lagi. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu.“Bawa adik-adik kamu ke dalam”, Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul Rahim membawa adik beradiknya ke dalam bilik.“Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil danaku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka”, Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada gunanya untuk keputusan yang dibawa olehrombongan itu dibantah.Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknya yang ramai.Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah jumlah yang besar.

   Permintaan Sultan Abdul Hamid II ditolak mentah-mentah oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. Malamitu juga, baginda bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian,dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci di Istanbul Khalifah terakhir rumat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece .Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan sebagai petanda Sultan Mehmed V Resad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam ituSultan Mehmed V Resad menjadi Khalifah ke 99 umat Islam semenjak Abu Bakr al-Siddiqr.a. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tiada kuasa. Hanya boneka umpan menahanpemberontakan masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah.“Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa begitu tenang dan aman.Seperti sebuah gunung besar yang selama ini menghempap dadaku, diangkat penuhkelegaan” kata Sultan Abdul Hamid di dalam diarinya.Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan.Anak-anaknya yang lain turut menangis sama. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju keSalonika di Greece penuh misteri.“Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematianitu kesudahan untuk semua”, kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum keraba tbaginda.Kereta api meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang.

Berakhirnya Kegemilangan 600 tahun

   Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Osman, berakhir malam itu. Palitan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali.Dalam suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas kerusi kereta api sambil dipicit oleh anaknya Fatimah.“Sabarlah anakku, Ummah tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umatMuhammad ini”, baginda mengusap wajahnya dengan linangan air mata.Lama benar baginda dan ahli keluarganya dikurung di istana Yahudi yang buruk itu. Merekadikurung di dalam bilik tanpa perabot. Pintu dan tingkap istana, dilarang daripada dibuka.Hari demi hari, adalah kematian sebelum mati bagi baginda sekeluarga. Akhirnya pada tahun1912, Sultan Abdul Hamid dibawa pulang ke Istanbul, dan anak-anaknya bercerai berai,dibuang ke Perancis sebagai pengemis dan pelarian yang merempat di jalanan.


Istana Beylerbeyi

   Sultan Abdul Hamid dikurung di Istana Beylerbeyi selama 6 tahun.“Maafkan patik, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal”, doktoryang merawat Sultan Abdul Hamid berbisik ke telinga baginda.Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asthma baginda semakin serius. Doktorsudah tidak dapat berbuat apa-apa.Renungan Sultan Abdul Hamid menghancurkan hati doktor tersebut. Bagaimana seorangkhalifah umat ini harus menemui ajalnya di tangan beliau.“Ampunkan aku ya Allah. Tiada upaya bagi hamba-Mu yang lemah ini”, seorang doktorsudah hilang upaya.Baginda Sultan Abdul Hamid II telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalamkurungan di Istana Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi oleh seluruhpenduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkanKhilafah Othmaniyyah dilumpuhkan selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid, 10 tahunyang lalu. Menangislah… tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu.Nukilan dari muzakirat/diari Sultan Abdul Hamid Kejatuhan Empayar Othmaniah sebenarnya bermula sejak dari pemerintahan Sultan MahmudII (1808 -1839) lagi.

Punca Kejatuhan Turki Uthmaniyyah

Kita boleh melihat puncanya dari dua sudut

Pertama : Pemodenan mengikut arus barat.
Kedua : Meninggalkan amalan Islam.

Ada agenda tersembunyi yang perlu kita fahami. Sepanjang kurun ke 19 berlaku proses perindustrian dan elektonik di Eropah, ianya bukan satu proses semula jadi bahkan satu perancangan pihak tertentu untuk mengaut keuntungan. Apa yang terjadi ? Kemajuan teknologii membawa saudara kembarnya yang menjadi protokol atau prosedur bersama-samanya iaitu bon – bon, sekuriti, wang kertas dan lain – lain instrument kewangan.Bermula dari projek pembinaan keretapi yang memerlukan modal yang besar (Istanbul ke Makkah) , cara pembayaran Islam tidak boleh dipakai. Mereka menumpu di Turki sebagai pusat pemerintahan dan Mesir sebagai pusat intelektual Islam. Cara perniagaan atau muamalat islam mesti diketepikan, maknanya keputusan para Ulamak dalam hal – hal perniagaan tidak diperlukan lagi.Selama ini umat Islam menguasai bidang perniagaan dan perdagagan sementara masyarakat Yahudi dan Kristian membayar jizyah bagi keselamatan mereka dan membenarkan mereka tidak ikut serta dalam kewajipan ketenteraan. Malangnya selepas tugasan penyusunan semulamasyarakat diserahkan kepada Bankers Yahudi atas nama untuk memodenkan KhilafahOthmaniah , pekara yang sebaliknya berlaku orang Yahudi dan Kristian menjadi TUAN/Masters kaya raya sedangkan rakyat Khilafah pulak menjadi miskin.

   Sultan Mahmud II membentuk tentera diraja bermodelkan tentera British. Tentera jihad di ganti dengan tentera makan gaji. Sistem demokrasi diperkenalkan, jawatan wazir besardiganti dengan Perdana Menteri. Cukai dinaikkan.Tanzimat (reformasi) diperkenalkan pada tahun 1839 oleh Sultan Abdul Mecit .Sistem kerajaan tempatan digantikan dengan model Perancis. Ini menyebabkabkan sistem perniagaan Bazaar, khidmat masyarakat melalui waqaf yang dipanggil imaret dan millet (majlis perlindungan bagi golongan minoriti ) tidak lagi berfungsi . Pendidikan dua aliran diperkenalkan , tradisional dan sekular yang bertulang belakangkan stok, bon dan lain – laininstitusi kewangan moden. Ini berlaku secara tidak sedar atas nama memodenkan empayar.Undang – undang Islam keatas status ahlu Zhimmah dihapuskan. Reformasi Tanzimat memfokuskan kepada pemusatan pentadbiran ( administrative centralization) menggantikan sistem autonomi amiriah tempatan. Tiga wazir yang menjayakan tanzimat ialah Rechid, Alidan Fuad Pasha. Mereka bersahabat baik dengan banker Yahudi bernama Camondo. Merekamenghabiskan banyak masa mereka di Paris mempelajari teknik permodenan barat. Nasihatdari financial planner Yahudi diperlukan bagi memodenkan empayar.Kebanyakan orang Yahudi di Istanbul tinggal di Galata. Isaac Camondo menubuhkan BankCamondo pada tahun 1802. Saudaranya Abraham-Salomon Camondo menggantikannya padatahun 1832. Kerana sumbangannya yang besar kepada tanzimat beliau dianugerahkan Nishan-I Iftihar dan menjadi Komander Mejidiye pada tahun 1849.

Kaima

  Pada tahun 1842 wang kertas KAIMA diperkenalkan menggantikan dinar dan dirham , in imembawa kepada penguasan banker YAHUDI keatas kedaulatan khilafah. Secara tidak sedar, banker-banker ini dijemput untuk mencipta system kewangan moden dengan system riba mereka melalui bon, kredit, saham dan pengeluaran wang kertas yang dikuasai banker Yahudi. Reformasi kewangan memberi mereka peluang untuk membuka bank – bank baru. Pada tahun 1845 Kerajaan Othmaniah bersama Mm. Alleon dan Theodore Baltazzi menubuhkan Bank of Constantinople bagi tujuan memberi pinjaman kepada kerajaan. Perang Krimea memberi peluang kepada banker Yahudi berkembang dalam Empayar Othmaniah.Kerajaan memerlukan dana untuk peperangan. Bank memberi pinjaman dengan interest.Ottoman Bank ditubuhkan pada tahun 1856, ia menjadi satu langkah kepada penubuhan bank pusat dengan dana dari luar dengan jumlah 500,000 pound sterling. Transformasi modal persendirian kepada Bank Pusat akan membawa kepada system kuasa berada ditangan pemiliknya banker – banker Yahudi Antarabangsa.Keluarga Rothschilds yang terlibat dalam penubuhan Federal Reserve USA juga turut terlibat atas nama pelaburan melalui Alphonse de Rothchilds dan bapanya James Rothschilds membuka cawangan French Rothchilds Bank di Istanbul.Kerja – kerja untuk penubuhan bank pusat akhirnya berjaya dengan tertubuhnya La Bank Imperiale Ottomane pada tahun 1863 dengan bantuan Yahudi bernama Emil dan Isaac Pereire. Ini model yang menjadi supe rbank seterusnya dari Bank pusat kepada Bank Dunia dan International Monetary Fund. Bank ini menjadi bankers bank, dengan deposit danpengumpul dan pengedaran kredit. Ia akan menentukan kadar antara Bank, memberi pinjaman, jual dan beli, membincangkan pembelian komoditi, memberi dana dan melibatkandiri dalam projek pelaburan dan mengeluarkan dan mencetak wang baru.Bank Camondo hanyalah bank biasa, Ottoman bank ialah bank dengan dana tempatanseterusnya bank baru Imperial Ottoman bank menjadi Bank Pusat dengan dana antarabangsa.Satu system penguasaan kewangan telah diletakkan batu asasnya. Bank ini akan menyerap masuk dalam setiap aktiviti masyarakat bermula dari kedai runcit. Tidak ada aktiviti masyarakat yang dapat lepas dari Bank. Dari aktiviti jual beli, simpanan seterusnya danakewangan dan pelaburan , semuanya melibatkan bank. Mereka menjadi Tuan kepada dunia. Masters of the Worlds.

   Pada tahun 1858 bankers Yahudi telah meletakkan syarat pinjaman dengan jaminan tranformasi sosial kepada Kerajaan Othmaniah. Ini menunjukkan sistem ekonomi hutang berkait rapat dengan kejuruteraan sosial. Pada waktu itu jizyah sudah berkubur. Bank Yahudi bertapak, sistem politik Nasrani Kristian menjadi penggerak empayar Othmaniah! Hakmenandatangani kerajaan tergadai kepada peminjam wang. Tahun itu juga , undang - undangtanah baru menafikan hak Sultan. Seterusnya tahun 1867 , orang asing dibenarkan membeli tanah.Projek keretapi menghubungkan Istanbul ke Vienna , Austria dikatakan akan menghubungkan dunia Islam dan Eropah. Oleh kerana projek ini begitu besar, begitu jugalahperanan penipuan besar oleh bank - bank Yahud di London, Paris dan Brussel dalam membiayai projek ini dengan bon - bon kerajaan Othmaniah. Pada tahun 1873 , berlaku 'crash 1873 ' yang membawa kepada kejatuhan nilai bon - bon tersebut. Projek ini bukan sahaja pembanggunan fizikal dalam bentuk konkrit bangunan semata - mata. Bahkan suatu gerakan yang mengatasi ruang lingkup sempadan nasional dan bangsa tetapi didalang idengan angka - angka pada dokumen kewangan yan dipanggil saham dan bon.

   Pada tahun 1875 Kerajaan Othmaniah diistiharkan muflis kerana tidak mampu membayar hutang. Suruhanjaya Asing dilantik mewakil pemegang saham asing. Kerajaan terpaksa mengenakan cukai terhadap rakyat. Serbia memberotak. Bosnia diserahkan kepada Austria dibawah bendera Othmani. Jalan keretapi tidak siap tetapi separuh dari perniagaan laut telah jatuh ke tangan British.Kesan mengurangkan perjalanan dari Vienna ke Istanbul dari seminggu ke 40 jam ialah kejatuhan Khilafah Othmaniah. Sultan Abdul Hamid menjadi Khalifah pada tahun 1876. Beliau mahu kembali kepada pemerintahan asal Othmaniah sebelum tanzimat. Beliau menolak sistem hiraki barat dan mahukan sistem Topkapi (nama sebuah istana lama di Istanbul ) dan imaret diperintah oleh keluarga diraja Othmaniah semula. Beliau tidak percaya kepada pegawai - pegawai yang berkhidmat sebelumnya. Secara beransur -ansur beliau mengurangkan peranan mereka dalam kerajaan. Beliau berjaya mengurangkan hutang kerajaan.

   Pada tahun 1896, perwakilan Zionis telah menemui beliau. Sebagai tawaran untuk mendapatkan Palestin mereka memberi tawaran untuk memperbaiki keadaan krisis kewangan yang dihadapi oleh kerajaan Othmaniah. Bagaimana seorang yang tidak mempuyai tanah airnya sendiri boleh membuat tawaran kepada pewaris salah satu empayar terbesar di dunia. Jawapannya ialah satu bentuk kuasa baru telah muncul, kuasa bank telah mengatasi kuasa kerajaan atau kuasa politik. Kuasa tidak lagi dalam bentuk ketenteraan tetapi dalam bentuk jumlah nombor wang dalam bank. Politik dijadikan alat untuk mengawal masyarakat.Kuasa politik pulak dijadikan alat bank untuk menjalankan projeknya.Sultan Abdul Hamid telah mengungkapkan kata-kata bersejarah yang ditujukan kepada Herzl melalui utusan yang dihantar untuk perundingan tersebut :

   "Saya menganjurkan supaya dia (Hezrl) tidak meneruskan perkara ini (usaha mendapatkantanah Palestin). Saya tidak dapat menjualkan walaupun satu kaki persegi daripada tanah inikerana ianya bukan milik saya, tetapi milik rakyat saya. Rakyat saya telah membentuk sertamengekalkan Empayar ini dengan pengorbanan dan darah, dan kami akan mempertahankannya dengan darah kami sebelum menyerahkannya kepada sesiapapun.Biarlah yahudi-yahudi itu menyimpan sahaja wang mereka yang berbilion-bilion itu. Jika sekiranya Empayar ini berpecah, maka mereka boleh mengambil Palestin secara percuma.Tetapi mestilah dilangkah mayat kami dahulu, dan saya tidak akan membenarkan ianya berlaku atas sebab apapun.."Sultan Abdul Hamid digulingkan pada tahun 1908. Pada tahun itu juga , pejabat pertama Zionis di buka di Palestin dibawah firma Rohschilds. Maka berakhirlah empayar Othmaniah walaupun ia masih belum secara rasmi sehingga tahun 1924. Selepas dari rentetan peristiwa itu maka tertubuhlah Repulik Turki yang SEKULAR dan Kamal Ataturk menjadi Presiden Republik Turki yang pertama, Islam dan Kehidupan dipisahkan.

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam. 


Yang mula merindui damainya Golden Horn, Istanbul,
Nur Suhaila Zulkifli 
Nottingham.

Friday 26 November 2010

Kebahagiaan dalam Perpisahan

Agak kebosanan sebenarnya untuk memaparkan tentang cinta lagi dalam blog ini. Namun, atas kesempitan masa untuk menulis sendiri dan sedar masih ramai sahabat di luar sana yang berdepan dengan masalah hati ini, kisah cinta disajikan lagi.


(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (Surah an-Nuur:26)

Sewaktu halaqah petang tadi, Sister Fullah ada menerangkan ayat ini. Ayat ini membela Aisyah ra yang difitnah dengan teruk, seperti diceritakan dalam ayat-ayat sebelumnya. 

Salah tanggapan kita selama ini adalah perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik dan sebaliknya, manakala perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat. Hakikat sebenarnya, Nabi Nuh dan Nabi Lut sendiri dikurniakan isterinya yang tidak menerima Islam. Asiah, wanita yang dikatakan oleh Rasulullah saw, wanita terbaik pada zamannya, pula merupakan isteri kepada Firaun. Pokoknya di sini, boleh sahaja orang yang tidak sekufu dari segi keimanan hidup sekali, namun akan timbul masalah di kemudian hari. Perkahwinan tidak bahagia. Lebih payah mengajak pasangan kembali beriman kepada Allah.

Berbeza jika berkahwin dengan orang yang sekufu dari segi kebaikannya. Sebagai contoh, Aisyah ra dan Rasulullah saw. Kedua-duanya adalah hamba Allah yang beriman dan lantaran itulah mereka bahagia. Jika Aisyah ra bukanlah perempuan yang baik seperti yang difitnah oleh masyarakat Madinah ketika itu, pasti rumahtangganya dengan Rasulullah saw berantakan.

Sister Fullah menambah, bukan sekadar keimanan sahaja penentu kebahagiaan, bahkan faktor keserasian dari sudut sikap perlu diambil kira. 

Apa kayu ukur kejahatan dan kebaikan? Kata beliau, kejahatan dan kebaikan itu adalah datang dari hati yang kemudiannya terpancar pada perbuatan, percakapan dan pemikiran. Itulah sebabnya amat penting kita menjaga tutur kata dan tingkah laku.

Oops, tertulis panjang pula..
Selamat membaca! (Jazakillahu khair kak Syafa! xoxo)


  
"Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik ya~… -Amin, UK-"

Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun. Aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah lah pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku.


Adakah dia sudah ….? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ….

Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung sama ada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster. 


Dan ketika itu. Aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu lah sedikit. 'Boring' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.

Di KL. Aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak.

Aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan 'early dinner' di situ. Kemudian, satu detik yang agak 'mengingatkan' bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku…

Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan mereka kat situ tu ye?" Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang 'couple' yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. "Ala, kita ni baik sikit. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sikit lah pendek cerita!."

"Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk.

"Dalam Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi.

Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia 'counter' lagi. Huh. Diam sahaja lah!

"Erh, abaikan saja lah. Saja saja saya tanya…" Amin cuba menyedapkan hati.

Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak 'rasmi' ini.
Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun. Aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli.

Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan - 'Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.'

Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya.


Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang 'playboy' pada masa kini.
Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.

'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar.

"Esok free tak? Boleh kita chatting?"

"Boleh... Saya free saja." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk 'wish birthday. Aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.

"Ok.thank you..." balasnya pula.

Keesokannya. Aku menanti awal dia online.

'untuk. untuk. untuk..' Amin has signed in.

Oh, tepat sungguh waktunya...

Amin: assalamualaikum wbt.

Wani: wsalam…

Amin: apa khabar? sihat? iman baik?

Wani: alhamdulillah. .. sihat2..=) awak?

Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni… tapi tak mengapa, ok saja semua

Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the birthday wish last week...

Amin: welcome… tak balik. banyak kerja sikit tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit...

Wani: wah, rajinnya... baguslah!

Amin: hurm...

Amin: study macam mana?

Wani: ok saja... new sem ni berat sikit.. Jadual pack.

Amin: oic...

Amin: tak mengapa, study rajin2 ye..

Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…

Amin: hurm…

Wani: apa dia? tanya lah… sila2..

Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?

Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan 'kawan'… tak lebih daripada tu… tapi, special sikit… tiada couple-couple macam org lain… declare pun tak kan?

Wani: so, statusnya kawan saja lah…

Amin: hurm…

…..

Wani: erh, tak betul ke?

Amin: hurm.. ni opinion saja lah - antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri sahaja… yang lain-lain.. atas alasan apa sekali pun ia tak patut diterima..

Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…

Wani: jadi…

Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah…

Amin: sebab……

Amin: sebab saya sedar yang semua ini adalah salah dan juga keliru…

Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku…

Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber'zina'…

Amin: huh…

Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…

Amin: kononya Islamik…

Amin: saya rasa cara ni tak betul… kita sebenarnya yang dah menyarungkan benda yang tak baik ni dengan Islam… then, org nampak Islamik…

Amin: saya rasa tak ada beza pun kita dengan org lain yang duduk ber'couple2' ini..

Amin: hurm…..

Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah…

Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi…

Amin: sorry… sorry banyak-banyak untuk segala apa yang telah kita buat…

Amin: dan sorry juga sebab telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…

Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan…

Astaghfirullahalazi m. Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi…

Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa…

Cinta hakiki hanyalah pada Allah…

Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.

Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.

Aku terus menjawab ringkas….

Wani: thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah…

Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.

Wani: wassalam.

Signed out

Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulail, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya. 


Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi… Astaghfirullah. . Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.

"Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai." Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin.

"Ya bang, Wani turun…"

Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan 'presentation' kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program 'Belia Negara 2057' esok.


Naqibatain (dua orang naqibah) saya akan melangsungkan pernikahan Disember ini. Barakallahu lakuma wabaraka alaik!  (Peer pressure..he3)


Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam. 


Nur Suhaila Zulkifli 
Nottingham.

Wednesday 24 November 2010

Hijrah ke Habsyah-Teknik Berdakwah

(dari buku Fiqh Sirah 1- Syeikh Ramadan al-Buti)

Kisah penghijrahan sahabat ke bumi Habsyah. Di sana, terdapat panduan yang mengajar antara jalan dakwah yang boleh kita ambil. Di Mekah, sahabat menerima tekanan dari segi ugutan pembunuhan serta sekatan ekonomi sehingga menyebabkan sahabat terpaksa memakan akar kayu.

Hijrah ke Habsyah umpama berundur sebentar, bukan meyerah kalah, tapi untuk mengatur strategi baru. Kadang-kala kita juga tidak mampu untuk meneruskan dakwah di tempat sendiri sehinggakan perlu ke tempat lain yang lebih baik. Ini akan memberi peluang kepada orang yang belajar di luar, dan kemudian pulang ke tempat sendiri untuk memberi khidmat kepada orang di kampung halaman.

Hijrah ke Habsyah, adalah hijrah pertama sebelum Thaif dan Madinah. Hijrah untuk menyelamatkan aqidah, dan keimanan sahabat yang tergugat oleh cabaran manusia.
Berkata Syeikh Muhamad Saie': penghijrahan sabahat baginda berlaku kerana baginda sendiri tidak mampu untuk memelihara mereka dari menerima ujian dari Allah, maka berkatalah baginda, "Jika kamu keluar ke bumi Habsyah, di situ ada seorang raja dan tiada seorang pun rakyat di bumi itu yang dizalimi oleh raja itu."

Antara sebab pemergian sahabat ke Habsyah, bukan ke tempat lain kerana:
1) kerana raja itu tidak menzalimi rakyatnya- adil itu amat penting di sisi Islam walaupun raja itu bukan Islam. Jika ada  2 pemerintah yang bukan Islam, satu adil, satu lagi tidak,kita digalakkan berada di bawah pemerintahan yang adil.  Jika pemerintah seorang adalah muslim, yang satu lagi tidak, menjadi perbahasan ulama', kita perlu berada di bawah mana (mengikut situasi semasa).

2) untuk menyelamatkan iman
Ramai sahabat Aus yang ke Habsyah (contoh: Rugayyah, Zubair b Awwam, Abdurrahman b Auf, Uthman dan isteri, Abu Huzaifah, Mus'ab) dan 80 lebih pemuda bersama mereka.
Apabila Quraisy tahu sahabat berhijrah ke Habsyah, Quraisy menghantar utusan Amru b Asr (pembuka Mesir- yang ketika itu belum Islam) untuk menghasut Raja Habsyah agar tidak menerima kedatangan orang Muslim Mekah.

Raja itu mengatakan,” aku mahu mendengar dulu dari pihak muslimin.”
>kita perlu dengar dahulu dari kedua-dua belah pihak. Keadilan kita dalam menghukum atau menilai sesuatu. Tidak meletakkan emosi, dan keassabiyahan sebagai pengukur.

Kadang-kadang,ahli yang sefikrah dengan kita sendiri buat silap, tapi kita memihak padanya,  akhirnya kita juga dapat 'ganjaran' dosa. Ada juga orang yang buat silap, kesalahannya dilabelkan berpunca dari organisasi yang disertainya. Sedangkan kita perlu faham, tak semua ahli dalam satu organisasi punya cukup tarbiyah. Sekali lagi, bukan kerana organisasi itu tidak memberi tarbiyah.

Kaedah fiqh: hukum sesuatu itu adalah furu' adalah cabang dari tasawur. Tahu apa berlaku  dan sebagainya, baru boleh menghukum.

Suatu hari, al-Qasim bin Muhammad pernah ditanya lalu ia menjawab, “Allahu a’lam.” Kemudian ia berkata, “Demi Allah, lebih bagus seseorang itu hidup jahil, setelah mengetahui hak-hak Allah atas dirinya, daripada mengatakan apa yang tidak ia ketahui,” (Shahih, HR ad-Darimi (1/48), Abu Khaitsamah dalam kitab al’llmu (90), al-Khathib al-Baghdadi dalam al-Faqiih wal Mutafaqaih (11/173), dan al-Fasawi dalam kitab al-Ma’rifab Taariikb (1/546-547)).

Bagaimana Rasulullah saw mendapat tahu berkenaan semua ini? Sedangkan pada waktu itu tiada surat khabar, atau media massa? Menujukkan apa yang baginda tahu, datangnya dari wahyu Allah.

Raja Najasyi bertanya kepada orang Muslimin Mekah,"apakah agama barumu sehingga menyebabkan kamu meninggalkan mereka dan mereka memisahkan kamu, sehingga kamu tidak masuk ke dalam agamaku?"

Jaafar b Abi Talib memberi penerangan,"wahai Raja Najasyi, kami dulu adalah kaum jahiliyah, meyembah berhala, memakan bangkai, melakukan zina, memutuskan silaturrahim di antara kami, kami menyakiti jiran-jiran yang ada dan orang-orang yang kuat dalam kalian kami, menindas (menzalimi) orang-orang lemah dalam kalangan kami. Kami melakukan semua ini, sehinggalah Allah mengutuskan rasul di kalangan kami sendiri (kami kenal dia dari kecil)- seorang yang amanah (menjaga barang kami), kesuciannya(jauh dari perkara mungkar). Kami kenal baginda tentang kemuliaannya sebagai seorang manusia biasa.

> Bila berdakwah, kita seeloknya berada di kampung kita sendiri. Orang kenal ibu bapa kita, orang tahu siapa kita, bagaimana kita membesar. Jika kita bukan berasal di situ, kita pastikan kita bertapak lebih lama di tempat itu.

Jaafar b Abi Talib berkata lagi, "baginda mengajak kami kepada bercakap benar, menyampaikan amanah, menyambungkan silaturrahim, melarang kami melakukan perkara keji. Lalu kami beriman kepadanya.”

>Teknik dakwah yang bagus: gunakan penerangan untuk menerangkan tentang Islam pada orang. Beritahu mereka perubahan sebelum kita larut dalam Islam, dan selepas kita memahami apa ertinya kita memeluk Islam kepada orang yang tak tahu apa2 kepada Islam.

Jaafar b Abi Talib menyambung, "lalu kami ikut apa yang diseru oleh nabi, untuk beriman kepada Allah. Maka kaum kami telah pun mengazab kami, memfitnah kami untuk mengembalikan kami semula agar menyembah berhala." (Jaafar menyebut berulang kali "kami mahu lari dari penyembahan berhala".)

>Teknik berdakwah: menggunakan cara promosi yang betul meskipun apa yang kita bawa sememangnya benar.  Raja Najasyi, seorang Nasrani (yang belum terpesong) yang anti menyembah berhala.

Jaafar berkata, "oleh itu, kami terpaksa keluar ke negara kamu yang berbahagia ini. Kami memilih kamu dan kami berharap agar tidak dizalimi di sisi kamu."

Raja Najasyi kemudian bertanya kepada Jaafar,"boleh kamu beritahu apa yang dibawa oleh baginda?" Maka perbacalah jaafar dari ayat permulaan Surah Maryam- kisah Maryam dan Nabi Isa. Raja itu menangis sehingga basah janggutnya. Lantaran, kisah itu sama seperti yang ada dalam kitab Injil dan diimani olehnya. Ini memudahkan Raja Najasyi menerima orang muslimin Mekah.

Raja Najasyi berkata," sesungguhnya agama ini dan agama yang dibawa dari Nabi Isa, keluar dari lampu suluhan (pelita) yang satu. Tiada beza antara aku dan kamu."

Raja Najasyi berkata kepada orang musyrikin,"kamu berdua baliklah.  Sesungguhnya aku tidak akan meyerahkan mereka kepada kamu, dan aku tidak akan menindas mereka."

Raja Najasyi mengambil tongkatnya lalu membuat garisan. Beliau berkata, "tidak banyak beza apa yang dibawa Islam dan Nabi Isa.”

Lalu Raja Najasyi pun memeluk Islam dan menjadi salah seorang dari golongan Habrah (orang-orang yang tidak sempat bertemu baginda saw tetapi telah memeluk islam). Sewaktu Raja Najasyi itu meninggal dunia, Rasulullah meminta sahabat melaksanakan solat jenazah ghaib untuk beliau.

Q&A

Soalan 1: Ketika berhijrah ke Habsyah, Rasulullah saw meminta perlindungan dari orang Nasrani (Kristian), agak bertentangan dengan ayat 120 surah al-Baqarah.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (Surah al-Baqarah :120)

Jawapan
Boleh untuk orang muslim untuk berada di bawah pemerintahan orang bukan muslim jika keadaan mendesak, dan negara itu dipegang seorang yang adil yang masih berpegang pada agama samawi yang sebenar. Jika mereka betul-betul berpegang kitab Injil, mereka tidak akan berlaku khianat.

Penghijrahan ke Habsyah berlaku kerana orang Muslim Mekah perlu memilih himayah (penjagaan) sama ada dalam jagaan orang Habsyah atau orang musyrik. Keyakinan bahawa Habsyah boleh memberi penjagaan kepada orang Islam memberi ruang kepada orang Islam untuk berada di bawah orang bukan muslim. Malah, Raja Najasyi selepas itu pun memeluk Islam.

Rasulullah saw memberi panduan untuk berhijrah ke Habsyah dengan beberapa syarat: raja itu tidak zalim (perlu ada maklumat tentang pihak itu dan yakin). Jika ada syak, kita tidak boleh mengambil mereka sebagai tempat perlindungan. Perlu ada pembacaan semasa.

Ayat 120 Surah al-Baqarah adalah berbentuk umum. Ulama’ berpegang, petanda bagi umum mesti ada pengecualian atau pengkhususan. Contohnya ayat yang mengatakan membunuh semua orang musyrikin.

"… bunuhlah orang-orang musyrikin itu di mana saja kamu jumpai mereka, ..." [Al-Qur'an 9:5]

Ayat ini bersifat umum dan mempunyai penerangan (pengkhususan) dalam ayat lain.

" Dan jika seorang di antara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah, kemudian antarkanlah ia ke tempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui. " [Al-Qur'an 9:6]

Apabila membaca Al-Quran, ayat umum akan ada pengecualian. Rujuklah pada hadis untuk penerangan.

Soalan 2
Apakah kawasan Habsyah sekarang: adakah Ethopia sahaja atau Ethopia dan Eritrea?

Jawapan
Tempat di mana, tidak menjadi perbahasan ulama'. Ulama' mengetahui Habsyah di mana melalui kedudukan yang diterangkan dalam sirah. Boleh dapatkan lebih banyak maklumat dari Dr Syauqi Abu Khalil, seorang ulama’ Damascus yang banyak menulis buku sejarah Islam.

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam. 


Nur Suhaila Zulkifli 
Nottingham.

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...