Monday 30 July 2012

Hati Seorang Wanita

Sebagai wanita, aku seorang yang pastinya mudah diserang wabak prasangka. Adakah dia setia pada janji yang diikatnya, adakah dia istiqamah dengan agamanya, bagaimana tingkah lakunya di belakangku.. Prasangka yang bisa merenggut kepercayaan yang bertakhta untuk insan yang ku harapkan.. Prasangka yang acapkali mengetuk hati andai iman ini lemah.

Namun, sebagai muslimah, aku percaya, bukan tindakan yang baik untuk merajuk. Bukan nilai akhlak yang mulia andai aku terus menghentamnya dengan segala persoalan. Aku sepatutnya percaya, biarlah Allah menjaganya. Saat ini, percayalah pada Tuhan yang ku minta agar terus melaksanakan tapisanNya. Andai dia tetap milikku, dia akan tahu segala amalannya, itu antara dia dan TuhanNya.

Sebagai wanita, aku mudah dihimpit virus cemburu. Melihat rapatnya dia bersama teman-temannya. Mengenangkan kurangnya masa dia diperuntukkan untuk aku..

Namun, sebagai muslimah, aku sepatutnya gembira. Biarlah kami kurang berhubung sepanjang proses ini. Biarlah banyak cerita tawa dan suka disimpan sebagai khazanah berharga mengisi hari-hari dalam melayari bahtera rumahtangga nanti. Aku sepatutnya menegur soal ikhtilat, pergaulannya bukan kerana aku cemburu. Namun kerana tanggungjawabku sesama Muslim.

Ya Allah tetapkanlah hatiku. Hindarilah aku dari mencintainya sebelum akadku.. Agar aku dapat melihat segala petunjuk dariMu. Agar aku dapat mendengar setiap bicaraMu..

"Verily, my solah, my sacrifice, my living, and my dying are for Allah, the Lord of all that exists." Nur Suhaila Zulkifli Nottingham.

No comments:

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...