Sebagai wanita, aku seorang yang pastinya mudah diserang wabak prasangka. Adakah dia setia pada janji yang diikatnya, adakah dia istiqamah dengan agamanya, bagaimana tingkah lakunya di belakangku.. Prasangka yang bisa merenggut kepercayaan yang bertakhta untuk insan yang ku harapkan.. Prasangka yang acapkali mengetuk hati andai iman ini lemah.
Namun, sebagai muslimah, aku percaya, bukan tindakan yang baik untuk merajuk. Bukan nilai akhlak yang mulia andai aku terus menghentamnya dengan segala persoalan. Aku sepatutnya percaya, biarlah Allah menjaganya. Saat ini, percayalah pada Tuhan yang ku minta agar terus melaksanakan tapisanNya. Andai dia tetap milikku, dia akan tahu segala amalannya, itu antara dia dan TuhanNya.
Sebagai wanita, aku mudah dihimpit virus cemburu. Melihat rapatnya dia bersama teman-temannya. Mengenangkan kurangnya masa dia diperuntukkan untuk aku..
Namun, sebagai muslimah, aku sepatutnya gembira. Biarlah kami kurang berhubung sepanjang proses ini. Biarlah banyak cerita tawa dan suka disimpan sebagai khazanah berharga mengisi hari-hari dalam melayari bahtera rumahtangga nanti. Aku sepatutnya menegur soal ikhtilat, pergaulannya bukan kerana aku cemburu. Namun kerana tanggungjawabku sesama Muslim.
Ya Allah tetapkanlah hatiku. Hindarilah aku dari mencintainya sebelum akadku.. Agar aku dapat melihat segala petunjuk dariMu. Agar aku dapat mendengar setiap bicaraMu..
"Verily, my solah, my sacrifice, my living, and my dying are for Allah, the Lord of all that exists." Nur Suhaila Zulkifli Nottingham.
Aku menulis untuk berkongsi, Aku menulis untuk memberi, Aku menulis untuk menjadi amal jariah selepas aku mati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pelepasan Cukai 2018
Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...
-
(dari buku Fiqh Sirah 1- Syeikh Ramadan al-Buti) Kisah penghijrahan sahabat ke bumi Habsyah. Di sana, terdapat panduan yang mengajar antara...
-
Kisah Ka’ab bin Malik Dalam Perang Tabuk Kisah ini bukan kisah pertama yang ditulis di buku Teladan Tarbiyah yang saya ulas di artikel sebel...
-
Pernah dengar yang ringgit da tak diterima kat Tanah Haram? Tak boleh guna kad Visa@Mastercard kita di ATM sini? Ok, itu semua mitos ya.. B...
No comments:
Post a Comment