Sunday 12 June 2016

Dana Patuh Syariah KWSP

Dana patuh syariah KWSP? Ya. Seperti dijanjikan, KWSP akan melancarkan dana patuh syariah pada Januari 2017. Dan the good news is, permohonan itu telah pun dibuka!

Kenapa perlu ada permohonan? Kerana dana patuh syariah ini terhad hanya sehingga RM100 billion ke RM120 billion dari keseluruhan dana dalam KWSP. Jadi, siapa cepat, dia dapatla!

Bagaimana kalau kuota telah penuh atau permohonan tidak diluluskan? Haa, tak dapek la den nak menolong yo, jang.. Terpakso eah la poie borsihkan 60% dividen tak patuh syariah tu nanti (mulai dari tahun 2010). (Lihat gambar)

Apa yang saya boleh nasihatkan, minimakan jumlah simpanan anda dalam KWSP. Dividen memang diisytihar hujung tahun, tapi dikira mengikut setiap bulan. Dan setiap bulan bila makin bertambah simpanan dalam KWSP, maka makin banyak la faedah riba kita. 

Jadi, mana boleh keluarkan, keluarkan segera. Contoh:
1) kekalkan caruman majikan yang 8%, bukan 11%.

2) Kalau ada beli rumah, boleh buat pengeluaran untuk membayar ansurans rumah (duit ni guna untuk bayar ansurans pinjaman, duit gaji yang dulunya guna untuk bayar pinjaman jangan dibuek poie joli pulak. Kono simpan!)

3) Cukup umur boleh keluarkan duit, silalah berbuat demikian. Akaun 2 umur 50. Akaun 1 umur 55. Segerakan berbuka, gitu. Jangan tangguh. Apa-apa hal jadi pada kita, contohnya kematian, ikut Fatwa Kebangsaan, duit KWSP kita akan dibahagikan ikut faraid. Penama yang kita 'wasiatkan' tak dapat apa pun. Sekadar pentadbir harta. Bukan pewaris. Same applies to Tabung Haji, even. Link komplikasi fatwa berkenaan KWSP: http://khazanah-fiqh.blogspot.my/2011/01/kwsp-adakah-masuk-dalam-harta.html?m=1

4) Beruntunglah siapa yang ambil skim berpencen (den salah sorang yo). 100% duit simpanan dalam KWSP dapat diselamatkan dari hanyut dilanda banjir. Hi3. Tapi tu pun kena semak juga, memang RM0.00 ke dalam KWSP kita?Saya ada kawan (sebaya mak saya sebenarnya). Ambil skim pencen, duit da dikeluarkan, tapi bila bantu beliau semak penyata 2016 KWSP, ada RM2600 berbaki. Tak tahu masa bila masuk. Sedangkan 2015 dan tahun sebelum-sebelumnya, da ada dividen diisytiharkan ke atas simpanan seciput itu. Seciput pun, kena juga bersihkan sebab riba tu.

5) Haa, yang satu ni, ramai tak tahu. Yang tahu pun, mungkin tak ambil pusing. Akaun 1 anda. Ya, 20% dari simpanan asas boleh dikeluarkan dan disimpan dalam dana yang diluluskan KWSP. Dan sudah banyak dana patuh syariah yang wujud di Malaysia ini. Nampak sikit 20% sahaja. Tapi kalau setiap tiga bulan dapat keluarkan paling kurang RM1000, setahun da RM4000 selamat. Nak harapkan diri sendiri menabung sampai RM4000 setahun, saya sendiri terbatuk-batuk (tepuk dahi sendiri):p

Ramai mungkin tak ambil pusing duit simpanan kita dalam KWSP. Mungkin sebab KWSP sangat menjaga duit kita hingga kita sendiri tak boleh keluarkan melainkan sebab yang sangat kukuh. Jadi, kita pun malas nak ambil pusing dan menunggu sehingga umur 55. Tapi sampaikah kita pada umur itu? Apa akan jadi, jika ketika tiba umur 55 itu, kita terlupa membersihkan faedah riba yang kita terima. Nilainya pada ketika itu, mungkin sudah mencecah belas ribu. Moga Allah sentiasa melahirkan rasa takut kita pada bahana riba ini.

Bertindaklah segera. Mohon dana patuh syariah KWSP ini, atau cari cara alternatif yang saya cadangkan di atas. Cuma kena ingat satu perkara, dana patuh syariah KWSP ini tidak menjanjikan dividen serendah 2.5% lagi da. Jadi, ia boleh jadi lebih rendah atau lebih tinggi dari itu. Tapi jangan risau, dividen sebenar tak sampai 2.5% pun, nanti akan ada 'lubuk' lain boleh diselam untuk selamatkan dana ini. Selagi kerajaan masih 'selamat'.

Bebaskan KWSP dari Pelaburan Tidak Patuh Syariah

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/40038-bebaskan-kwsp-dari-pelaburan-tidak-patuh-syariah

#celikharta
#hartaduniasahamakhirat
#sayaperundingunitamanahberlesen

"Verily, my solah, my sacrifice, my living, and my dying are for Allah, the Lord of all that exists."

Nur Suhaila Zulkifli
Masjid Tanah

No comments:

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...