Monday, 31 May 2010

Sejarah Mungkin Berulang

Ulama Umno bakar kapal

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Mei 28, 10 10:43pm

Saya bukan orang politik. Bukan aktivis mana-mana parti. Saya seorang rakyat yang memerhati perkembangan pemikiran Islam dalam negara ini.

Artikel ini akan menyebut istilah ulama Umno atau ulama pro-Umno. Walaupun istilah ini umum, namun saya mengecualikan mereka yang ikhlas dan tidak bersikap seperti yang disebutkan nanti.

Saya tidak faham mengapakah Umno kebelakangan ini suka berkeras mengambil pandangan-pandangan agama yang bersifat perkauman dan amat konservatif.

Dulu mereka lebelkan PAS demikian. Namun hari ini apabila PAS mula membuka ufuknya, melihat Islam dalam kerangka yang lebih luas, Umno pula yang cuba kembali ke zaman ortodoks tersebut.

Ya, memang masih ada dalam PAS sendiri kelompok yang 'ala ulama Umno' hari ini, yang juga mengurung diri dengan pandangan-pandangan yang agak konservatif dan menolak keluasan ijtihad.

Namun suara pembaharuan dan keterbukaan jelas kedengaran dalam PAS. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lagi bersendirian dengan pandangan-pandangan pembaharuannya.

Pelik, sebagai pemerintah mengapa Umno menerima pandangan-pandangan yang sempit itu. Padahal pandangan-pandangan itu hanyalah tafsiran 'kurang luas' golongan konservatif agama, atau satu ijtihad yang boleh untuk dilihat atau dibandingkan dengan ijtihad yang lain.

Apakah kerana Umno merasakan bahawa mereka hanya mampu bernafas dalam iklim yang kurang 'oksigen keluasan ijtihad' atau hanya gas perkauman dan fahaman 'sempit' agama sahaja yang mampu menghidupkan Umno.

Keserasian wajah 1Malaysia

Atau, apakah ulama-ulama pro-Umno hanya mampu bernafas selagi parti itu dikurangkan oksigen keluasan berfikir? Atau, apakah Umno melihat rupa paras Islam dalamnya hanya mampu dilihat jika ia bersifat keras dan sokongan Melayu pun akan datang kepadanya dengan membakar isu-isu tersebut?

Di manakah keserasian wajah 1 Malaysia Perdana Menteri dengan pendekatan Islam Umno hari ini?

Sebagai pemerintah bagi sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, oksigen keluasan ijtihad diperlukan oleh Umno. Mengapakah Umno menerima pendapat-pendapat yang menajamkan salah faham terhadap Islam di negara ini.

Dulu Umno menolak pihak yang membangkitkan tuduhan 300 ribu orang Melayu murtad serta menuduh individu dan institusi itu dan ini sebagai pusat Kristian.

Hari ini pendapat pihak seperti tersebut diterima pakai. Bahkan beliau dijadikan perlambangan ulama pro-Umno. Atau memang Umno kini berminat dengan perdekatan yang sifatkan media antarabangsa sebagai 'ala-ala Taliban'?

Segala tudingan Umno dahulu kepada PAS sebagai pembawa Islam sempit dan jumud, hari ini PAS hampir dapat membebaskan diri dan imejnya seumpama itu sedangkan sebaliknya Umno pula yang memakai seragam kejumudan dan kesempitan tersebut.

Peguam bukan Islam

Lihat, isu peguam bukan Islam di Mahkamah Syariah. Media-media Umno membesar-besarkan isu ini seakan ia akan memusnah orang Islam.

Diambil pendapat pihak yang menyatakan bahawa itu akan mengelirukan umat Islam dan mengancam Islam. Saya ditanya olehUtusan Malaysia, namun apabila saya beri pendapat yang berbeza, ia tidak disiarkan.

Isu itu boleh memberikan gambaran salah kepada bukan Islam, dan juga generasi baru Muslim mengenai Islam.

Bagaimanakah mungkin, universiti rasmi kerajaan UIAM memberikan sijil yang sah dalam bidang tersebut kepada peguam berkenaan, tetapi kerajaan yang sama menyatakan ia tidak boleh digunapakai?

Apakah ini secocok dengan keadilan Islam?

Kedua, bayangkan dalam sebuah negara Islam sepenuhnya yang hanya bertunjangkan Mahkamah Ssyariah, tiba-tiba kita beritahu bukan Islam tidak boleh menjadi peguam!

Apakah dalam negara yang berbilang agama ini, mereka akan pandang tinggi tentang konsep keadilan di mahkamah yang bersifat Islam seperti itu?

Peguam ialah pembela. Sesiapa sahaja boleh membela tertuduh di mahkamah Islam. Yahudi pernah menang kes menentang Saidina 'Ali dalam pertikaian baju besi.

Pada zaman Nabi SAW dan al-Khulafa al-Rasyidin, tiada sistem guaman secara rasmi. Seseorang boleh menuntut keadilan dengan hujah-hujahnya di hadapan hakim. Untuk membela atau berhujah, sesiapa pun boleh berhujah.

Penentunya, sistem kehakiman itu sendiri, bukan peguam. Di zaman kini lebih jelas. Undang-undang telah dienakmenkan. Ia bertulis dan setiap pihak terikat dengan undang-undang bertulis itu.

Sesiapa sahaja yang berhujah, sama ada Islam atau bukan Islam, mereka terikat dengan hal tersebut. Hakim akan menentukannya secara adil. Keadilan sebenar dapat diperolehi jika hakim adil.

Setiap pihak berhak membela diri, dan berhak meminta sesiapa sahaja yang mampu membelanya. Keadilan itu buta warna kulit dan jenis agama.

Islam yang seperti itulah patut digambarkan jika kita ingin menuju kepada Islamisasi negara yang sebenar. Jika ada beberapa peruntukan undang-undang yang kurang sesuai dalam masyarakat yang rencam ini maka ia perlu diubah.

Cara Umno mengendalikan isu tersebut, mengelirukan bukan Islam!

Jika tidak mahu benarkan, mengapa dia diizinkan melalui pengajian dan menghabiskan masa untuk itu, kemudian dimaklumkan 'sijil awak tidak laku'.

Ulama pro-Umno bising. Menariknya, apabila ada orang yang ditahan tanpa diberikan hak perbicaraan, mereka diam! Tidakkah ini mengelirukan Islam dan bukan Islam?

Jika ini tidak diubah, Islam di negara ini terus menjadi defensive, takut pada bayang-bayang sendiri dan gagal memahamkan bukan Islam tentang keindahan Islam.

Lebih 50 tahun Umno memerintah, generasi baru bukan Islam bertambah prejudis dengan Islam yang dibawa oleh Umno. Golongan muda Islam juga demikian.

Agama dijadikan senjata permusuhan, bukan lagi rahmat yang menimbulkan kedamaian dan keyakinan rakyat kepada keindahan Islam.

Jika tanpa pendakwah-pendakwah dan tokoh-tokoh yang ikhlas menjelaskan tentang hakikat Islam sebenar, tentu bukan Islam bertambah prejudis kepada Islam.

Generasi Islam yang terpelajar juga akan mula mempersoalkan Islam seperti ini.

Isu kalimah Allah

Isu kalimah Allah juga demikian. Ulama pro-Umno, termasuk 'ala Umno' yang berada dalam PAS membakar rakyat awam dengan isu ini.

Sehingga ada ulama pro-Umno yang cuba mengkafirkan orang lain dalam isu nama Allah tersebut. Tidak cukup dengan 300 ribu yang dimurtadkan dulu, ditambah pula ahli politik yang cuba dijadikan murtad baru.

Semuanya kerana tafsiran yang sempit. Padahal, isu itu boleh diselesaikan dengan adil dan saksama. Diraikan hak agama lain dan dibuat beberapa peraturan untuk ketenteraman awam. Saya sendiri telah menggaris panduan dalam media. Bukan Islam ramai yang setuju.

Namun, ada yang cuba bermain sentimen rakyat yang kurang faham.

Media Umno pula hanya menerang pendapat sebelah pihak. Namun sekarang apabila melihat kekalahan di Sibu yang membabitkan penduduk Kristian, Umno mula gelisah. Apakah Umno akan meminta fatwa baru dari 'mufti' yang setia berkhidmat itu?

Isu masuk masjid

Isu bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam masjid juga dipopularkan oleh media Umno. Padahal larangan bukan Islam masuk masjid hanya salah satu pendapat dalam kalangan ulama.

Ulama hadis ramai berpendapat sebaliknya. Ini disebabkan hadis-hadis menunjukkan bukan Islam pada zaman Nabi SAW masuk ke dalam masjid dan mempelajari Islam.

Jsuteru, di zaman kini yang banyak salahfaham terhadap Islam, mereka lebih patut dibenarkan masuk.

Cumanya, letakkan beberapa peraturan atas asas siyasah syar'iyyah(islamic administration). Namun, jika apabila dikemukakan pendapat bahawa bukan Islam boleh masuk ke masjid, bangkitlah ulama-ulama pro-Umno dengan fatwa-fatwa ketat dan seakan hendak berjihad mempertahankannya.

Malang sekali, apabila timbul isu judi bolasepak, tidak pula mereka berani lantang dan tegas. Tidakkah ini mengelirukan? Apa tidaknya, apabila bukan Islam hendak masuk masjid dihalang, tapi apabila diberikan keizinan berjudi didiamkan!

Isu Sebat

Isu sebat tiba-tiba muncul. Dulu Umno sensitif dengan hudud. Dalam persekitaran yang ada, saya juga fikir PAS tidak perlu menegaskan isu hudud. PAS sejak dulu patut angkat isu keadilan seperti mereka lakukan sekarang.

Keadilan itulah objektif. Hudud adalah mekanisma yang boleh diselaraskan apabila keadaan wajar.

Hukum yang baik untuk tempat yang sesuai. Sama seperti wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Jika wanita yang baik dikahwinkan dengan lelaki yang jahat, kepincangan akan berlaku.

Demikianlah hudud. Saya telah beri pandangan dalam masalah ini.

Tapi kini, tidak semena-mena tanpa mukadimah yang jelas agar rakyat faham, Umno mencanangkan isu sebat Kartika dan tiga wanita di Wilayah Persekutuan.

Menurut laporan media, mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kata sesiapa hina hukum sebat murtad kerana ia hukum Allah. Namun, apabila Sultan Pahang batalkan hukuman, beliau berkata itu hak Sultan.

Saya telah beri pandangan dalam kes ini, boleh rujuk laman web saya. Keajaiban ulama dalam media Umno!

Perarakan Maulid

Apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat kata perarakan maulid bukan galakan agama, media Umno dan ulama pro-Umno membuat ulasan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diserang. Walaupun saya ketika itu menulis dalam Mingguan Malaysia, saya memberikan pandangan yang berbeza.

Artikel saya 'Melayu dan Mamak Penang' boleh dirujuk. Media Umno jadikan seakan isu itu benteng Melayu-Islam di Malaysia.

Di Kelantan, lebai entah dari mana datangnya, pun menulis diMingguan Malaysia kononnya Nik Aziz - Wahabi disebabkan isu-isu seperti ini.

Bisinglah mereka. Malangnya, media dan ulama pro-Umno tidak pula bising keruntuhan moral muda-muda Melayu-Islam saban tahun disebabkan perhimpunan pesta sambutan tahun baru yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin politik!

Inilah ulama yang pro-Umno sekarang. Apakah mereka ini dapat menarik perhatian generasi baharu Islam dan bukan Islam kepada Islam?

Barah

Banyak lagi isu lain jika hendak disebutkan yang membabitkan ulama dalam Umno.

Saya bukan anti-Umno tetapi inilah realitinya. Saya ramai sahabat dalam Umno. Kepimpinan Umno bermula dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga ke lapisan bawah, ramai yang baik dengan saya. Tapi ini realiti. Kritikan saya untuk semua. Kali ini khas untuk Umno.

1 Malaysia yang dicanangkan oleh Najib akan tenggelam dibakar oleh pemikiran sempit dan berkepentingan oleh sesetengah ulama Umno ini.

Malang sekali, di kala rakyat Malaysia mula bersikap terbuka, memahami Islam dari kerangkanya yang luas, menelaah ijtihad yang berbagai dan bersedia untuk berhujah secara matang, Umno memilih fatwa atau pandangan yang kian sempit dan berkepentingan.

Dunia sudah terbuka disebabkan media baru, Umno cuba kembali ke zaman selepas kemerdekaan.

PAS yang dahulunya dilihat kolot, mula dipenuhi dengan tokoh-tokoh politik Islam yang kian matang dan mampu mengadaptasi Islam dalam lakarannya yang luas. Pada masa yang sama Umno sedang kerumuni oleh sesetengah mereka yang 'narrow-minded' dan melihat Islam dalam kerangka perkauman.

Bolehkah 1 Malaysia tajaan Perdana Menteri berjaya jika ini terus berlaku. Generasi muda Islam dan bukan Islam telah jauh ke hadapan meninggalkan kesempitan ini. Islam dalam kerangkanya yang lebih universal akan mengambil tempat.

Ulama Umno sebenarnya sedang membakar kapal sendiri dan menenggelamkannya. Perdana Menteri, patut menilai semula agenda 1 Malaysia!

****

Penulis adalah pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia sebelum dilantik menjadi mufti Perlis bermula 1 Nov 2006 – 30 Nov 2008. Beliau mendapat ijazah Ph.D dalam Islamic Revealed Knowledge And Haritage (Al-Quran And Sunnah Studies), UIA (2003) dan lulusan Ijazah Hadith dengan mendapat 5 ijazah sanad menerusi jalur ulama India (2001).


Beliau telah menghasilkan tidak kurang 20 buku, khususnya berkaitana dengan keagamaan dan membentangkan lebih 40 kertas kerja di peringkat tempatan mahupun luar negara.


Sufyan al-Thauri pernah ditanya oleh seseorang, “aku bekerja sebagai penjahit untuk si zalim itu. Apakah aku termasuk di dalam golongan orang cenderung kepada si zalim? (merujuk ayat surah Hud ini)”.

Sufyan al-Thauri menjawab, “tidak! Bahkan engkau termasuk di dalam golongan manusia yang zalim. Ada pun mereka yang cenderung kepada si zalim (yang disebutkan oleh surah Hud itu) ialah mereka yang menjual jarum kepadamu untuk kamu menjahit!”

Begitu sekali kerasnya amaran Sufyan al-Thauri kepada lelaki berkenaan.


Dari al-Dailami daripada Umar al-Khattab, beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya Allah suka kepada pemerintah apabila mereka ini banyak bercampur gaul dengan Ulama tetapi Allah mengutuk Ulama’ apabila mereka itu bercampur gaul dengan pemerintah, kerana sesungguhnya apabila Ulama itu bercampur gaul dengan pemerintah, mereka menginginkan dunia. Manakala pemerintah apabila bercampur gaul dengan Ulama’, mereka menginginkan Akhirat“.


Siasah dan Islam

Astaghfirullahal azim.. Bila saya letakkan diri saya sebagai mad'u, fahamlah kenapa politik adalah satu perkara 'menjengkelkan' yang tak mahu diambil perduli... Tak tahu mana yang betul, mana yang salah. Tambah-tambah lagi hidup dalam kalangan masyarakat yang lebih utamakan ulama' berbanding Al-Quran dan as-sunnah.

Sedangkan ulama' itu hanyalah manusia biasa. Bisa tunduk pada hasutan dunia. Tak kisah la tahap mufti pun. Sewaktu kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyah pun, Sultan Abdul Hamid II 'dipecat' oleh mufti zaman itu sendiri. Sejarah bakal berulang. Itu kata-kata pakar pengkaji sejarah.

Dakwah dan politik. Itu yang dibawa Rasulullah saw dahulu. Baginda mengambil langkah untuk menubuhkan negara Islam tika rakyat Madinah hanya segelintir sahaja yang beragama Islam. Dari kaum Muhajirin dan Ansar. Majoriti, masyarakat Yahudi.. Tiada pula masalah pun.. Itu sunnah. Apa yang Rasulullah saw buat. Jika kita cintakan baginda, kita tidak tolak siasah itu.

"Ah, itu zaman nabi.. Kita ni bukannya hebat dalam dakwah macam baginda.. Zaman sekarang, mana ada harapan lagi da.. "

Imam Hassan al-Banna bangkit dan menubuhkan Ikhwanul Muslimin. Jemaah Islam yang diakui oleh Dr Yusof Qaradhawi sendiri sebagai jemaah Islam yang tidak memisahkan politik dan gerakan Islamnya.

"Sebelum muncul Imam Hassan al-Banna dan gerakan dakwahnya, politik nyaris tersasar daripada perhatian jemaah Islam." -Dr Yusof Al-Qaradhawi.

"Kita tidak mengakui sistem pemerintahan yang tidak ditegakkan di atas landasan Islam dan tidak bersumber darinya." -Imam Hassan al-Banna dalam Risalah Untuk Pemuda.

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Nur Suhaila Zulkifli

Nottingham.

Friday, 28 May 2010

The Best Thing West Do to the Muslims

What is the secret behind the way we write numbers?
When did scientists first discover how we see?
Who drew the oldest surviving map showing America?
What is the hidden meaning of the Elephant Clock?



DATES: 21 January till 30th June 2010
TIMES: 10am till 6pm every day. Entrance is FREE of charge.
LOCATION: Science Museum, Exhibition Road, South Kensington, London.
FEE: Free of charge!



The Golden Ages

Pada usia 19 tahun, saya tahu yang Islam itu sangat hebat. Hanya tahu bila dipertontonkan video dan dihidangkan dengan pelbagai kisah menakjubkan para pejuang Islam. Baik pada kerajaan Umaiyah, Abbasiyah, Turki Uthmaniyah, mahupun di Tanah Melayu sendiri..

Tahu juga, kerajaan Abbasiyah sangat hebat dalam ilmu pengetahuan. Sampaikan di saat kejatuhan khilafah ini, tiada apa lagi yang tinggal untuk dibincangkan oleh ilmuwan mereka. Sehinggakan mereka boleh berdiskusi untuk mencari jumlah sayap malaikat yang memayungi nyamuk yang menyebabkan kematian Raja Namrud [1].

Namun ketika usia saya menjengah 21 tahun, baru dapat lihat sendiri kehebatan umat Islam dalam bidang teknologi. Rupanya roda kecil dalam jam yang kita pakai yang menggerakkan putaran masa itu datang dari elephant clock. Ciptaan Al-Jazari. Baru juga nak kenal nama tokoh-tokoh hebat seperti Ibn Al-Haitham, al- Kindi, Abbas Ibn Firnas, al-Zahrawi hatta Fatimah al- Fihri.


Era emas Islam yang menjadi kebanggaan umat Islam sehingga kini. Zaman di mana cahaya kemajuan menyinar di kerajaan Islam. Zaman yang pada waktu yang sama, di Eropah, mereka masih mencari identiti agama dan bangsa sebelum Renassaince.

Rasa izzah (mulia) melihatkan kejayaan muslim zaman lampau. Adakah kita cukup sekadar rasa bangga dengan kejayaan mereka, menumpang nama 'saudara Muslim kami'? Tidakkah kita rasa rindu mahu mengembalikan kegemilangan era emas Islam? Sama- sama muhasabah diri.

Sedang dalam kembara mencari semangat ilmuwan Islam dahulu.

[1] Kuliah Ustaz Hasrizal.

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Nur Suhaila Zulkifli
Nottingham.

Thursday, 27 May 2010

WOW Is Back!!!!


Bila masa 'cikgu' rakam video ni, saya pun tak pasti..

Senyum WOW!






WOW 2010 : TERbaboW KEBaboW
Bak kata akh Joe (kalu dok laye Joe ni, meme tok jadi bare doh.. Otok dio geligo sokmo:P) :

Tahun lepas sempat join kejap je program anjuran iluvislam ni sebab sibuk meniaga. Cuma tunjuk muka je jumpa junior yang akan datang. Masa untuk fly kesini, tak tahu pun kewujudan WOW ni, jadi memang tak tahu menahu. Sebab tahun depan dah final year, memang program seumpana ini amat WOWpentingWOW bagi pelajar yang akan ke oversea. dapat banyak ilmu terumata fikh travellers. Jangan ingat sembahyang kat UK dan Malaysia sama, ada kelainan dan kelonggaran yang ramai tak tahu. Jadi, JOOOMMM daftar sekarang!

Jom lihat beberapa reaksi WOWian ni!

Wayar berselirat... WOW!!

Gigi putih menyebut wow .... WOW!!!

Wow niiiii dengan roonii .... WOW!!!

Ketiga2 ni segelintir komiti yang menggerakkan WOW. Semua muka2 muda lagi ni! Abang joe tahun ni menolong promosi je skit2. Hehe. Sibuk nak kawen. Opsss. Sibuk nak kumpul duit meniaga. Ada masa akan di join. Tak lupa juga ada super senior yang mahu join juga. Erkk, dia ni excited terlebih walaupun sudah ditenangkan dengan memakai kopiah.

jangan takut, dia tak makan orang... WOW!!!

Dan kalau tiada aral melingtang, mamat sorang ni sibuk nak join. Tapi apakan daya, tak diterima oleh komiti WOW. Kekeke. Depa kata tak tsiqoh, ni program baik2, nanti mamat ni datang buat kacau. siapa? hehehe....

Elvis pressjoe yang sentiasa happy .... wowowowwWOWOWOW

Maklumat lanjut boleh dapatkan di
website rasmi WOW.

Tahun lepas tak sempat jumpa dengan Ustaz Hasrizal, harap tahun ni ustaz datang ke WOW, boleh jumpa dan belajar skill berblog dengan ustaz. Nanti boleh share dalam blog ni ;)

Ustaz Hasrizal masuk tv selalu, takkan takmo jumpa kan?

P/s: Jangan pelik kalau melihat status atau komen FB, YM yang tertulis "WOW!! " "TerBABOW" "WALAWEH", semua. Tsunami WOW sedang melanda :)

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Nur Suhaila Zulkifli

Nottingham.

WOW

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam. Nur Suhaila ZulkifliNottingham.

Aimata Ibu

Niat hati buka blog, untuk post perkara lain. Tapi dok leka blogwalking, jumpa link yang terBABOW di Facebook.

IBU TINGGAL – Coretan untuk hari ibu

Tuesday, 27 April 2010 at 04:23

Hari ni saya keluar lagi dari topik fotografi, motivasi ataupun sesuatu yang biasa saya pernah lakukan. Tahun ini akan masuk tahun yang ke-3 saya meraikan hari ibu tanpa ibu kandung sendiri yang telah pergi bertemu Ilahi pada tahun 2007.

Cerita ini berlaku di Hulu Langat Selangor. Semasa dalam salah satu siri PhotoCamp yang saya adakan, memang menjadi rutin seorang Prinsipal Kem itu untuk melawat tapak latihan fotografi untuk setiap kumpulan kecil yang telah dipecah-pecahkan sebelumnya.

Setelah melawat beberapa kumpulan, tibalah kumpulan yang ke-4 dari 5 yang saya perlu lawati. Mereka memilih sebuah rumah tinggal sebagai lokasi penggambaran mereka mengikut tema yang telah diberikan ketika itu. Bersebelahan rumah itu ada sebuah pondok kecil yang saya fikirkan tidak ada penghuninya. Lalu saya berteduh bawah atap pondok itu. Tiba-tiba seorang perempuan tua berumur sekitar 80-an (dalam tekaan saya) menguak tingkap dengan senyuman. Teratur gigi putih yang saya pasti semuanya adalah gigi palsu memandangkan arwah emak juga pakai gigi palsu.

Selepas bertegur sapa, nenek yang minta saya panggilnya Wan ini pun duduk di atas sebuah pangkin papan. Wan minta saya panggilnya Wan (nenek) kerana umur saya lebih kurang macam umur cucu-cucu dia. Lalu kami mulakan perbualan singkat selama 5 minit itu;

SN : Wan dah lama ke kat sini?

WAN : Dah 60 tahun, sejak kahwin dulu. Tapi dulu Wan duduk rumah nuunnn (memuncungkan mulut mengarah ke rumah tempat peserta PhotoCamp saya membuat latihan)

SN : Ohhh tu rumah Wan ke? Saya minta maaf sangat pasal budak-budak tu ingat rumah tu tak ada orang.

WAN : Tak apa lah. Bukan ada apa pun dalam tu. Wan pun tak larat dah nak mengemas rumah tu.

SN : Suami Wan kat mana?

WAN : Suami Wan meninggal semasa Wan mengandungkan anak Wan yg terakhir (ke-6).

SN : Minta maaf Wan…

WAN : Tak apa lah….semua orang akan mati. Wan pun kadang-kadang berdoa supaya umur Wan tak panjang sangat. Dah 80 tahun hidup dah terasa penat dengan kehidupan.

SN : Anak-anak wan tak bawak Wan duduk dgn mereka ke?

Wan : (senyap….dan melemparkan pandangan jauh ke luar)

SN : …………

Wan : (Tiba-tiba Wan tersenyum bangga dan tanpa disuruh mula bercerita) Anak Wan yang no. 1 tu doktor pakar kat KL. Selalu masuk surat khabar. Yang no.2 pulak dah jadi pilot katanya dulu. No.3 dan 4 perempuan yang sorang tu kahwin Mat Saleh dan yang 1 lagi tu selalu juga masuk suratkhabar. Dia dah jadi ahli perniagaan yang hebat. No.5 dah meninggal masa kecil lagi. Mati lemas kat sungai. Yang last tu tak tahu jadi apa. Tak ada berita lama sangat…surat khabar pun tak masuk. (Wan menceritakan panjang lebar tentang kejayaan anak-anaknya dengan perasaan bangga seorang ibu)

SN : Bagus lah Wan, boleh jadi tokoh ibu mithali patutnya.

Wan : (Senyap)

Dari kedut mata Wan tu saya lihat menyimpan terlalu banyak kenangan dan memendam terlampau banyak perasaan…mungkin rindu atau terkilan. Saya lihat beliau sebagai seorang legenda. Tak ramai bapa yang boleh membesarkan anak sendirian, tetapi ramai ibu-ibu yang mampu bersendirian membesarkan anak-anak. Hati saya jadi sayu mengenangkan ibu saya yang telah pergi…

SN : Anak-anak wan berjaya betul kan? Cuma yang no.6 tu sahaja ke yang tak ada khabar berita sampai sekarang?

Wan : (senyap….) ….semuanya pun sama.

SN: (Tersentak) Sama macammana?

Wan : …….semuanya tak datang balik lepas dah keluar. Malu kot ada emak yang kolot dan kotor macam ni (mata Wan mula bergenang).

SN : Maaf Wan….jadi, siapa yang sara Wan sekarang?

WAN : Anak yang no.2 tu ada lah kadang-kadang balik adalah sikit duit. Yang lebihnya orang-orang kampung yang bagi. Wan pun tak larat nak kait kelapa, ada orang datang kait kelapa belakang rumah ni dapatlah sikit-sikit duit makan.

SN : Yang lain?

WAN : Tak tahu….

SN : Habis tu mana Wan tahu pasal anak-anak Wan yang wan cerita tadi?

WAN : Dalam surat khabar ada

SN : Wan pandai baca?

WAN : Tak…

SN : Macammana wan tahu baca suratkhabar?

WAN : Orang kampung kalau ada berita anak Wan diorang datang hantar suratkhabar kat Wan. Wan suruh dia bacakan sekali.

SN : (sebak)…

Saya lihat jam pada masa itu dan nampaknya terpaksalah saya berlalu untuk memantau latihan peserta photocamp anjuran saya. Itulah perbualan 5 minit yang paling sebak dalam hidup saya. Sukar untuk saya percaya kerana masih ada DRAMA hidup yang sekejam itu.

Selepas memberikan beberapa helai nota bank, saya berlalu dan pergi ke rumah Wan yang kini kosong dan dijadikan tempat latihan untuk peserta saya. Sempat saya menoleh sekejap dan saya lihat Wan sedang tadah tangan berdoa.

Di dalam rumah lama Wan, saya memantau latihan peserta PhotoCamp. Tiba-tiba saya jadi bertambah sebak apabila terjumpa sebuah bilik kecil yang penuh dengan tampalan keratan akhbar dari tahun 70-an hingga yang terkini pun sekitar tahun 90-an yang sudah kuning dimakan masa. Ada sebahagian yang sempat dibingkaikan. Hati saya tersentuh dan tiba-tiba terasa, mengapalah kejam sangat anak-anak memperlakukan seorang ibu seperti itu sekali yang dibiarkan kesunyian di penghujung hidupnya. Besar sangatkah dosa dan salah ibunya itu sehingga anak-anak sanggup menyisihkan si ibu begitu rupa.

Beberapa bulan selepas itu pada Ramadhan 2008, saya mengisahkan semula cerita ibu tua ini yang telah digarap semula secara tidak professional oleh saya sebagai seorang yang bukan professional dalam bidang pengarahan produksi video telah membuatkan sebuah filem pendek bertajuk “Surat Seorang Ibu” sebagai cenderahati kepada Rumah Pengasih Warga Prihatin. Kerana ada sebahagian yang menonton filem pendek itu yang tidak menitiskan air mata bukan kerana tidak bersedih….tetapi kerana…mereka tidak pernah merasai kehadiran seorang ibu. Tidak seperti 6 orang anak nenek tua itu.

Saya tidak pasti di manakah Wan sekarang ini. Pada awal 2009 semasa membuat scouting untuk lokasi fotografi saya sempat singgah. Tetapi pada masa itu….rumah berkunci dari luar, semak semakin tinggi dan salam saya tidak bersambut.

Kepada yang masih ada ibu. Sejahat mana pun mereka, mereka telah langsaikan kerja mereka setelah melahirkan anda. Tiada dosa ibu yang paling besar sehingga Allah boleh halalkan anak-anak untuk menyisihkan seorang ibu.

Berilah salam pada mereka…selagi salam anda masih bisa bersambut.

SAIFUL NANG

MPA (UK), WPPI (USA), WPJA, B.SC Media (MMU)

CEO / Principal Photographer

Colours of Asia Sdn Bhd

CandidSyndrome International


Tak Lama Lagi Dah..

" 'Orang' balik 17 haribulan depan, Abah.." saya mengingatkan Abah semula yang akan mengajukan soalan yang sama setiap kali saya menelefon ke rumah. Faham je, banyak perkara yang difikirkan.. Siapalah saya sebagai seorang anak untuk terasa hati berlebih-lebihan andai Ma dan Abah tidak ucapkan selamat hari lahir malah terlupa hari-hari penting saya. Saya semakin berlapang dada untuk itu..

"Tak lama lagi dah.. Tak sabar nak tunggu Long balik.." sayup suara Abah kedengaran di hujung talian.

Saya membiarkan Abah terus bercerita tentang hal kerjanya, tentang masalahnya. Cuba memastikan, sedaya upaya, saya mendengar tanpa membuatkan dia sedar intonasi suara saya yang menjadi semakin sebak.

Oh, homesicknya!!!

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Nur Suhaila Zulkifli

Nottingham

Sentuhan Terakhir

"Am nak sentuh Ros..", pilu si suami menuturkan kata. Melihat sekujur jasad di hadapannya. Insan yang dinikahi dulunya, insan yang...