Thursday 14 May 2009

The Road Not Taken

Alhamdulillah, berjaya juga saya capai target untuk berpuasa penuh pada hari Selasa lepas. Berjaya mengatasi sesuatu yang amat sukar untuk dilaksanakan. Tambah-tambah lagi semasa musim sebegini yang siangnya lebih panjang, jadi kiranya saya berpuasa dari pukul 3 pagi sehingga 9 malam.

Alhamdulillah. Sebagai permulaan bagi melaksanakan wasiat Rasulullah yang ketiga iaitu puasa 3 hari setiap bulan. Solat witir dan solat dhuha telah pun menjadi amalan seharian. Dulu tunaikan solat dhuha kerana berjanji dengan sahabat di Sekolah Seri Puteri. Tetapi kini, segalanya lillah hi taala. InsyaAllah.

Narrated by Abu Huraira r.a . My khalil (friend etc) said that Rasulullah SAW advised me to observe 3 things and I shall not leave them till I die.

1. To observe saum (fast) 3 days every lunar (month).

2. To offer the Dhuha prayer

3. To offer witr before sleeping. (Sahih Bukhari 2:274)

Apabila disoal teman serumah, apa perasaan berpuasa 18 jam, saya dengan jujurnya menjawab, kenikmatan berpuasanya sangat lain. Sikit pun tidak berasa lapar walaupun hanya dapat bersantap pukul 10.30 malam lantaran baru pulang dari halaqah dan memunggah kotak yang ‘dirompak’ dari Queen’s Medical Centre. Bila berpuasa ni, kesabaran sangat tinggi. Apabila rasa marah menguasai diri pada petang hari itu, dengan automatiknya saya tersedar dan beristighfar. Memang nikmatnya tidak dapat diucapkan dengan kata-kata. Mahu cuba?

Satu lagi ibadah sunat yang dituntut baginda Rasulullah ialah solat sunat istikharah. Nak tergelak pun ada, bila cerita kita melaksanakan istikhara, cepat je orang bertanya. “Nak pilih siapa ni? Amboi..”

The Road Not Taken- Robert Frost 1920

TWO roads diverged in a yellow wood,

And sorry I could not travel both

And be one traveler, long I stood

Then took the other, as just as fair,

And having perhaps the better claim,

Because it was grassy and wanted wear;

Though as for that the passing there

Had worn them really about the same,

And looked down one as far as I could

To where it bent in the undergrowth;

And both that morning equally lay

In leaves no step had trodden black.

Oh, I kept the first for another day!

Yet knowing how way leads on to way,

I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh

Somewhere ages and ages hence:

Two roads diverged in a wood, and I—

I took the one less traveled by,

And that has made all the difference.

shall be telling this with a sigh

Somewhere ages and ages hence:

Two roads diverged in a wood, and I—

I took the one less traveled by,

And that has made all the difference.


Hai.. Banyak lagi sebenarnya pilihan lain yang perlu kita buat. Bagi mendapat tanda yang benar, setiap individu yang ingin melakukan istikharah ini mestilah membersihkan niat dan hatinya dari sebarang pilihannya SEBELUM melakukan istikharah ini. Serta benar-benar berniat bahawa ia akan menerima apa sahaja pilihan yang akan didapatinya dari istikharah tadi. Demikian pendapat jumhur(majoriti) ulama. [1]

Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

Terjemahan Doa’:

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Apa sahaja yang Allah telah tunjukkan perlu kita terima dan redha. Yang pastinya, tuluskan niat minta petunjuk pada yang Esa kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Dinasihatkan dalam sebuah athar :

ما خاب من استخار ولا ندم من استشار

Ertinya : Tidaklah rugi sesiapa yang beristikharah ( meminta petunjuk) dan tidak menyesal mereka yang bermesyuarat ( Al-Awsat, At-Tabrani, 6/365)

Ibn Taimiyah ketika menghuraikan atahar di atas menyatakan

ما ندم من استخار الخالق، وشاور المخلوقين، فقد قال تعالي: وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ

Ertinya : Tidak menyesal barangsiapa yang beristikharah kepada penciptanya ( Allah), dan bermesyuarat ( meminta pendapat) dari makhluk ( rakan-rakan dan mereka yang berpengalaman), dan Allah telah berfirman ertinya : Dan dalam urusan mereka itu mereka bermesyuaarat, dan apabil kamu telah berusaha, bertawakal ( berserah) kepada Allah swt"

Renung-renungkan dan selamat beramal!^_^

[1] Ustaz Zaharudin (UZAR)

p/s: Sedang ‘angau’ dengan lagu Ketika Cinta Bertasbih(OST Filem Ketika Cinta Bertasbih). Walaupun musiknya tidak semantap Ayat-Ayat Cinta, tapi liriknya cukup menggetarkan jiwa. 
Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdaMu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padaMu

Indahnya bila menghayati cinta pada Rabbi. Makin ku mengenal Tuhanku dan agamaku, makin ku hampir dengan cinta hakiki, membuatkan aku makin menghargai cinta duniawi dan cinta insani.


3 comments:

zaffankhalid said...

pilih..jangan tak pilih...ambil masa memilih...biar sakit..biar pening..biar apa jua...moga akhirnya ketenangan memilih itu timbul...

moga-moga the road taken is showered with HIS bless...only HIM..not because of our nafs, our ego, or anything else in between

best kan puasa summer? ntahlah..badan manusia ni sesuai shj dengan apa jua musim...hebat sungguh Allah

Nur Suhaila Zulkifli said...

Salam. jzkk kak zaffan..he3.. betul2..sampai bila kita nak elak dari buat pilihan. walaupun pilihan tu akan menyakitkan, lebih baik sakit sekarang dari kemudian hari.

Anonymous said...

Bagaimana untuk memilih antara dua lelaki.. lelaki pertama yang dicintai selama hmpir 5 tahun.muncul lelaki kedua yng memenuhi ciri2 kesukaan keluarga.. hati tak ingin sakiti lelaki pertama. tetapi bagaimana jika perasaan itu sudah bertukar ke lelaki kedua. Hanya Allah mengetahui

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...