Wednesday, 5 August 2009

Ia Datang!

Afwan(maaf) jika agak terlambat berkongsi peringatan.. Tak sempat menulis, hanya dapat cetak tapi tak rompak (InsyaAllah ) dari sahabat blog yang lain..

Keutamaan Syaaban

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih memberikanku peluang untuk menyedut udaraNya saat ini. Segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya, dapat kita bertemu lagi di blog ini.

Hari ini, sudah masuk 9 sya'ban, oleh itu, aku ingin mencoretkan sesuatu yang aku baca tentang keistimewaan dan keutamaan bulan Allah yang mulia ini. Harapanku agar perkongsian ilmu yang amat sedikit ini dapat memberi manfaat kepada
visitors dan readers blog ini.

Dirawikan dari Umamah al-Bahili ra, katanya: "Rasulullah saw bersabda:
"
Manakala masuk bulan Sya'ban, sucikan dirimu dan perbaiki niatmu."

Dan dari Aisyah ra, katanya: "Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan: "Tidak berbuka dan berbuka sehingga kami katakan tidak puasa dan kebanyakan puasanya adalah di bulan Sya'ban."

Dalam kitab An-Nasai dari hadith Usamah ra: "Aku berkata: "Wahai Rasulullah, aku tidak melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana engkau berpuasa di bulan Sya'ban." Baginda pun bersabda:

"
Kerana itu bulan di mana manusia lupa darinya antara Rejab dan Ramadhan. Itulah bulan di mana amal dinaikkan dalam keadaan aku berpuasa."

Malam Nisfu Sya'ban, kadang-kadang disebut sebagai malam Bara'ah kerana malam itu dapat menghapusan dosa setahun. Sedangkan malam Jumaat boleh menghapuskan dosa seminggu dan malam Al-Qadar, dapat menghapuskan dosa seumur hidup. Ertinya bahawa menyambut malam-malam itu dengan beribadah, merupakan sebab penghapusan dosa.

Malam Nisfu Sya'ban kadang-kadang disebut sebagai malam Tafkir, atau malam Ihya'. Di mana dalam hadith marfuk disebutkan bahawa siapa yang menghidupkan dua malam raya dan malam Nisfu Sya'ban, tidak akan mati hatinya pada hari di mana hati-hati mati.

Di samping itu, ia juga disebut pula sebagai malam Syafaat. Dalam suatu hadith disebutkan bahawa Rasulullah saw pada tanggal 13, mohon kepada Allah syafaat bagi umatnya. Allah memberikannya 1 per 3. Kemudian, baginda memohon lagi pada tanggal 14, lalu diberi 2 per 3. Baginda memohon lagi pada tanggal 15 dan diberi seluruhnya kecuali org2 yang lari daripada Allah dengan membiasakan maksiat.

Malam itu juga dinamakan sebagai malam Makrifah. Imam Ahmad merawikan bahawa Rasulullah saw bersabda:

"Pada malam Nisfu Sya'ban, Allah meneliti kepada hambaNya, kemudian Dia mengampuni seluruh penghuni bumi kecuali 2 org. 2 org itu ialah; orang musyrik dan orang yang memberati dengan dosa,"

Aisyah ra mendengar Rasulullah saw berdoa dalam sujudnya;
"
Dengan redhaMu, aku mohon perlindungan dari kemurkaanMu, seksaanMu dan Engkau daripada Engkau. Tidak boleh aku menghitung puji ke atas Engkau sebagaimana Engkau memuji atas diriMu. Aku berkata sebagaimana saudaraku Daud berkata: "Wajahku dipenuhi debu demi Tuhanku. Dan itu telah menjadi hak Tuhanku."

Kemudian, baginda mengangkat kepalanya. Lalu Aisyah berkata: "Engkau di suatu jurang dan aku di jurang yang lain."

Kata Aisyah ra, baginda Rasulullah saw berkata kepadanya:
"
Wahai Humaira', tidak tahukah engkau, ini malam nisfu Sya'ban. Sesungguhnya pada malam ini Allah membebaskan manusia dari neraka sebanyak bilangan bulu kambing. Kecuali 6 org. Org2 itu ialah:

1) yang membiasakan minum arak
2) yang menderhakai kedua org tuanya
3) yang membiasakan zina
4) yang keras kepala
5) tukang pukul
Dan org yang ke-6 ialah tukang fitnah."

sumber: Mukasyafah Al-Qulub, tulisan Imam Al-Ghazali.

Petikan: http:// syauqahwardah1209.blogspot.com

No comments:

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...