Friday, 30 April 2010

Ini Sudah Bikin Gua Hot!

Mula-mula berapi juga membaca berita yang disiarkan dalam akhbar ini. Manakan tidak, tajuknya lebih pedas dari masak lomak cili api. Namun, bila dibaca keseluruhan bait dalam blog seorang anak nogori, saya menganggukkan kepala tanda setuju dengan isinya, tapi macam ada yang tak kena dengan peribahasa yang digunakan. Tak sesuai gitu..

Melayu Port Dickson Umpama Kera


Ya , memang umpama kera.

Iaitu Kera Di Hutan Disusukan, Anak Di Rumah Mati Kelaparan

Pengusaha Bot Melayu mendapat layanan kelas ketiga , Pengusaha Hotal mendapat layanan kelas bisnes , kelas eksklusif, kelas elit.


***********************

Petikan
Ucapan Sidang DUN 2010 oleh YB Hj Taufek , ADUN Paroi

Dalam RMK-9 , peruntukan RM50.1 juta untuk membangunkan Port Dickson sebagai Pantai Peranginan Negara , Zon Wellness dan Bandar Tentera Darat.

Yang perlu diberi perhatian adalah sikap segelintir pengusaha hotel-hotel besar yang telah menghakmilik kan pantai-pantai yang bertentangan dengan hotel milik mereka. Ada laporan yang mengatakan pantai-pantai ini dipagar dan pengunjung-pengunjung awam yang masuk ke pantai tersebut dihalau keluar.

Kita sedar bahawa ada antara pengusaha hotel-hotel mewah ini yang telah diberi geran untuk membangunkan tanah pantai dan sebahagian laut antaranya Avillion dan Legend Chalet Resort.

Kita bimbang jika usaha membanteras kegiatan sebahagian pengusaha hotel ini tidak dilakukan, ianya akan merencatkan kedatangan pelancong-pelancong tempatan ke PD. Ini mungkin sebabnya Port Dickson tak menjadi pilihan YB Bagan Pinang untuk destinasi bulan madunya.

Kegiatan seperti ini hanya akan memberi keuntungan kepada pihak hotel tetapi menyebabkan pelancong domestik akan melihat pantai Port Dickson semakin kecil dan pantainya semakin sesak akibat pengunjung tertumpu kepada pantai-pantai tertentu sahaja antaranya di Batu 4 ½. Sekali slogan ”Rakyat Didahulukan ” akan dilihat retorik semata-mata.


SIMPAN BOT DI PREMIS TERBIAR
2010/04/30

Pengusaha Sukan Rekreasi Pantai Mengeluh Tak Dibenar Letak Peribadi Di Tepi Hotel

TELOK KEMANG: Sama ada terlepas pandang atau tidak dipedulikan. Inilah nasib pengusaha peralatan sukan rekreasi yang tidak mempunyai pilihan lain apabila terpaksa menyimpan peralatan seperti bot, pelampung, jet ski, kerusi sandar dan bot pisang di bangunan kosong terbiar sekitar pantai peranginan di sini.

Ini berikutan arahan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) mulai Jun tahun lalu yang tidak lagi membenarkan peralatan itu diletakkan di tepi pagar hotel dan bawah pokok. Suka atau tidak, kira-kira 40 pengusaha terbabit yang beroperasi di Dataran Seri Kemang di sini, terpaksa akur terhadap arahan itu. Antara pilihan yang ada ialah menjadikan bangunan kosong terbiar sebagai tempat menyimpan peralatan itu. Pengusaha peralatan sukan rekreasi, Mohd Rizal Baharuddin, 33, mendakwa masalah mereka diadukan kepada Persatuan Peniaga Kecil dan Rekreasi Pantai, tetapi selepas hampir 10 bulan, tiada khabar berita mengenai penyelesaian kepada masalah mereka.

Katanya, pengusaha yang sebelum ini meletakkan peralatan itu di tepi pagar hotel tidak lagi dibenarkan berbuat demikian kerana dikatakan mencemar pandangan.

"Kami tidak ada pilihan lain dan terpaksa menjadikan bangunan kosong berhampiran sebagai ganti. Kami sedar mengenai risiko yang dihadapi seperti kemungkinan bangunan itu runtuh, manakala sistem perparitan tidak teratur mengundang masalah kekotoran di sini.

"Apa boleh buat. Kami terpaksa akur walaupun dalam hati, kami turut memberi sumbangan kepada industri pelancongan di sini," katanya yang menjalankan perniagaan menyewa peralatan itu kepada pengunjung sejak tujuh tahun lalu.
Mohd Rizal merayu pihak berkuasa supaya memberi perhatian terhadap rintihan pengusaha yang bimbang dengan ketiadaan tempat menyimpan peralatan sukan rekreasi yang sempurna.

Tinjauan Berita Harian mendapati pengusaha terbabit seperti ‘berumah tangga’ di bangunan kosong kerana terdapat tilam bantal, pinggan mangkuk, periuk dan dapur. Pengusaha dipercayai mahu memastikan peralatan itu tidak dicuri.

Seorang lagi pengusaha, Khatijah Yaakob, 43, kesal kerana kewujudan mereka yang menyediakan kemudahan sukan rekreasi kepada pengunjung pantai itu diketepikan ketika MPPD melaksanakan projek menaik taraf gerai di situ.

"Apa salahnya MPPD membina tempat menyimpan peralatan ini. Kami sedia membayar sewa dengan kadar berpatutan. Ketika ini, kami terpaksa membawa berulang alik peralatan itu yang jika diseret jauh setiap masa akan mengalami kerosakan," katanya.

Beliau berkata, peralatan berkenaan juga mahal, terutama enjin bot yang berharga hampir RM30,000 dan akan menanggung kerugian besar jika dicuri kerana disimpan di tempat tersorok.



Yang Dipertua MPPD, Abdul Wahab Shamsuddin, ketika dihubungi berkata MPPD tidak dapat mempertimbangkan permintaan pengusaha berkenaan kerana MPPD tidak mempunyai tanah untuk menempatkan bangunan menyimpan peralatan itu.


p/s: Peruntukan RM50.1 juta. Balik Malaysia nanti nak ronda satu Port Dickson, dan nak tengok penambahbaikan mana yang dilakukan tu.. Ai, kalaulah Malaysia benarkan rakyat undi Majlis Perbandaran (Local Council) mereka.. Takde la isu, rakyat dianaktirikan..

Apapun, Malaysia tanah tumpah darahku..

Berita lain yang menarik perhatian saya:

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Nur Suhaila Zulkifli
Nottingham.

2 comments:

tun begia said...

sungguh smart monyet kanns,

salamm,

su_zul said...

Salam.
Ho3.. Agak la.. Segak. Apa pun, jazakallahu khair kerana ziarah.
Wassalam.

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...