Perkongsian daripada seorang sahabat. Mungkin anda rasa, artikel ini tiada kaitan dengan anda, tapi tiada perkaitan langsungkah? Kita tak tahu, andai satu hari Allah bolak-balikkan iman kita yang senipis kulit bawang ini.. Kita tak tahu, andai, nauzubillah min zalik, kita melakukan perkara terkutuk itu. Dan kita tak tahu adakah kita menyumbang saham pada kemungkaran itu..
Sementara akal masih waras dan masih mampu menahan nafsu dari melakukan zina mata, hati, telinga dan anggota lain, ayuh kita muhasabah dan berfikir jauh. Apalah 'dosa' anak yang tidak berdosa itu untuk menanggung dosa ibu bapanya..
Statistik Anak 'Tidak Sah Taraf'
Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu (2009). Lebih kurang 2 orang anak luar nikah lahir setiap jam di Malaysia pada tahun lepas sahaja, nauzubillah. .
Statistik dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ di MALAYSIA ku: ( yang berdaftar)
| Kaum | Jumlah Kes |
1 | Kaum – kaum lain | 91 922 |
2 | MELAYU ( ISLAM) | 74 723 |
3 | India | 23,696 |
4 | Cina | 23,692 |
74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.
Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
Rujukan: Mingguan Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Khutbah Jumaat 9 April 2010
Khatib menekankan isu dan gejala sosial yang tiada nokhtahnya terutama kes buang bayi dan zina, pada akhir khutbah, khatib menyimpulkan jumlah dan statistik anak luar nikah atau anak tidak sah taraf atau lagi buruk sesetengah masyarakat melabel sebagai anak haram, nauzubillah, dan suatu persoalan yang ditimbulkan dan tidak dirungkaikan oleh khatib, iaitu SEKARANG TAHUN 2010, JADI SIAPAKAH MEREKA INI PADA TAHUN 2040?
Berdasarkan persoalan ini, makmum diminta berfikir dan manjawab soalan berkenaan,
Saya terfikir, siapakah mereka ini? Merujuk kepada Jumni Nelli, dadi Fakulti Syariah dan Ilmu Hukum University Indonesia Suska:
Status anak di luar nikah, disamakan statusnya dengan anak zina dan anakli‟an, oleh karena itu maka mempunyai akibat hukum sebagai berikut:
(a) tidak ada hubungan nasab dengan bapanya. Anak itu hanya mempunyai hubungan nasab dengan ibunya. Bapanya tidak wajib memberikan nafkah kepada anak itu, namun secara biologi ia tetap anaknya. Jadi hubungan yang timbul hanyalah secara manusiawi, bukan secara hukum.
(b) tidak ada saling mewaris dengan bapanya, kerana hubungan nasab merupakan salah satu penyebab kerwarisan.
(c) bapa tidak dapat menjadi wali bagi anak luar nikah. Apabila anak luar nikah itu kebetulan seorang perempuan dan sudah dewasa lalu akan menikah, maka ia tidak berhak dinikahkan oleh bapa biologinya.
Mengikut fakta berkenaan, siapakah merea? Layakkah mereka mewarisi harta ‘bapa mereka’, layakkah mereka menjadi saksi kepada sesuatu hukum hudud? Layakkah mereka menjadi waris untuk bapa mereka? Siapakah mereka?
Fikirkanlah
Sahabat sekalian, anak-anak ini tidak bersalah dan beban kesalahan tidaklah ada pada anak-anak ini. Malah jauh sekali untuk menghukum mereka.. Lazimnya dan hakikatnya inilah masyarakat kita. Anak luar nikah dipandang cukup jelik dan hina.
Seorang ibu pernah membangkitkan isu ini di radio IKIM, sedikit menjawab persoalan khatib tadi, ibu berkenaan berkata, seramai 74 723 anak luar nikah Melayu Islam ini akan membesar menjadi kanak-kanak, remaja dan bakal mendirikan rumah tangga, iaitu pada tahun 2040 usia mereka lebih kurang 30 tahun, dan saya sebagai ibu yang mempunyai anak yang sah dan dijaga, apakah perasaan saya apabila anak kesayangan saya ingin berkahwin, dan didapati bakal menantu saya itu adalah anak luar nikah? Apakah status dan keturunan cucu saya nanti? Zalimkah saya jika saya menghalang perkahwinan anak saya ini demi untuk saya menjaga nasab keturunan saya ini?
Bagaimana dengan anak – anak bujang, apakah perasaan mereka bila didapati bakal isteri mahupun suami mereka sudah BERZINA dan mempunyai anak? Siapakah mereka ini?
Maka ditimbulkan persoalan siapakah yang bertanggungjawab dalam gejala ini, Khatib lemparkan suatu ayat dalam surah Ar-rum ayat 21 yang berbunyi:
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجاً لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaannya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepdanya, dan dijadikannya diantara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikin itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (
Maka jelaslah, masalah ini adalah tanggung jawab KITA sendiri, untuk menjaga kehormatan dan kesucian diri sendiri, isteri, anak-anak dan seluruh ahli keluarga, tudinglah kesalahan pada diri sendiri maka berubahlah, bertaubatlah demi kecintaan dan ketaatan kepada ALLAH.
مُنِيبِينَ إِلَيْهِ وَاتَّقُوهُ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
“Kembali bertaubat kepada-Nya dan bertakwalah kepada-Nya serta dirikanlah salat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan.” (surah Ar-rum ayat 31)
No comments:
Post a Comment