Monday 6 September 2010

Eid Mubarak


Hari ini, bakal memulakan sorotan jihad saya selama 3 hari untuk menyediakan 8 jenis kuih raya, dianggarkan lebih dari 1000 biji. Sebagai hadiah untuk keluarga setelah dua tahun beraya di perantauan. Juga untuk para tetamu, terutama para sahabat yang sudah lama tidak beraya bersama. Usaha!

Hari ini juga Ramadhan yang ke-27. Telahkah kita bertemu dengan Lailatulqadr yang dicari?
Hari ini, menjadikan Aidilfitri hanya tinggal 3 atau 2 hari sahaja lagi.. Segalanya bakal ditentukan pada 8 September ini.. (Allah, bila mahu gunakan kalendar Islam ni?)



Kembali Kepada Fitrah

Aidilfitri. Indah namanya. Masakan tidak, ada yang sehingga teruja menamakan anaknya Aidil Fitri. ’Aid itu adalah perayaan atau sambutan. Fitr pula adalah fitrah. Dari sudut bahasanya, 1 Syawal itu adalah hari yang disambut untuk meraikan fitrah.

Fitrah kembali kepada kejadian manusia yang asal. Lahir ke bumi dalam keadaan bersih dari dosa. Setelah segala dosa yang lalu terhapus ketika melaksanakan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan.

Daripada Abu Hurairah, daripada Rasulullah saw telah bersabda, “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.”   (Hadis riwayat Imam Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Habban dan Baihaqi).

MasyaAllah.. Mudahnya dosa diampunkan. Antara diskaun terhebat dalam hidup. Namun, puasa itu perlu datang dengan iman dan ikhlas. Pucuk pangkal, kita yang tentukan kualiti ibadah agar dosa terampun.

Sedangkan apa yang kita buat, puasa dilakukan sambil lewa. Kita yang pilih untuk timbunkan dosa selepas Ramadhan berlalu. Berakhir sahaja Ramadhan, tingkat iman masih di situ, tidak berganjak ke tingkat lebih tinggi. Muhasabah untuk diri saya juga, yang masih lagi mencari erti iman dan ikhlas.


Moga kita berjaya mendapatkan tingkat ibadah yang beroleh keampunan Allah dalam baki Ramadhan ini. Usaha!

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam. 


Nur Suhaila Zulkifli 
Port Dickson

No comments:

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...