Sunday 7 November 2010

Aksi Sukarelawan Terlampau

4 November 2010
7.00 malam: Dijadualkan menghadiri kelas renang. Namun, tiba-tiba dimaklumkan ada mesyuarat Nottingham Malaysian Games (NMG) di rumah sebelah bakal berlangsung. Keinginan menghadiri kelas renang yang sangat tinggi terpaksa diruntuhkan untuk kali ketiga. Kecewa. Rasa seperti nak selamkan kepala dalam laut.
12.00 malam: Mesyuarat berakhir.


Jalan ke rumah dipenuhi daun luruh.

5 November 2010

9.00 pagi: Berjumpa supervisor, Dr Marcus Eichhorn untuk projek tahun akhir. Mengajak beliau ke NMG esok memandangkan katanya, beliau rindu pada satay. Tergamam bila Marcus menyebut : "Jumpa besok pagi."
9.30 pagi: Mendapatkan perkakasan dan kelengkapan untuk jualan air esok.
11.30 pagi: Pulang ke rumah untuk solat Zohor.
12.10 tengahari: Bergerak ke George Green Library untuk menjual Krispy Kreme, sejenis spesies donat yang sememangnya sinonim dengan Charity Week. Laungan "Hello! Doughnuts for charity!" dikumandangkan.

 Menghadap Lake Side. Musim luruh telah tiba.

2.10 petang: Bergegas ke Sports Centre. Tak sempat kejar bas, jadi perlu berjalan kaki selama 15 minit cara jalan UK, (25 minit lenggang Malaysia).
2.35 petang: Menunggu ketibaan trak dari Hyperama yang membawa ribuan barangan dibeli untuk NMG.
4.00 petang: Trak ditunggu tiba (lambat!). Amazed with the size of the track and the hundreds cartons of drinks in it (all for NMG). Terfikir, ketidak tepatan waktu sangatlah menyusahkan orang lain. Beza sungguh sikap menghormati waktu orang putih dan yang sebaliknya atau Muslim terutamanya.

100 karton air mineral, 41 karton air tin, 20 kilo ais, 20 liter aiskrim, 300 cawan air (sepatutnya 2000 cawan)

5.00 petang: Pulang ke rumah dan mengagihkan penyimpanan barang jualan ke rumah-rumah lain.
5.20 petang: Mengayuh basikal lagak seorang pelumba Raleigh ke Hyperama. Kami berhadapan masalah dengan pembayaran. Hujan renyai-renyai diredah. Rasa penat dan letih. "Allah, payahnya jalan ke syurgaMu."
6.05 petang: Tiba di rumah. Selesai solat, menjadi posmen untuk menghantar barang jualan untuk NMG.
7.30 malam: Bergerak ke Portland. Dibantu sukarelawan lain membawa 4 tong air dan barang lain.

Pusat tumpuan pelajar-menempatkan Masjid, Foodcourt, Ballroom, Student Union Office, bank dan pelbagai lagi.

9.15 malam: Berkejar ke Medina Store untuk membeli sirap dan milo. Menunggu teksi selama 30 minit, sambil menerima panggilan dari Yasmin dan Sheila setiap 10 minit.
10.30 malam: Tiba di Portland. Yasmin merajuk: "Saya tak nak cakap dengan kak Su!" Saya malas nak pujuk. Sukarelawan saya selesai melaksanakan tugas yang saya minta siapkan sepanjang ketiadaan saya di situ.
11.00 malam: Potter Portland meminta kami keluar dari Portland. Berjalan pulang dengan Yasmin (dia terlupa agaknya, dia merajuk tadi..)

Liputan 'TV3' secara langsung dari Sports Centre..

11.30 malam: Menyiapkan poster untuk gerai air Malaysian Food Festival.
2.00 malam: Tidur (akhirnya!).

6 November 2010
6.40 pagi: Mengumpulkan ais dan aiskrim dari rumah Amirah.
7.50 pagi: Bersama dengan Anis mengangkut barang-barang jualan dengan kereta dipandu Firdaus ke Portland.
8.15 pagi: Membancuh air milo, bandung, dan sirap dibantu Wei Wei, Jaclyn, Anis, Eshrina.
9.00 pagi: Malaysian Food Festival bermula. Skuad jualan air yang mantap: 3 sukarelawan import dari Plymouth (Nadiah, Hana dan Kangga), Wei Wei, Jaclyn, Anis, Eshrina. Thanks a lot, guys! :)
Alarm di Foodcourt berbunyi. Mujur, itu hanya security alarm. Kalau fire alarm, alamatnya puluhan manusia yang sedikit pun tidak mahu berganjak dari barisan menunggu pasti akan hangus kebakaran. Aish..

In Foodcourt, the crowd was triple!

4.00 petang: Laungan "Drinks 50p" berkemundang. Izzul datang dari kejauhan memberitahu ada nasi ayam percuma di Ballroom (tiba-tiba jadi baik:P)
5.00 petang: Gerai ditutup dan mula mengemas Foodcourt.
7.00 malam: Dihantar ke Sport Centre dengan kereta. Berpeluang menyaksikan perlawanan di Sports Centre untuk pertama kalinya (setelah 3 tahun di tempat sendiri).

Masih ada kontinjen 60 universiti yang belum pulang.

Seorang pemain cedera namun pasukannya menang pingat emas. Tiada erti kalah dalam perjuangan: samada menang atau syahid.

8.30 malam: Mula mengemas Sport Centre sambil bermain menolak penyapu dengan kak Ili. Dibantu Nigel, staf Sport Centre yang sangat baik hati, sebaik Kevin Potter.

Berebut belon dengan Amirah. Namun, setelah dikeluarkan hadis, beliau mengalah:P

10.30 malam: Pulang ke rumah.
10.45 malam: Ke rumah Salam Pantai Timur. Mendapatkan Cendol Sutera Klasik percuma. Berbincang soal masa depan dengan Aqilah.
11.00 malam: Tak sabar nak menulis blog.
11.15 malam: Shahid (Manchester) minta tolong, dia kesesatan di bandar Nottingham. Namun, saya sudah pengsan. Poor him.. Sorry!

Satu-satunya tanda kenangan NMG 2010.

3 tahun berturut-turut menjadi sukarelawan Malaysian Food Festival. "Eh, Su pun AJK juga ke? Tak pela kan, dapat t-shirt percuma," tegur kak Zalinah, seorang postgrad Nott.

Saya senyum. "Tak dapat t-shirt pun kak.. Tapi dapat pahala," ujar saya lembut. Bandingkan penat dan tekanan yang dapat, serta masa yang digunakan, apalah sangat harga sehelai t-shirt. Kalaulah bukan kerana syurga itu mahal..

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Nur Suhaila Zulkifli
Nottingham.

4 comments:

nadiahs said...

woo. bz girl laa!!
superwoman sue!!
im gonna link your blog!

Anonymous said...

wahh spekah izzul yg pemurah itu? rase mcm dia ad promote cendol one pound as well...hmmmm

Mra Mastura said...

hehe..sukarelawan ku! nak air satu! :)

xpelah kan.. buat baik dgn org :)

take care ye!

jeles u all jauh2..

su_zul said...

salam.

nadiah: ha3..x superwoman pun, nadiah:p pancit kot.:P

anynomous: is it izzul there?:P macam angkut bakul sendiri je:P

amira: he3.. air sudah habis la, mira:P tq dear:) takpe, nanti kita spend time together2 k. mira da nak abis da pun..:P

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...