Peringatan yang diterima dari seorang sahabat. Tiada butang 'like' untuk ditekan, namun harapnya saya boleh panjangkan kata-kata motivasi ini.
Teringat 15 tahun yang lepas, kita semua masih lagi seorang kanak-kanak yang nakal. Gula-gula menjadi makanan kegemaran kita mengalahkan Chicken chop mahupun Nasi ayam. Apabila dimarahi oleh emak kerana terlalu banyak makan gula-gula, kite selalu hentakkan kaki sebagai tanda protes. Dalam hati "apalah mak ni, orang nak makan gula-gula sikit pun tak boleh!". Siapa sangka, setelah dewasa gula-gula sudah amat jarang disentuh oleh kita semua kerana natijahnya yang amat dahsyat, menyebabkan kite boleh kahwin lewat akibat gigi yang rongak.
10 tahun yang lalu juga, kerap kali kita dipaksa oleh ibu untuk membuka buku. Walaupun tiada xbox mahupun ps3, memangkah gasing orang lain lebih kita minati daripada membuka buku kajian tempatan mahupun buku sains. Menghafal fakta bahawa harimau adelah karnivor dan kambing adelah herbivor adalah satu aktiviti yang sangat membosankan jika dibandingkan dengan aktiviti bermain galah panjang bersama rakan-rakan. Semuanya hanya kerana kita masih belum cukup memahami "kenapa aku perlu belajar".
Kini, masing-masing sudah berada di universiti. Tekanan demi tekanan terpaksa kita alami untuk berjaya. Menariknya sekarang, kita tidak perlu lagi dipaksa oleh ibu mahupun ayah. Tiada lagi cubitan di pinggang "Abu, buka buku cepat!!". Masing-masing sudah matang untuk membuka buku dan menyiapkan assignment.
Namun, segalanya tidak lagi mudah seperti dahulu. Sedar atau tidak, setiap hari akan ade tekanan dalam hidup kita hanya kerana kita sudah tahu "kenapa aku perlu belajar". Namun kite semua perlu yakin bahawa sehebat mana pun kita berusaha, hanya Allah yang menentukan segala-galanya. Maka mintalah dengan Allah. Adakah kita sudah cukup meminta dengan Allah?
Bagi siapa yang masih lemah semangat, mungkin boleh nyanyi lagu fikirkan boleh ataupun Gemuruh!! InshaAllah, Kita semua BOLEH!!.. (Tapi lepas tu mungkin kene pasang balik lagu Menanti Di Barzakh ye..)
SIHAT bukanlah penentu kita akan berjaya dan SAKIT bukanlah penanda yang kita akan gagal. Melihatkan keadaan arwah Mas Afzal sewaktu di tahun akhir, kesukarannya jauh lebih berat jika dibandingkan dengan kita. Arwah telah membuktikan beliau boleh berjaya, siapa pula kita untuk menafikannya.
Sekian. Selamat Berjaya semua!!!!
Bittaufiq wan najah fil imtihan!
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Nur Suhaila Zulkifli
Nottingham.
Aku menulis untuk berkongsi, Aku menulis untuk memberi, Aku menulis untuk menjadi amal jariah selepas aku mati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pelepasan Cukai 2018
Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...
-
(dari buku Fiqh Sirah 1- Syeikh Ramadan al-Buti) Kisah penghijrahan sahabat ke bumi Habsyah. Di sana, terdapat panduan yang mengajar antara...
-
Kisah Ka’ab bin Malik Dalam Perang Tabuk Kisah ini bukan kisah pertama yang ditulis di buku Teladan Tarbiyah yang saya ulas di artikel sebel...
-
Pernah dengar yang ringgit da tak diterima kat Tanah Haram? Tak boleh guna kad Visa@Mastercard kita di ATM sini? Ok, itu semua mitos ya.. B...
No comments:
Post a Comment