Tuesday 19 April 2011

Merajuk..

Sebenarnya, ada sedikit rajuk di dalam hati pada orang tuanya. Dia sedar, dia siapa untuk terasa hati, tapi puas perasaan ini dibuang, tapi masih ada secebis yang bersisa. Allah, berdosanya hambaMu.

Mungkin ibu ayahnya sedar hal itu. Lantaran bicaranya dalam talian tidak serancak minggu sebelumnya, tidak sepanjang selalunya. Sedangkan anak mereka bukannya sibuk dengan aktiviti pun. Bukan tertekan dengan penulisan esei pun. Allah..




Insaf. Hati tertanya, mampukah aku menjaga orang tuaku seperti mana mereka menjagaku? Mampukah aku bersabar dengan kata-kata dan perilaku mereka seperti mana mereka beralah dengan kehendakku? Mampukah aku terus gigih membimbing mereka ke syurga bersama-sama seperti mereka mengajarkanku mengenal a,b dan c serta alif, ba dan ta?


Jika keluarga yang kini pun masih belum sempurna bakti yang ditabur, bagaimana akan diri ini mampu memandu keluarganya sendiri di masa akan datang?


"Verily, my solah, my sacrifice, my living, and my dying are for Allah, the Lord of all that exists."


Nur Suhaila Zulkifli
Nottingham.

1 comment:

Sasya Suhaimi said...

oh kak su.terasa.sgt.

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...