Mujur teman-teman facebook saya bukan orang-orang minda kelas ketiga. Kalau ada pun, telah disingkirkan lebih awal sebelum mereka tambah memeningkan kepala saya melayan persoalan mereka.. Namun sememangnya melayari facebook minggu lepas bukanlah satu pengalaman yang menyenangkan bila melihat sahabat-sahabat saya terutamanya dilanda perang saraf. Soalan bukan untuk mendapat pencerahan, sebaliknya mahu menduga dan menguji kesabaran.
وَقَالُوا أَآلِهَتُنَا خَيْرٌ أَمْ هُوَ مَا ضَرَبُوهُ لَكَ إِلَّا جَدَلاً بَلْ هُمْ قَوْمٌ خَصِمُونَ
Dan mereka berkata lagi: "Manakah yang lebih baik, benda-benda yang kami sembah atau Isa?" Dan (sebenarnya) mereka tidak mengemukakan perbandingan itu kepadamu (wahai Muhammad) melainkan kerana membantah semata-mata (bukan kerana mencari kebenaran); bahkan mereka itu adalah kaum yang suka sekali mengemukakan bantahan. (Surah az-Zukhruf:58)
"[Warning] I've deleted a few comments and also 'unfriend'ed a few names. If you want to argue in my wall posts, please be a bit intellectual. I'm educated person and won't accept any 'just to test your knowledge' questions.****
My fb has open policy, ie, I accept any friend requests but doesn't mean, you can say anything you want in my 'territory'. I will be more autocratic after this.
So tired with all those arguments. Orang pergi Bersih, dok sibuk nak study. Bila Bersih da habis, dok sibuk bising dalam fb. Orang pergi Bersih pun nak study gak!"
Siasah Sebahagian dari Islam
Fanatikkah kita dengan ideologi yang kita bawa? Saya percaya, yang faham Islam akan sedaya upaya membetulkan salah faham atau mungkin kekurangan pengetahuan sahabat-sahabat yang belum menyedari perkara itu. Niat yang memang kita tahu betul. Cuma mungkin cara, boleh dinilai berhikmah atau tidak.
Yang berhujah dengan pendapat semata-mata tanpa landasan ilmu, maaf, tapi kita sebenarnya sedang berpolitik dengan agama. Hingga lupa dosa pahala sewaktu mengutuk orang itu dan ini. Politik memang sebahagian dari agama. Maksud saya, siasah. Kalau kita menyebut politik, ia membawa maksud seni mentadbir yang boleh berhalatujukan mana-mana ideologi, tak kira dosa pahala. Namun bila kita menyebut siasah, seni mentadbir itu mestilah berpandukan Al-Quran dan as-sunnah.
Mulanya gambar ini mempunyai status yang kontroversi berkenaan cara solat para demonstrans. Alhamdulillah, pemiliknya telah mengubah status tersebut. Maaf kepada pembuat status kerana gambar ini telah menjadi bahan lawak pelajar-pelajar luar negara yang solat kami seperti ini selalunya.
Siasah sebahagian dari agama. Namun bila mana nilai Islam itu hilang dari siasah, ia adalah politik. Dan kini, kita boleh analogikan politik seperti kerjaya. Kerjaya itu perlu untuk menyara hidup, malah hasil rezekinya boleh digunakan untuk melaksanakan tuntutan agama seperti zakat dan sedekah. Namun, apabila kerjaya itu lebih besar nilainya pada kita dari Islam, maka ia jadi satu perkara yang memudaratkan. Tetapi, adakah kita perlu meninggalkan kerjaya itu? Kalau kita tinggalkan, bagaimana kita nak menyara hidup? Adakah, sebagai alternatifnya, kita yang berubah, memperbaiki niat semula?
Begitulah politik. Kita tak boleh memisahkan politik dari Islam. Dan Islam itu sendiri adalah cara hidup. Makanya, politik bersangkut paut dengan cara hidup kita. Politik kotor, hidup kita pun kacau. Maka, bukan kita meninggalkan politik untuk mengamankan hidup kita, sebaliknya, kita yang perlu berusaha mengamalkan siasah, bukan politik.
Saya bukanlah seorang yang minat politik. Bukan juga minat bab ekonomi dan undang-undang. Namun, saya perlu perdulisme pada isu-isu ini kerana ia akan memberi kesan kepada saya, tidak sekarang, mungkin esok lusa. Kalau negara penjajah kita boleh membincangkan kesan politik ke atas sistem pendidikan negara mereka di dalam dewan kuliah siswazahnya, kenapa negara kita yang baru setahun jagung mengekang kesedaran itu?
****
Bila Manusia Menjadi Mangsa Politik
Saya menyangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Membaca live update pada pukul 2 petang waktu Malaysia 28 April 2012 membuatkan hati sedikit tenang kerana polis tidak nampak sebarang tanda akan bertindak ganas pada Bersih kali ini. Sebaliknya, saya dimaklumkan teman bahawa pukul 3 petang, tragedi Bersih 2.0 berulang, malahan lebih teruk lagi dengan kes kereta polis melanggar demonstrans.
Hendak disalahkan polis seratus peratus, bukan salah mereka sepenunya. Kita semua faham, kita bukan kecam polis sepenuhnya atas apa yang mereka buat. Kita tahu, mereka dikerahkan oleh siapa. Kalau kita salahkan polis, mereka sebenarnya mengikut arahan ketua, wala' membabi buta sedangkan arahan tu menyalahi akhlak manusia sendiri. Dan saya boleh katakan, semua wartawan yang merakam detik-detik kezaliman itu bukan nak tunjuk semata-mata kekejaman polis, tapi cuba nak memahamkan dunia kenapa rakyat Malaysia memberontak sebegitu rupa.
"OCPD Dang Wangi arahkan selesaikan semua.."
Saya bersimpati dengan pihak polis. Nak telan, mati bapa, tak dapat duit untuk sara hidup. Nak luah, mati emak, mengumpul saham dosa sewaktu bekerja dan bila bersara, dibenci masyarakat..
Apa pun, ini adalah gambar yang boleh memberikan senyuman selepas satu diskusi yang berat yang baru sahaja kita bincangkan di atas.
Sebagai bakal guru, pada saya, adik ini tidak membuat kesalahan tatabahasa melainkan kata imbuhan yang bukan menjadi fokus utama guru itu.
"Verily, my solah, my sacrifice, my living, and my dying are for Allah, the Lord of all that exists."
Nur Suhaila Zulkifli
Nottingham.
No comments:
Post a Comment