Saturday, 30 July 2016

Kembara Demi Ukhuwah

Memanifestasi salah satu rukun baiah hari ini. Ukhuwah.

6.45 pagi keluar seawal pagi dari rumah. Dari Port Dickson ke Batu Caves, tempat suami mengambil upah fotografi perkahwinan. Dengan si boboiyot yang telah mandi seawal  6.15 pagi. Ha3.

10.50 pagi, suami hantar ke stesen LRT Wangsa Maju. Lebih rela naik LRT sambil mengusung anak 8 kg ni dari memandu sendiri di KL ni.

1.00 petang tiba di LRT Putra Height. Sempat lelapkan mata seketika waktu menyusukan si Umar di surau, sementara menunggu sahabat datang menjemput.

2.30 petang. Ambil pula LRT ke IOI Puchong. Sahabat tersalah baca mesej dan menunggu di sana, bukan Putra Height. He3.

3.50 petang. Sampai ke destinasi yang dituju. Sejam sesat jalan dalam kesibukan trafik.

***
Perjalanan yang penuh berdikari. Puas hati sebab dapat rasa semula waktu jadi seperti burung yang bebas berterbangan ke sana sini ketika zaman bujang dulu.  Bukan sebarangan terbang. Terbang semata-mata demi mencari erti tarbiyah atau menjalinkan ukhuwah.
Walaupun pinggang macam nak patah dukung Umar, jari luka berdarah tersepit engsel pagar, kepala sedikit pening sebab semalam tak lena tidur.

Yang penting puas hati dapat jumpa sahabat-sahabat. Yang pernah bertepuk tampar, waktu ini merasa mesra semula. Yang dulunya sekadar dikenali di whatsapp, bila bersua muka, umpama sudah lama kenal. Indahnya ukhuwah yang diikat pada jalan Allah.

***
Suami relek je melepaskan isteri berkelana dengan kenderaan awam. Dia tahu bini dia ni pernah travel dari Nottingham-Birmingham-Dublin-selatan Ireland dalam masa 24 jam. Seorang diri. Jadi tu yang buat dia selamba je kot.

Lepas ni, kalau isteri merajuk sampai bawa diri, tak cukup cari dia di Malaysia ye.. Kot-kot bawa diri sampai ke luar negara. Ha3.

Friday, 29 July 2016

Untukmu Syria

"Sebenarnya bukan bantuan pakaian atau makanan yang diminta tetapi bantulah Syria untuk mengembalikan Islam ke tempatnya dengan menguatkan iman, mengembalikan aqidah. Mereka mahu mengembalikan kita kepada kesesatan, jauh dari Islam yang sebenar.

Mereka yang mampu, bantulah. Jika mampu dengan harta, bantu dengan harta. Jika mampu dengan kata-kata, bantulah dengan kata-kata. Jika mampu dengan tulisan, bantulah dengan tulisan."

Kata-kata Syeikh Muhammad Kurayim Rajih di Rusila tengahari semalam. Syeikh juga mengingatkan, sesiapa yang ingin memberi sumbangan harta, bolehlah disalurkan kepada Muslim Care.

Walaupun sudah berumur 92 tahun dan mendapat perlindungan di Qatar, Syeikh Muhammad Kurayim Rajih masih merasakan perlu keluar untuk usahakan bantuan untuk Syria. Sejak tiba di Malaysia sejak 21 Julai baru-baru ini, beliau sudah jelajah Kedah, Sabah dan Terengganu. Hari ini dan esok di Selangor & KL. 

Credit to my great senior for sharing this info.

P/s: Jeles tengok wajah awet muda dan berseri zaujah beliau. Nak chantekkkkk macam tu gak!:p

Wednesday, 27 July 2016

Sahabat untuk Selamanya

Menemani suami ke Public Mutual hari ini. Rutin setiap Rabu begitulah.. Misi utama dan terpenting hari ini adalah untuk menghantar borang permohonan EPF-Members Investment Scheme sahabat baiknya. Semuanya guna borang sahaja. Satu sen pun tak keluar duit dari poket suami, mahupun dari sahabat baiknya itu.

Perjalanan sejauh 50 minit yang diredahi bukan penghalang untuk membantu sahabat baiknya menggandakan simpanan KWSPnya.

Anak-anak diusungnya bersama masuk ke dalam. Ini juga bukan penghalang untuk membantu sahabat baiknya memanfaatkan salah satu cara tersedia untuk mencapai financial freedom kelak.

Kesibukan masa bekerja dan menjaga anak-anak juga bukan penghalang untuk membantu sahabat baiknya mencambah dan membiakkan wang simpanannya dengan cara yang patuh syariah.

Moga sahabat baiknya itu beroleh manfaat dari usaha sahabatnya ini. 100% yang disimpan itu merupakan hak mutlak sahabat baiknya. Sahabatnya ini hanya menjadi pak guard macho not-yet-sado (bahahahah:p), memastikan duit itu digandakan dalam dana terbaik, dengan cara yang syarie. Amiinnnn..

Moga sahabat-sahabat baik saya juga terbuka hati untuk menyimpan dan memaksimakan pulangan mereka, baik wang tunai mahupun simpanan KWSP. (Amiiiinnnn kuat-kuat=p )

P/s: Yang rambut ala helmet, itu consultant tidak berlesen. Klien dia cuma akak-akak cantik di kaunter je. Hebatnya dia, lepas satu kaunter, ke satu kaunter lagi. Tak payah ambil nombor. Tiada siapa akan marah. Tak tahu la ikut perangai siapa.

#celikharta
#hartaduniasahamakhirat
#sayaperundingunitamanahberlesen

Sunday, 17 July 2016

Hibah pada Takaful

Undang-undang sudah memberikan kuasa penuh kepada peserta takaful dalam melantik penama sebagai pemegang amanah, pentadbir atau penerima hibah. Kebanyakan syarikat takaful hari ini menyediakan takaful berserta pelaburan. Ini juga terpakai kepada simpanan akaun pelaburan takaful, melainkan peserta telah mengatakan dengan jelas sebaliknya.

Berbeza dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), penama hanyalah pentadbir. Ini diputuskan mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 yang mengatakan lantikan penama oleh orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi mereka menyimpan adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka cuma ia sebagai pelaksana untuk membahagi harta pusaka itu kepada waris mengikut hukum syarak.

Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-49 pada 10 September 2000 menjelaskan, wang KWSP dan wang simpan adalah pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid. Penama KWSP adalah wasi atau pentadbir harta. Penama hendaklah membahagikan wang KWSP (peninggalan simati) mengikut hukum faraid.

Selangor turut mewartakan Hukum Simpanan Wang KWSP pada 9 Mei 2002 bagi ahli beragama Islam yang meninggal dunia yang menjelaskan bahawa wang KWSP yang disimpan ahli dianggap harta pusaka. Kaedah pembahagian harta pusaka adalah tertakluk kepada hukum faraid.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/55193?m=1

P/s: Berdoa sahajalah kita masih hidup sehingga semua wang simpanan KWSP dapat dikeluarkan.

Saturday, 16 July 2016

Interest Rate 3%

Ramai tak menjangka yang Gabenor baru Bank Negara akan mengumumkan potongan kadar faedah seawal ini. Dari 3.25% ke 3.00%. Yang celik pasal ilmu ekonomi ni memang terkezzzuuutt la. Kita yang biasa-biasa ni, kalau sebut pasal hal macam ni cuma mampu terkebil-kebil je:p

Hm, apa kaitannya interest rate turun dengan hidup kita? Apa penyebab interest rate turun?
Semua ni ada kaitan dengan GDP (gross domestic product) Malaysia. Semakin lama, semakin menurun. Petanda pasaran sedang berada pada paras lembap.

Ini rekod GDP dari 2015:
1Q 2015: 5.7%
2Q 2015: 4.9%
3Q 2015: 4.7%
4Q 2015: 4.5%
1Q 2016: 4.2%
(Q=quarter-suku penggal. Senang cerita, setiap empat bulan.)

Dan bila baru diumumkan interest rate yang makin menurun, maka maknanya, pasaran kita masih akan kekal lembap sepanjang tahun (eh, macam cuaca Malaysia je:p)

Bukan Malaysia je sebenarnya. Satu dunia macam tu. GDP untuk Eurozone dijangka sekadar 1.6-1.7% untuk 2016 ni. US pula antara 2.2-2.4%. Kiranya kita 4.0% ni kira ok lagi la. Ayat abang Jibby, 'kita seharusnya bersyukur ekonomi kita masih membangun'. Haa, biasa dengar kan pasal ni. Betullah apa senior seuniversiti saya tu cakap:p

Bila pasaran lembap ni, ini masa untuk mengumpul dan membeli. Sebab, harga barang akan lebih murah.

Sifir mudahnya, lower interest rate = cheaper borrowing cost.

Interest untuk pinjaman akan lebih rendah. Base lending rate (BLR) untuk pinjaman rumah, kereta akan turun. Macam itu juga dengan harga barang lain.

Kenapa semua ini berlaku??? (Ayat drama sikit:p)
Gini, bila ekonomi kita lembap, jadi BNM turunkan interest rate. Jadi harga nak membeli barang (borrowing cost) makin murah. Jadi, orang akan mula untuk membeli itu dan ini. Pembelian itu dan ini semua akan menjana ekonomi kita supaya kembali stabil dan berkembang sebab duit akan bertambah dalam pasaran. (Tu sebab ada quote kata 'I'm not a shopholic. I'm just helping the economy'. Lebih kurang gitulah bunyinya. Nampak tak peranan kaum Hawa di situ?;p)

Lain pula kalau ekonomi bagus. Waktu ini, semua syarikat, perniagaan untung banyak. Jadi, bila orang ada duit banyak, nilai duit akan jatuh (baca:inflasi). Selain itu, harga barang akan jadi lebih mahal. Jadi, nak kawal inflasi ni, BNM akan naikkan interest rate. Jadi, orang akan berjimatlah nak beli itu dan ini. Dan mereka akan lebih suka untuk menyimpan malahan melabur. Sebab dividen dapat lagi banyak bila ekonomi bagus.

Jadi, waktu ekonomi lembap ni, tak bagus ke untuk menyimpan dan invest? Bukan begitu sihhh... Kan diberitahu tadi, bila ekonomi lembap, harga barang jadi murah sebab interest rate rendah. Yang murah itu termasuklah emas (belum murah habis lagi sebenarnya) dan harga untuk setiap unit amanah.

Kiranya untunglah kalau beli unit amanah sekarang (menyimpan dalam dana unit amanah) sebab harga tengah murah. Tapi belum untung kalau nak dapat kadar dividen yang tinggi meroket pada waktu sekarang ini. Tapi nanti, bila ekonomi berkembang baik semula, kita akan untung banyak. Tengok sahaja contoh tahun 2008. Waktu itu, interest rate terendah dalam sejarah: 2% jeeeee! Memang teruk. Zaman recession. Banyak dana unit amanah waktu tu pun catat dividen negatif! Tapi 2009, ameeekk kau, 20%! Mencanak naik. Jadi in shaa Allah zaman kelam ini akan berakhir.. Pelangi akan muncul kembali selepas hujan (apakah??):p

P/s: Orang yang terer bab ekonomi komen, ekonomi Malaysia yang lembap ni bukan disebabkan oleh Brexit sangat.. Saya takde komen pasal ni.. Takde ilmu banyak.

Ok, tu je nak cakap.

Kesimpulannya, investlah (erk?) ^^

#celikharta
#hartaduniasahamakhirat
#sayaperundingunitamanahberlesen

Saturday, 2 July 2016

Warga Emas, Usia Emas?

Menunggu suami yang membeli sesuatu di kedai runcit yang masih dibuka. Jam melewati pukul 10 malam. Seraya mata tertancap pada satu gerai mudah alih di hadapan kedai itu. Menjual popia basah dan ada juga popia goreng. Kelihatan seorang anak muda sedang mengemas gerai itu.

Kemudian, mata beralih pada seorang nenek tua. Sudah bongkok badannya. Dengan melangkah perlahan, dia melintasi kedai itu. Persoalan menerpa dalam minda, apa nenek itu buat di situ pada waktu sebegini.

Mata kembali leka melihat gadis berbangsa Cina itu cekap mengemas gerainya. Tak lama nenek tua itu datang menghampiri anak muda itu. Cucunya, saya kira. Mengambil beberapa bekas untuk dicuci di paip air di tepi kedai itu. Sambil terbongkok-bongkok, nenek itu meneruskan kerja.

Dan nenek tua itu bukan satu-satunya warga emas yang masih membanting tulang untuk menampung kehidupan sehari-hari.

***
"Why we see these days, old people still need to work to support their lives? Shouldn't they have enough savings from their job before they get old?"

Terngiang-ngiang kata tenaga pengajar kami waktu kami mengikuti training class untuk unit trust. Betul, warga emas ini bukannya menganggur waktu mereka muda. Mereka bekerja. Dan bila menjengah usia tua, dengan saki baki tulang 4 kerat yang makin uzur, mereka masih juga bekerja. Tidak dapat menikmati financial freedom..

Sedangkan sepatutnya usia emas itu digunakan untuk berehat dan mengejar sebanyak mungkin amal ibadat. Menikmati masa berbaki dengan keluarga tersayang.

Teringat perkongsian Pakdi (Suzardi Maulan) dalam program kami bertahun-tahun lepas. Ibrah dari surah Yusuf.

"Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu tuai biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). “Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)”. (Surah Yusuf: 47-49)

Surah ini bukan sahaja memberi biodata lengkap sirah hidup seorang nabi. Tetapi memberi panduan terbaik bagaimana manusia perlu menguruskan duit mereka hingga boleh mengeluarkan zakat, sesuai dengan tuntutanNya. 

Langkah-langkahnya ialah:
1) menanam bersungguh-sungguh:bekerja sehabis baik dan beroleh pendapatan yang halal.
2) apa yang dituai biarkan pada tangkai melainkan sedikit untuk dimakan : sebahagian besar pendapatan disimpan atau digunakan untuk membeli aset. Hanya sebagian kecil dihabiskan untuk perbelanjaan.
3) akan datang kemarau yang akan menghabiskan makanan kita: akan tiba waktu susah yang kita terpaksa menggunakan apa yang kita simpan.
4) melainkan sedikit untuk dijadikan benih: melainkan baki dalam simpanan kita itu yang biarpun sedikit tetapi membolehkan kita menjana pendapatan lebih besar bila zaman susah itu berakhir.
5) akan datang tahun yang turunnya rahmat dan padanya dapat memerah hasil: dari simpanan berbaki sedikit yang kita jadikan benih, akhirnya bercambah membuahkan hasil yang dapat kita nikmati.

Ringkasnya, ayat-ayat ini menyeru agar kita SIMPAN dan LABUR.

***
Apa yang saya dan sahabat-sahabat perhatikan, biasanya orang susah ini masih hidup susah kerana mereka tidak ketemu cara untuk keluar dari kesusahan. Kerana itu, tidak sepanjang masa, wang tunai adalah sedeqah terbaik untuk mereka. Idea dan cadangan untuk membaiki taraf hidup itu yang lebih utama.

Paling ketara, ramainya tidak langsung menyimpan. Saya merujuk pada golongan miskin yang pendapatan seisi rumah kurang RM3000. Ya, memang banyak masanya susah, tapi pasti akan ada masa senang, yang Allah lapangkan rezeki pada tika itu. Itu janji Allah. Dalam kesusahan pasti ada kemudahan. Dan ketika ada kemudahan itulah, menyimpanlah.

Tapi apa yang berlaku, golongan susah ini mahupun tidak bergelar orang susah sekalipun sebaliknya menghabiskan duit lebihan rezeki diperolehi saban hari mahupun sumbangan orang ramai untuk belanja hangus. Tiada baki untuk menyimpan. Apatah lagi, untuk dilaburkan untuk aset yang bakal menjadi milik kita (rumah, tanah, emas) mahupun wasilah (jalan) untuk kita menjana pendapatan lebih besar iaitu modal.

Mungkin alasan tidak menyimpan itu kerana tidak nampak faedahnya menyimpan. Tetapi percayalah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. RM10 yang pada hari ini nilai yang kecil, jika disimpan di bawah bantal setiap bulan dalam masa 3 tahun, sudah RM360. Jika disimpan dalam bank setidak-tidaknya sudah RM360.18. Jika disimpan dalam dana unit amanah, paling koman, sudah RM371. Kalau menyimpan RM100 setiap bulan, apatah lagi.

Saya sendiri bukan datang dari keluarga senang. Jadi, saya juga pernah merasa keadaannya bila terpaksa berjimat cermat hingga adakala perlu mengikat perut. Saya pernah melalui era berkayuh basikal keliling kampung untuk menghantar kuih-muih air tangan Ma ke kedai dan gerai. Ada kala, di pertengahan jalan, bekas-bekas kuih yang bertindan-tindan itu terjatuh dari basikal ke tanah. Habis rosak sebahagian kuih. Pulang ke rumah dengan hati yang sebal, dimarahi pula Abah kerana cuai. Namun, hasil upah 20 sen diberi Ma saban hari itulah yang dipinjam Abah bila kesuntukan wang untuk belanja dapur. Ya, 20 sen yang saya tabungkan setiap hari yang saya rasa, hasil terkumpul mencecah RM50. Dan ketika itu, saya baru bersekolah rendah.

Itu sebabnya, bila menziarahi golongan asnaf ini, hati meronta mahu berbual panjang kepada mereka. Mahu memberi semangat kepada anak-anak mereka agar berusaha mengubah nasib keluarga dengan kesungguhan dalam menuntut ilmu. Jika anak seorang buruh kontrak ini boleh, masakan mereka tidak boleh. Hanya kerana mereka tidak ketemu cara.

Tidak susah sebenarnya menyimpan. Yang penting, mulakan. Tak kisahlah nak simpan dalam bentuk apa. Duitkah, emaskah. Yang penting, mula sahaja. Jangan malu nak bertanya. Jangan ego untuk mengambil inspirasi dari orang lain. Allah maha adil. Dia lebihkan kita untuk suatu bahagian tapi akan ada bahagian yang kita kurang. Yang perlu kita tampung dengan berkongsi dengan orang lain.

Jangan sampai bila kita sudah jadi warga emas, baru kita tersedar. Biarlah waktu itu adalah usia emas kita. Menikmati kewangan yang merdeka. Tidak bergantung pada orang lain. Untuk itu, perlu bermula saat ini.

Sekadar berkongsi,
Si anak pembuat kuih dan pekerja kontrak

#celikharta
#hartaduniasahamakhirat
#sayaperundingunitamanahberlesen

Tips Nak Jadi Jutawan Tanpa Guna Cash

Sebenarnya ramai masih tak tahu, akaun 1 €PF tu boleh jadikan kita kaya-raya. Selain pengeluaran masa umur 55 nanti, ada SATU lagi cara nak ...