Saturday, 30 July 2016

Kembara Demi Ukhuwah

Memanifestasi salah satu rukun baiah hari ini. Ukhuwah.

6.45 pagi keluar seawal pagi dari rumah. Dari Port Dickson ke Batu Caves, tempat suami mengambil upah fotografi perkahwinan. Dengan si boboiyot yang telah mandi seawal  6.15 pagi. Ha3.

10.50 pagi, suami hantar ke stesen LRT Wangsa Maju. Lebih rela naik LRT sambil mengusung anak 8 kg ni dari memandu sendiri di KL ni.

1.00 petang tiba di LRT Putra Height. Sempat lelapkan mata seketika waktu menyusukan si Umar di surau, sementara menunggu sahabat datang menjemput.

2.30 petang. Ambil pula LRT ke IOI Puchong. Sahabat tersalah baca mesej dan menunggu di sana, bukan Putra Height. He3.

3.50 petang. Sampai ke destinasi yang dituju. Sejam sesat jalan dalam kesibukan trafik.

***
Perjalanan yang penuh berdikari. Puas hati sebab dapat rasa semula waktu jadi seperti burung yang bebas berterbangan ke sana sini ketika zaman bujang dulu.  Bukan sebarangan terbang. Terbang semata-mata demi mencari erti tarbiyah atau menjalinkan ukhuwah.
Walaupun pinggang macam nak patah dukung Umar, jari luka berdarah tersepit engsel pagar, kepala sedikit pening sebab semalam tak lena tidur.

Yang penting puas hati dapat jumpa sahabat-sahabat. Yang pernah bertepuk tampar, waktu ini merasa mesra semula. Yang dulunya sekadar dikenali di whatsapp, bila bersua muka, umpama sudah lama kenal. Indahnya ukhuwah yang diikat pada jalan Allah.

***
Suami relek je melepaskan isteri berkelana dengan kenderaan awam. Dia tahu bini dia ni pernah travel dari Nottingham-Birmingham-Dublin-selatan Ireland dalam masa 24 jam. Seorang diri. Jadi tu yang buat dia selamba je kot.

Lepas ni, kalau isteri merajuk sampai bawa diri, tak cukup cari dia di Malaysia ye.. Kot-kot bawa diri sampai ke luar negara. Ha3.

No comments:

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...