Thursday, 15 September 2016

Soal Jawab Simpanan Syariah KWSP

Sedikit intipati dari rancangan soal jawab di TV3 semalam, 14 September 2016 berkenaan simpanan shariah KWSP bersama Ust Zaharuddin Abdul Rahman:

🔷Pilihan bertukar pada simpanan syariah kepada pencarum;
- mengikut undang-undang negara harus, kerana pilihan untuk tukar atau kekal dengan skim konvensional adalah hak individu.
-mengikut syarak, wajib. Paling tidak, amat-amat digalakkan kerana menyumbang kepada institusi kewangan atau industri berstatus patuh syariah.

🔷Permohonan pendaftaran simpanan syariah KWSP bakal ditutup pada 23 Disember 2016.

🔷Simpanan syariah ini juga dibuka pada orang bukan Islam.

🔷Semakan 2 lapisan dalam proses pelaburan bagi simpanan syariah ini yakni oleh KWSP investment commitee dan seterusnya KWSP syariah commitee.

🔷Dividend is based on actual performance. Tiada jaminan 2.5% seperti simpanan konvensional. Jadi, dividen boleh jadi lebih rendah atau lebih tinggi dari simpanan konvensional KWSP.

🔷Asset allocation simpanan konvensional dan shariah KWSP adalah sama. Jadi risk exposure adalah hampir sama.

🔷Akad Wakalah. Tapi tiada yuran atau caj dari pihak KWSP.

🔷Jika ahli masih tetap memilih untuk kekal dengan skim konvensional, perlu dibersihkan 50%  daripada dividen. Cth 6% dividen diisytiharkan, pencarum hanya boleh ambil 3% sahaja, ini yang betul-betul dividen bersih.

🔷Penyucian (pembersihan dividen) untuk total simpanan KWSP kurang daripada RM250k tidak perlu.

🔷 Namun, untuk simpanan lebih RM250k @ gaji lebih daripada RM2600 sebulan, 50% dividen yang lepas perlu disucikan.

🔷Majlis Fatwa memberi pandangan tidak perlu disucikan dividen KWSP sebelum ini (jika telah bertukar ke simpanan syariah).

🔷Duit dari simpanan syariah KWSP hanya boleh melabur pada unit amanah patuh syariah sahaja.

🔷Daripada RM100billion kuota yang disediakan, RM300k telah ditukarkan oleh ahli ke simpanan syariah.

🔷KWSP adalah institusi yg melabur dalam institusi atau industri syariah terbesar dunia.

🔷Tiada proses penukaran secara online disediakan untuk pendaftaran simpanan syariah, kerana untuk melindungi hak ahli.

🔷Zakat simpanan tidak wajib ke atas simpanan KWSP kerana tidak boleh digunakan sesuka hati (selagi mana ia masih dalam KWSP). Tetapi jika sudah dibuat pengeluaran penuh dan cukup syarat, maka duit itu perlu dibayar zakat.

🔷Tabung Haji dan KWSP shariah, kenapa dividen berbeza? Kerana berlainan matlamat. KWSP khusus untuk persaraan. Investment asset allocation dan risk exposure juga adalah berbeza.

🔷 Masih atas pagar? Buat pertukaran sekarang. Jangan tunggu. Perlu bersyukur dan jangan skeptikal. Pelaksanaan simpanan syariah KWSP ini telah lama diteliti dengan proses yang panjang. Pelaksanaannya berteraskan Akta KWSP dan telah dibahaskan di Parlimen.

Akhir sekali, dividen akan berdasarkan prestasi sebenar pelaburan. Boleh lebih rendah dari simpanan konvensional, tetapi ada potensi juga untuk lebih tinggi dari simpanan konvensional. Sedikit yang berkat akan mencukupi dari banyak yang tidak berkat. Insyaallah.

Nota disunting dari catatan saudara Shafie Sani. Syukran kathir atas perkongsian.

#celikharta
#hartaduniasahamakhirat
#sayaperundingunitamanahberlesen

No comments:

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...