Tuesday, 30 May 2017

Bazaar Ramadhan Punya Cerita

Ini nak cerita pasal bazaar Ramadhan. Tapi bukan pasal dating dengan shuben ke, berperang ngan anak ke atau paling tragis, belanja gambar makanan sedap lepas sejam baru puasa.

Tapi pasal sensitiviti pemandu kenderaan di kawasan dalam bazaar ramadhan. Tak kesahlah bazaar tu dibuat atas jalan berturap ke, dulunya memang laluan kereta motor ke mahupun highway yang tiba-tiba jadi tapak bazaar milenia.

Bila namanya da jadi tapak bazaar, secara tidak rasminya tidak sepatutnya ada lagi kenderaan mundar mandir atas jalan tu.

Orang datang bazaar nak tengok makanan. Toleh kanan, toleh kiri dan toleh kanan semula untuk tengok gerai. Bukan nak tengok kereta motor datang melintas.

Jangan nanti, kalau terlanggar orang, si pemandu atau pembonceng menyalahkan pengunjung tu kerana melintas seperti ayam, tak tengok kiri kanan. Sedangkan dia yang lembu sebab masuk kandang salah. Nak short cut pun ikutlah jalan lain. Awatlah nak lalu celah-celah gerai yang sempit tu. Jangan bahayakan pengunjung bazaar.

Bulan puasa ni kita nak buat amal banyak-banyak. Kumpul pahala. Bukan kumpul dosa sebab sakitkan hati orang. Apatah lagi kumpul 'doa' sumpah seranah free.

Mungkin pihak berkuasa juga boleh letak kon untuk elakkan ada pemandu atau pembonceng yang melalui kawasan dalam bazaar. Kalau da letak kon masih lalu juga, mungkin orang itu adalah jelmaan lembu nak datang ziarah bazaar.

Semalam suami tetiba dirempuh dengan sebuah kereta Merc ni. Mujur kena side mirror je dan kereta tu slow. Dok elok-elok nak beli makanan, ada pulak kereta jembalang muncul sebelah. Sangat dekat dengan gerai.

Paling bersyukur, Umar waktu tu didukung abinya. Bayangkan kalau dia berjalan sendiri. Mahu saya yang jadi Hulk Hogan kalau apa-apa jadi kat anak.

Amat memalukan, pemandu tu pakcik yang berkopiah. Agaknya, pakcik tu ada masalah OKU kot. Sebab sebelum tu pun, dia selamba je jalan terus sedangkan ada motor tengah reverse. Nyaris rempuh pembonceng motor itu juga. Harap pakcik tu OKU sekejap jela. Kalau berterusan  mahu cukup 44 orang sumpah seranah beliau. Takut tak panjang umur je nanti. Nauzubillahi min zalik.

Tu je pesanan khidmat masyarakat. Ni baru cerita pasal memandu celah-celah bazaar je. Tak cerita lagi pasal perangai kat tempat parking etc.😅

No comments:

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...