Thursday 28 January 2010

Episod Sebuah Perjuangan

Afwan (maaf). Can't stop myself from telling something I keep in silent for the whole week. Something that force me to reflect myself. How far I have been. What I have done. Which path I have taken..

Indahnya Menjadi Ansorullah, Penolong Agama Allah

Seorang demi seorang pejuang Allah yang saya kenal telah dijemput kembali padaNya. Meskipun sekadar berselisih, tidak bertegur sapa, tapi mereka dekat sebenarnya. Sayang, tak dapat kenal mereka dengan lebih lanjut.

Ingat lagi kisah seorang pengantin baru yang baru sahaja selesai akad nikah 4 jam sebelum beliau terlibat dengan kemalangan jalan raya? Pagi itu, usai solat subuh berjemaah, saya terima mesej. Khabar mengejutkan. Kelu tanpa bicara. Kisah tragis yang menimpa seorang warga Nottingham yang baru sahaja tamat pengajian.

Baru-baru ini pula, sedang melayari blog Kongres Pendidikan, tiba-tiba tersentak melihat tajuk "Rehatlah Kamu di Sana". Berkurangnya seorang penggerak SPIN. Walaupun belum sempat bekerja sekali, saya rasa pernah ketemu arwah di Kongres Pendidikan di Shah Alam sewaktu bercuti lepas.

Kedua-duanya terlibat dengan kemalangan jalan raya yang tragis. Seorang dicabut nyawanya ketika sedang dalam perjalanan untuk menunaikan solat Jumaat, seorang lagi pula baru usai pulang dari Kedah.

SubhanaAllah, indahnya syahid dalam agamaMu. Kereta akh Ariff yang dinaikinya remuk teruk lantaran terperosok ke dalam bas. Jenazahnya hanya calar sedikit sahaja. Sebelum tragedi berlaku, mesej diterima oleh isterinya, "Jangan terkejut jika esok abang pakai baju lain." MasyaAllah..

[mainpix3.jpg]

Ibu saudara Akh Fadhiri bermimpi bertemu arwah, dipeluknya arwah yang ketika itu berbaju hijau. Wajah arwah berseri-seri.. Ibu saudaranya bertanya, "Tak nak balik ke?" Jawab arwah, "Tak nak.. nak duduk sini,cantik sangat kat sini.." MasyaAllah..

Kita reflect semula diri kita. Bagaimana caranya mati kita. Sebagai syahid atau seorang yang tak layak cium bau syurganya. Nauzubillahu min zalik.

As-syahid Faris Audah

Teruslah Berjuang, wahai Mas Afzal

Tidak tahu kenapa, minggu ini saya lebih sensitif dari biasa. Hati terlalu mudah tersentuh. Memikirkan tentang betapa lemahnya iman dan kurangnya ketabahan jika dibandingkan dengan orang lain. Betapa hebatnya ujian Allah yang tiba pada insan-insan terpilih. Betapa mereka sungguh kuat dan tabah. Ditimpakan penyakit, mahupun musibah satu demi satu. Mereka insan yang terpilih. Saya tidak dapat gambarkan bagaimana saya jika berada di posisi mereka.

"Dan orang-orang yang beriman serta mengerjakan kebajikan, Kami tidak akan membebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya." (Surah al-A'raf:42)

Moga Allah memudahkan perjalanan hidup seorang lagi hambaMu. Kurniakanlah dia ketabahan mengharungi setiap kesakitan barah yang menyerang. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Dia sumber inspirasi ramai insan, ya Allah. Selamatkanlah dirinya. Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu. Amin.. amin ya rabbal 'alamin..

Tuesday 26 January 2010

Kuliah Online 26 dan 29 Januari 2010

1) Kuliah Online pada 26 Januari 2010, 8-9 malam. Add ID: nurfatinabihah.


2) Kuliah Online pada 26 Januari 2010, 8-10 malam. Add ID: perkongsian_online


3) Kuliah Online 29 Januari Bersama Kak Ina, 7-9 malam. Add ID: su_zul.


Pada sesiapa yang tidak memuat turun Paltalk, anda boleh juga sertai kuliah dengan
log in pada http://express.paltalk.com/.

Masukkan username: kuliah online dan kata kunci: kuliah. Moga bermanfaat.

p/s: Mesti pelik, terutama bila kuliah Hayati Haiti dan Tabiat Program Al-Quran berselisih waktunya. Secara kebetulan, baru disedari. Semua berebut buat perkongsian. Bagus sebenarnya. Berlumba buat kebajikan. Nak masuk syurga Allah bukan senang. Tempat terhad.


Monday 18 January 2010

There's A Hero

Untuk pengubat rasa 'mandom' (lemah semangat) dan kurang percaya pada diri.

Selamat memulihkan semangat (tapi sebelum tu, kena wujudkan unsur suspens dulu) ^_^


Video menarik dan kreatif yang anda boleh masukkan gambar anda sendiri ke dalamnya (pada saat-saat akhir video, pilih Make A New Movie). Klik untuk ubah.

P/s: Jangan galak dok letak gambar bukan-bukan ye, terutama yang muslimat. Sebab 'khidmat motivasi menarik' ni percuma. Takut pula kalau satu dunia boleh tengok aksi terlampau kita tu nanti. :P

Saturday 16 January 2010

Muka Bukuku

"Musykil. Kenapa waktu exam ni, makin ramai yang aktif Facebook? Apa yang manusia cari sebenarnya?" Status Facebook seorang sahabat, beberapa jurus selepas kami leka berbalas komen dalam Facebook.

Ayat itu bermain di fikiran saya beberapa lama. Lantas, Aina dicapai dan segera saya signed out dari Facebook Mobile. Tak boleh jadi ni. Tak de kerja, cari kerja. Tengah ulangkaji, sempat lagi ubah status. Muhasabah diri semula.


Beberapa hari sebelum imtihan, seorang adik hubungi saya, bertanyakan pendapat tentang Facebook dan isu boikot.

Jawab saya:

1) Isu Boikot:

kalau ikut UZAR, selagi syarikat tu tak beritahu yang mereka gunakan hasil pendapatan mereka untuk Israel, selagi tu harus untuk kita beli barang mereka (maksudnya, tak haram untuk kita beli).


Kalau ikut Dr Yusof al-Qaradhawi, sangatlah digalakkan untuk kita boikot produk jualan Yahudi.


Memandangkan kerajaan Malaysia tak pernah keluarkan isu boikot ni secara terang-terangan (tak silap akak, dulu cuma sorang je kot mufti Malaysia yang bagitahu kena boikot), jadi tiada hukum yang tetap untuk isu boikot.


Pendapat peribadi akak:

Akak memang boikot..He3..Maggi, Nestle, McD (memang da lama tak makan pun..)..

So far, akak boikot yang utama. List company yang berada di barisan terdepan untuk diboikot: KLIK. Tapi, boikot bukan maknanya haram untuk dimakan..


Akak tak sempat nak check setiap company tu siapa yang bagi sumbangan pada Israel, tapi Starbuck, sudah pasti .. So akak boikot, tak beli barang dalam senarai tu. Lagipun, takde keperluan pun untuk akak beli. Banyak alternatif lain.


Akak pegang pada ayat ni kalau nak boikot:


Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan

bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga

engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).

Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah

(agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi

sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu

mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi)

pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah

engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat

mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.

(Surah al-Baqarah:120)


Mungkin kita tak pasti sejauh mana ekonomi syarikat itu menyumbang pada pergolakan di bumi Palestin, tapi bagi akak, sebenarnya isu boikot ni nak tengok sejauh mana kita ikut telunjuk orang Yahudi yang memang ada propaganda sendiri untuk jatuhkan umat Islam. Sejauh mana kita bergantung pada mereka.


Tak yah tengok jauh. Kita lihat pada persekitaran kita sendiri. Nak masak menu, perlu ada Ajinomoto. Sedangkan sedap je kalau tak letak pun.. Bak kata UZAR, nak tambat hati suami tak perlu pun pada perkara syirik macam minyak pengasih, semua tu. Masak sedap tanpa MSG cukup..


2) Isu Facebook

Ya, pemiliknya orang Yahudi, merupakan seorang pemuda yang aktif dalam kegiatan agamanya. Kita juga tahu yang maklumat dan gambar dalam FB akan tersimpan selamanya dalam data FB.. tapi..


Ikut UZAR again.. harus (tak haram ) untuk kita berFB.


Pendapat akak: Syabas sebab awak tak de akaun FB! Bagi pengguna FB, agak banyak mudarat la dari maslahat. Nak berdakwah? Konon la (geleng kepala pada diri sendiri).. Tak semua orang pandai gunakan kesempatan tu.. Tapi alhamdulillah ada yang terkecuali dan mampu manfaatkan FB untuk perkara yang menambahkan pahala.


Gambar, tak yah cakap la.. Kita tak upload, orang uploadkan dan tag kita. Bagus sebenarnya sebab kita tahu siapa yang ada gambar kita. Tapi kena selalu update la FB tu. Kalau awak perasan, dalam blog akak, akak tak letak satu pun gambar akak. tapi dalam FB, adui..wa!!! Rasa macam nak remove semua tag tu.. Akan cuba programkan FB akak tu lepas exam nanti..


Perempuan tak patut letak gambar dia merata2..Boleh kena sihir.. Bak kata UZAR, lelaki tengok kita, senang macam tu je.. Kita tak kenal pun dia. Sedangkan perhiasan dan kecantikan kita terlalu berharga.


Akak suka quotekan apa kata UZAR sebab bagi akak, dia sebelum keluarkan isu, akan kaji dulu. So far, yang akak kenal dia dan famili dia, memang tak bias dalam keluarkan isu dan memang best!


Moga bermanfaat untuk awak.. Sampaikan pada sahabat lain yang mencari jawapan..


My two cent.


Dari 204, Tinggal 34

"Su, you remove tag semua gambar you ke?" soal orang rumah yang pelik melihat saya mengurangkan gambar di dalam Facebook.

"Tak de la semua, Tan. Gambar yang nampak muka saya, saya remove la.. Lagipun, ada kawan dalam Facebook yang saya tak kenal pun. Nanti senang-senang je diorang tengok saya. " Ujar saya panjang lebar bila Tan mula berkerut memikirkan tujuan saya mengambil tindakan sedrastik itu.

"Ye meh.. Saya pun tak suka bila orang tak kenal saya tiba-tiba puji penampilan saya." Sokong Tan.

Bukan tak sayang semua gambar kenangan, terutama bersama ahli rombongan jaulah ke Paris dan Sepanyol, mahupun detik manis bersama sahabat lain, tapi memikirkan kesan yang bakal atau mungkin sedang saya hadapi.

"Maaf awak, saya tak sengaja tengok gambar awak. Tapi awak cute la." Berderau darah saya bila mana seorang lelaki yang tak dikenali cakap begitu. Tika itu, rasa macam nak tutup je akaun FB. Tapi itulah ruang untuk saya merapatkan ukhuwah. Salah satu ruang. InsyaAllah akan jadikan FB sebagai ruang dakwah pula selepas ini.

Alhamdulillah, berjaya akhirnya mengurangkan gambar dari 204 menjadi 34 keping sahaja. Tak tunggu exam habis pun. Sebab nanti lupa. Boleh sambung belajar dengan tenang. ^_^



Kuliah Online Bersama YB


Jom dengar!

Sunday 10 January 2010

Because We Care

Tidak mampu menulis panjang. Cukup sekadar memanjangkan seruan kepada para blogger prihatin agar tampil membantu, bukan wang, tetapi masa dan tenaga untuk meringankan beban sahabat. Biarpun tak pernah bersua muka, tapi mungkin hari ini hari dia, esok hari kita.


Wallahu 'alam.

Dari blog Ir Hydir:

Ini adalah suatu entri khas. Entri yang mungkin menyaksikan sejauh mana komitmen blogger semua untuk memperlihatkan kepada semua bahawa blogger adalah orang yang bertanggungjawab terhadap apa yang ditulisnya.

Kita bertanggungjawab terhadap rakan-rakan blogger kita samada dalam keadaan susah dan senang. Kita adalah blogger prihatin terhadap rakan-rakan blogger, terhadap masyarakat dan kepada negara.

Terpanggil kepada permasalahan En Megat, saya meminta semua blogger di Malaysia meletakkan ribbon diatas di blog masing-masing sebagai tanda kita prihatin.

Setiap blog yang meletakkan ribbon di atas akan menyumbang RM1 kepada En Megat. Anda boleh mengikuti apa yag tersurat dan tersirat tentang En Megat di post ini: Tangisan Aku, Isteri dan Anak-anak

Ikut langkah ini:

1)Copy dan paste ribbon diatas.

2)Letakkan di blog masing-masing samada di sidebar or mana2 yg visible. Anda boleh resize saiz ribbon itu untuk kesesuaian blog anda.

3)Biarkan ribbon tu selama seminggu di blog masing2 sehingga 17/1/2010

4)Maklumkan kepada saya melalui komentar di bawah bahawa anda dah letakkan ribbon tersebut boleh juga maklum melalui twitter @kbsoccernet.

Moga usaha kita yang kecil ini mendapat keberkatan dan rahmat daripada-Nya.


Sejauh Mana Kesahihannya?

Jujurnya, saya selidiki sendiri sejauh mana usaha meletakkan riben kecil di blog mampu menyumbang RM1 kepada insan kurang bernasib baik itu. Kalau anda baca komen ke 52 dan 53, mungkin anda akan yakin bagaimana sistem ini berfungsi.

Tapi saya tak pasti pula bagaimana pula kita boleh menderma kalau kita melanjutkan email kepada rakan-rakan... Hmm..

p/s: Selamat maju jaya buat semua yang bakal bertarung dengan peperiksaan. Jihad fil imtihan!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday 1 January 2010

Tarikh: 13-19 Disember 2009 (6 hari)
Tempat: Malaga- Gibraltar- Sevilla- Granada- Cordoba- Madrid- Barcelona, Sepanyol
Pendahuluan: Matawang adalah Euro. Pada ketika ini, GBP1 lebih kurang bersamaan EUR2. Makanan halal boleh ditemui di beberapa lokasi namun agak mahal.

Andalusia dahulu kala meliputi kawasan Malaga, Gibraltar, Sevilla, Granada dan Cordoba. Harus diingat, Andalusia adalah kawasan yang pernah dijajah oleh kerajaan Perancis. Maka, semua tamadun Islam dan khazanahnya hampir semua dimusnahkan hinggakan hilang jejak. Khinzir dijual merata-rata. Kita tidak akan sangka di sini pernah menjadi satu tempat bersejarah Kerajaan Abbasiyah.

13 Disember 2009 (Malaga)
7.05 malam: Alhamdulillah,saya dan Tan selamat tiba di Malaga Airport. Solat jamak di tepi tangga (tidak mahu solat duduk sebab saya masih punya kudrat untuk berdiri).

9.20 malam: Rombongan 12 orang dari Birmingham tiba. Menunggu kereta yang disewa dibawa ke depan mata oleh Nuar dan Shoba, yang sebenarnya kedua mereka punya mimpi ngeri. Almaklumla, di Eropah, sterengnya di sebelah kiri, roundaboutnya pula pandang ke sebelah kiri.

12.00 malam:Selamat sampai ke tempat penginapan Downtown.

14 Disember 2009 (Malaga-Gilraltar-Sevilla)
9.30 pagi: Berjalan kaki ke Museo de Picasso(da tahu tutup, tapi mahu pergi juga) dan Fundacion Picasso (tempat Picasso dilahirkan). Perasaan: biasa saja.

11.30 pagi: Mendaki bukit ke Castillo de Gibralfaro. SubhanaAllah, indahnya pemandangan Malaga dari atas sana. Gibralfaro- rock of the lighthouse. Menghayati keutuhan rumah api dan kubu pertahanan Islam suatu ketika dahulu. Penat mendaki tapi kepuasan tak tergambar dek kata-kata.

2.30 petang: Bertolak ke Gibraltar dan solat di Masjid King Fahad, di kawasan Europa Point. Benua Eropah dan Afrika kelihatan di sini. Memasuki kawasan yang menggunakan bahasa Inggeris, bukan lagi Spanish, Gibraltar- kawasan yang menjadi rebutan British dan kerajaan Sepanyol, sehingga kini. Pernah pada 1968, kerajaan Sepanyol menutup sempadan Gibraltar (yang menjadi milik British.) Ketemu Muslim dari Morocco, pemilik salah sebuah kedai di Gibraltar yang sangat semangat mahu membantu. Dan sangat semangat berbahasa Arab dengan saya.

7.30 petang: Rock Tour di waktu malam. Alhamdulillah, dalam gelap gelita, kami selamat dibawa ke puncak Gibraltar(Jabal al-Tariq- Gunung Tariq). Rasa bangga menyelinap dalam diri, apabila berjaya tiba di tempat sahabat, Tariq bin Ziyad, sang penakluk Andalusia. Di sepanjang jalan, kami dapat melihat gelung besi yang digunakan untuk mencangkuk kenderaan perang untuk mendaki gunung tersebut.

10.00 malam: Bertolak ke Sevilla.

2.00 pagi: Bermalam di dalam kereta lantaran terlalu lewat untuk mencari tempat penginapan di yang telah pun ditempah. Sob3..

15 Disember 2009 (Sevilla- Granada)
7.00 pagi: Solat subuh berjemaah di tempat letak kereta.

8.30 pagi: Ke Maria Luisa (sebuah taman, tapi nawaitu datang ke sini untuk urus diri sebenarnya..Hehe)


11.00 pagi: ke Plaza Espana. Bangunan antik yang kini menempatkan pejabat. Namun, yang menariknya, punya gambar dan ukiran yan menceritakan sejarah Islam di Sepanyol. Gambar yang memotretkan penyerahan kunci Granada sebagai tanda kekalahan kerajaan Islam kepada Ratu Isabella dan Raja Ferdinand.

(Ehsan gambar dari Google. Gambar rakaman sendiri telah hilang bersama external hard disk. Sob3..)

1.00 petang: Melawat Bull Ring. Tak ku sangka kejam sungguh cara seorang metador 'berlawan' dengan lembu. Lembu ditikam beberapa kali sebelum pedang mengenai tepat ke jantung lembu itu.. Eii...

2.30 petang: Setelah dua hari tak jumpa nasi, akhirnya dapat rasa nasi Paella (makanan tradisi Sepanyol). Makanan untuk 18 orang berjaya dihabiskan oleh 14 orang dalam masa tak sampai 30 minit. Terima kasih kepada muslimin bertujuh yang melampau kebuluran.

4.00 petang: Bertolak ke Granada. Sesat dalam ramai mencari hostel.

16 Disember 2009 (Granada-Cordoba)
9.45 pagi: Tiba di Alhambra. Kereta kami sesat. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Dia mahu uji sejauh mana ukhuwah itu utuh bila digoncangkan. Teruskan juga misi mahu ke Nazareth Palace. Meneliti keindahan seni bina Islam yang jauh beza halusnya dari ukiran di kala zaman pemerintahan Isabella dan Ferdinand. Melawat Alcazaba yang menjadi kubu pertahanan dan Generalife (Jannah al-Arif), sebuah taman yang indah.

2.30 petang: Solat di taman Generalife.

4.00 petang: Bergerak ke Cordoba.

12.00 malam: Berdepan kesukaran mencari hostel. Sungguh, orang Sepanyol sangat baik hati. Seorang pak cik itu sanggup menjadi penunjuk jalan dengan memandu ke destinasi. Sampai di sana, berdepan masalah dengan kunci, bagaimana mahu buka pintu yang canggih. Hm, memang ciptaan manusia, secanggih mana, pasti ada kekurangan.

3.00 pagi: Baru dapat lelapkan mata.

17 Disember 2009 (Cordoba-
9.00 pagi: Menunggu pemandu terhormat bangun dari lena. Kami orak langkah sendiri dengan berjalan kaki dari tempat penginapan ke La Sinagoga, tempat ibadah Jewish Spain. 2 lagi Sinagoga letaknya di Toledo, ibu negara Spain yang lama. Pertama kali baca ayat dari kitab Jewish. Membeli barang cenderamata, memandangkan Cordoba lebih murah dari tempat Andalusia yang lain.

12.10 petang: Memasuki Mozquita Cathedral. Telah dimaklumkan oleh penjual tiket masuk, kami tidak boleh solat di situ. Suatu ketika dulu, ia sebuah masjid utama Cordoba. Namun apabila Ferdinand dan Isabella menakluki Andalusia, ia ditukarkan kepada gereja. Sebelah mihrab ada bishop. Lebih banyak membisu, hati rasa sangat pilu.. Kalau saya jadi pemerintah Islam tika itu, saya tidak sanggup buat perkara sebegini pada kaum yang berlainan agama. Rasa mahu saja sujud menangisi nasib masjid yang saya pijak tika itu, tapi pegawai merata-rata meronda, mengawasi pengunjung terutama yang Muslim.

To be continued..

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...