Friday, 1 January 2010

Tarikh: 13-19 Disember 2009 (6 hari)
Tempat: Malaga- Gibraltar- Sevilla- Granada- Cordoba- Madrid- Barcelona, Sepanyol
Pendahuluan: Matawang adalah Euro. Pada ketika ini, GBP1 lebih kurang bersamaan EUR2. Makanan halal boleh ditemui di beberapa lokasi namun agak mahal.

Andalusia dahulu kala meliputi kawasan Malaga, Gibraltar, Sevilla, Granada dan Cordoba. Harus diingat, Andalusia adalah kawasan yang pernah dijajah oleh kerajaan Perancis. Maka, semua tamadun Islam dan khazanahnya hampir semua dimusnahkan hinggakan hilang jejak. Khinzir dijual merata-rata. Kita tidak akan sangka di sini pernah menjadi satu tempat bersejarah Kerajaan Abbasiyah.

13 Disember 2009 (Malaga)
7.05 malam: Alhamdulillah,saya dan Tan selamat tiba di Malaga Airport. Solat jamak di tepi tangga (tidak mahu solat duduk sebab saya masih punya kudrat untuk berdiri).

9.20 malam: Rombongan 12 orang dari Birmingham tiba. Menunggu kereta yang disewa dibawa ke depan mata oleh Nuar dan Shoba, yang sebenarnya kedua mereka punya mimpi ngeri. Almaklumla, di Eropah, sterengnya di sebelah kiri, roundaboutnya pula pandang ke sebelah kiri.

12.00 malam:Selamat sampai ke tempat penginapan Downtown.

14 Disember 2009 (Malaga-Gilraltar-Sevilla)
9.30 pagi: Berjalan kaki ke Museo de Picasso(da tahu tutup, tapi mahu pergi juga) dan Fundacion Picasso (tempat Picasso dilahirkan). Perasaan: biasa saja.

11.30 pagi: Mendaki bukit ke Castillo de Gibralfaro. SubhanaAllah, indahnya pemandangan Malaga dari atas sana. Gibralfaro- rock of the lighthouse. Menghayati keutuhan rumah api dan kubu pertahanan Islam suatu ketika dahulu. Penat mendaki tapi kepuasan tak tergambar dek kata-kata.

2.30 petang: Bertolak ke Gibraltar dan solat di Masjid King Fahad, di kawasan Europa Point. Benua Eropah dan Afrika kelihatan di sini. Memasuki kawasan yang menggunakan bahasa Inggeris, bukan lagi Spanish, Gibraltar- kawasan yang menjadi rebutan British dan kerajaan Sepanyol, sehingga kini. Pernah pada 1968, kerajaan Sepanyol menutup sempadan Gibraltar (yang menjadi milik British.) Ketemu Muslim dari Morocco, pemilik salah sebuah kedai di Gibraltar yang sangat semangat mahu membantu. Dan sangat semangat berbahasa Arab dengan saya.

7.30 petang: Rock Tour di waktu malam. Alhamdulillah, dalam gelap gelita, kami selamat dibawa ke puncak Gibraltar(Jabal al-Tariq- Gunung Tariq). Rasa bangga menyelinap dalam diri, apabila berjaya tiba di tempat sahabat, Tariq bin Ziyad, sang penakluk Andalusia. Di sepanjang jalan, kami dapat melihat gelung besi yang digunakan untuk mencangkuk kenderaan perang untuk mendaki gunung tersebut.

10.00 malam: Bertolak ke Sevilla.

2.00 pagi: Bermalam di dalam kereta lantaran terlalu lewat untuk mencari tempat penginapan di yang telah pun ditempah. Sob3..

15 Disember 2009 (Sevilla- Granada)
7.00 pagi: Solat subuh berjemaah di tempat letak kereta.

8.30 pagi: Ke Maria Luisa (sebuah taman, tapi nawaitu datang ke sini untuk urus diri sebenarnya..Hehe)


11.00 pagi: ke Plaza Espana. Bangunan antik yang kini menempatkan pejabat. Namun, yang menariknya, punya gambar dan ukiran yan menceritakan sejarah Islam di Sepanyol. Gambar yang memotretkan penyerahan kunci Granada sebagai tanda kekalahan kerajaan Islam kepada Ratu Isabella dan Raja Ferdinand.

(Ehsan gambar dari Google. Gambar rakaman sendiri telah hilang bersama external hard disk. Sob3..)

1.00 petang: Melawat Bull Ring. Tak ku sangka kejam sungguh cara seorang metador 'berlawan' dengan lembu. Lembu ditikam beberapa kali sebelum pedang mengenai tepat ke jantung lembu itu.. Eii...

2.30 petang: Setelah dua hari tak jumpa nasi, akhirnya dapat rasa nasi Paella (makanan tradisi Sepanyol). Makanan untuk 18 orang berjaya dihabiskan oleh 14 orang dalam masa tak sampai 30 minit. Terima kasih kepada muslimin bertujuh yang melampau kebuluran.

4.00 petang: Bertolak ke Granada. Sesat dalam ramai mencari hostel.

16 Disember 2009 (Granada-Cordoba)
9.45 pagi: Tiba di Alhambra. Kereta kami sesat. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Dia mahu uji sejauh mana ukhuwah itu utuh bila digoncangkan. Teruskan juga misi mahu ke Nazareth Palace. Meneliti keindahan seni bina Islam yang jauh beza halusnya dari ukiran di kala zaman pemerintahan Isabella dan Ferdinand. Melawat Alcazaba yang menjadi kubu pertahanan dan Generalife (Jannah al-Arif), sebuah taman yang indah.

2.30 petang: Solat di taman Generalife.

4.00 petang: Bergerak ke Cordoba.

12.00 malam: Berdepan kesukaran mencari hostel. Sungguh, orang Sepanyol sangat baik hati. Seorang pak cik itu sanggup menjadi penunjuk jalan dengan memandu ke destinasi. Sampai di sana, berdepan masalah dengan kunci, bagaimana mahu buka pintu yang canggih. Hm, memang ciptaan manusia, secanggih mana, pasti ada kekurangan.

3.00 pagi: Baru dapat lelapkan mata.

17 Disember 2009 (Cordoba-
9.00 pagi: Menunggu pemandu terhormat bangun dari lena. Kami orak langkah sendiri dengan berjalan kaki dari tempat penginapan ke La Sinagoga, tempat ibadah Jewish Spain. 2 lagi Sinagoga letaknya di Toledo, ibu negara Spain yang lama. Pertama kali baca ayat dari kitab Jewish. Membeli barang cenderamata, memandangkan Cordoba lebih murah dari tempat Andalusia yang lain.

12.10 petang: Memasuki Mozquita Cathedral. Telah dimaklumkan oleh penjual tiket masuk, kami tidak boleh solat di situ. Suatu ketika dulu, ia sebuah masjid utama Cordoba. Namun apabila Ferdinand dan Isabella menakluki Andalusia, ia ditukarkan kepada gereja. Sebelah mihrab ada bishop. Lebih banyak membisu, hati rasa sangat pilu.. Kalau saya jadi pemerintah Islam tika itu, saya tidak sanggup buat perkara sebegini pada kaum yang berlainan agama. Rasa mahu saja sujud menangisi nasib masjid yang saya pijak tika itu, tapi pegawai merata-rata meronda, mengawasi pengunjung terutama yang Muslim.

To be continued..

No comments:

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...