Akhirnya, berjaya juga kami melaksanakan misi memasak. Untuk 250 orang, berterusan untuk 3 hari. 1 Mei, saya dan Yna memasak laksa untuk Dunkirk Quiz. Izreena dan Amira pula menyediakan kuih seri muka. Orang British tiba-tiba mahu rasa makanan orang Malaysia dan berkenal-kenalan dengan kami. Alhamdulillah, aktiviti berjalan dengan lancar dan misi terlaksana. Pujian pula asyik diterima tentang masakan kami.
“Thank you so much for the very nice food you served for us.”
“Dari 5 bintang, saya bagi 3.” Yang ini, komen dari orang yang telah pun menambah laksa sebanyak 2 pinggan penuh .
“Semua ok. Cuma tak puas hati, sebab tak cukup (untuk tambah berkali-kali).”
Ahli kumpulan saya dalam kuiz itu, Marita namanya, sibuk memperkenalkan kami kepada semua komuniti Dunkirk yang hadir di situ. Kepada Community Security yang menjaga keselamatan kawasan Dunkirk, dia meminta mereka ‘menengok-nengokkan’ kami. Sempat juga ‘polis’ itu berpesan, kalau rasa keselamatan rumah diragui seperti pecah masuk rumah yang berlaku baru-baru ini pada rumah senior kami, cepat-cepat telefon mereka. Risau juga untuk tinggal di Dunkirk. Almaklumlah, semua tahu itu kawasan penempatan pelajar. Sunyi di siang hari kerana semua berada di universiti.
Cuma terselit kekecewaan kerana semasa diskusi diadakan bersama orang British untuk menjalankan Dunkirk Quiz, mereka telah bersepakat untuk tidak menggunakan sebarang unsur alkohol dalam makanan mahupun dalam majlis itu sendiri. Namun, ada minuman arak yang terhidang hari itu. Janji dimungkiri. Walau bagaimanapun, yang membawanya bukanlah jawatankuasa majlis, tapi orang kebanyakan. Memang kipas susah mati arak la tu.
Dari Umar ra, bahawa dia pernah mendengar Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah duduk pada satu hidangan yang padanya diedarkan arak.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
3 Mei, NMS Leaver’s and Mnite Volunteers’ TQ Party. Sekali lagi, sebagai AJK makanan, tugas memegang senduk diserahkan kepada kami. Nasi tomato, acar sayur, ayam barbeque, sos (buat sendiri), aiskrim dan koktail dihidangkan.
Bila ada masalah, mudah sahaja amarah menguasai . Untuk mengelakkan sebarang kata yang boleh menyakitkan hati orang lain, saya lebih senang berdiam diri. Tapi tak semudah kata. Dalam diam pun, mungkin ada yang terasa. Jadi, maaf saya pinta.
Allah jualah yang menguasai alam langit dan bumi serta segala yang ada padanya; dan Dialah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah al-maidah:120)
Adakalanya kita lupa, masalah yang sebegini berat, pasti ada penyelesaiannya. Selagi kita berusaha dan bertawakal kepadaNya.
Suka menenangkan fikiran di tempat sebegini. Damai.. Minda rasa lapang walaupun untuk sementara cuma..
Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayat petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayat yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda) : cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah al-nur:35)
Kita lupa untuk untuk meminta petunjuk dan bimbingan dariNya. Sesungguhnya, Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
Ya Allah, ampunilah dosa kami. Hijabkanlah segala kekhilafan yang telah kami lakukan. Bimbinglah kami. Kami mohon, ya Allah..
Ya Allah, Kau eratkanlah ikatan hati-hati ini dalam memikul beban dakwahMu, bersatu dalam mendaulat dan mendukung syariatMu.. Kau eratkanlah kemesraan yang terjalin antara hati-hati ini, ya Allah..
Kadangkala kita rasa, kita telah terlalu banyak memberi dan membandingkan dengan sumbangan orang lain. Mudah sahaja rasa penat hingga tertekan. Tidak mahu lagi memberi. Sedangkan kita tahu, tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.
Kadangkala kita bertanya pada diri, kenapa Allah uji kita sedemikian rupa. Ujian yang belum tentu orang lain mampu menanggungnya. Tapi, bukankah Allah telah berfirman, kita diuji sesuai dengan kemampuan kita. Saya diuji sebab saya kuat dan tabah untuk menghadapinya. Bangkit, Suhaila. InsyaAllah, kamu mampu menanganinya..
Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya. (Surah al-kahfi:110)
Dan Dialah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Dia mengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati), sedang perlaksanaan yang demikian amatlah mudah bagiNya dan bagiNyalah jua sifat yang tertinggi di langit dan di bumi, dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ( Surah al- rum:27)
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya, bahawa Dia menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan dan untuk merasakan kamu sedikit dari rahmatNya dan supaya kapal-kapal belayar laju dengan perintahNya, dan juga supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya dan seterusnya supaya kamu bersyukur. (Surah al-rum:46)
Mudah sahaja harta mengelapkan mata. Sedangkan kita lupa, ramai di sekeliling kita perlukan satu sen sumbangan kita untuk melengkapi hidup mereka yang serba kekurangan. Infakkanlah hartamu. Bila menderma, rasa tabungan berkurang. Sesungguhnya, yang berkurang hanyalah tabungan dunia. Saham akhirat insyaAllah sedang berganda.
Sesungguhnya janji Allah itu benar. Bila kita tinggalkan sesuatu yang dilarangNya kerana Allah, nescaya Allah akan memperkenankan apa yang kita mahu dengan cara yang halal.
Katakanlah sesungguhnya solatku, ibadah hajiku, hidupku dan matiku semata-mata hanya untuk Allah, Rab, seluruh alam.
Berkelah di Conkers, Derby. Ampun, kakak-kakakku tersayang, sebab tak sempat membuat liputan berkenaan perkelahan kita di Conkers. Yang pasti, saya suka sangat dengan piknik itu. Jazakumullah hu khairan kathira.. ^_^
P/s: Sedang kepeningan memilih modul untuk semester depan. Perlu ambil kira topik yang diminati dan yang akan diajar di kolej nanti. Aii, ingat senang ke jadi guru…
6 comments:
mashaAllah suuuu....dicelah2 kesibukan dan ketensenan diri sendiri pun awk sempat lagi menngingati pembaca2 akan kalam Allah....jzkk dik..! gud luck utk ur exams..iA Allah permudahkan
salam kak atie.he3..ala akak ni..cm la x knal saya ni..sy kn smpoi je..jgn riso,sy ok je..afwan.thanx jugak kak..gud luck,kak^_^
salam, suhaila.. menitis airmata sya baca nukilan awak ni.. sye merasai sebagaimana awak rse.. kni sye rse sedikit bersemangat, terima kasih
wslm sue zan..masyaAllah,hati yg menangis kerana meneliti ayatNya adalah hati2 yg tpilih..alhamdulillah.bukn mahu org berkongsi penderitaan sy,tp mahu org tahu apa yg kita perlu buat kita rasa mderita.he3..kembali bersemangt ya!chaiyok,dear!!
thanx suhaila.. moga Allah membantu kite sume...
insyaAllah sue zan^_^
Post a Comment