Monday, 27 September 2010

Rindu Padanya

Sebelum rasa rindu ini hilang, 
dek kerana leka dengan kesibukan dunia yang bisa melalaikan..
Moga rasa rindu ini terus abadi untuknya. 
Seteguh cintanya padaku.



Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Nur Suhaila Zulkifli
Nottingham.

Sunday, 26 September 2010

Bisikan Hati

Rintihan Seorang Hamba
(Dialog bersama Allah SWT)


“Ya Allah, satu-satunya Tuhan kami, penguasa langit dan bumi serta semua makhluk, yang Maha Penyayang, Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Ya Tuhan kami, hanya Engkaulah yang benar-benar mendengar bisikan hati kami, hanya Engkaulah yang Maha Mengetahui akan kesedihan dan kesusahan kami, hanya Engkaulah ya Allah yang paling memahami akan keadaan kami. Tiada sesuatupun yang berlaku tanpa iradah (kehendak) dan keizinanMu, sedangkan Engkau Maha Bijaksana, dan Engkau Maha Mencintai hamba-hambaMu ya Allah. 

Sesungguhnya Engkaulah yang memberikan ujian ini kepada kami, Engkaulah yang mengirimkan kesedihan dan keperitan ini kepada kami dan hanya Engkaulah yang mampu menyembuhkan kedukaan di hati kami ya Allah. Kami redha, kami terima segala ketetapanMu terhadapku ya Tuhan, kerana kami yakin, malah kami benar-benar pasti bahawa setiap ketentuanMu adalah penuh dengan hikmah dan belas kasihan daripadaMu. Engkau tidak pernah menzalimi kami ya Allah, tetapi kamilah yang sering menzalimi diri kami sendiri. 

Engkau tidak pernah melupakan kami ya Allah, tetapi kamilah yang selalu melupakanMu. Engkau tidak pernah memungkiri janjiMu kepada kami ya Allah, namun kamilah yang sering memungkiri janji kami kepadaMu. Engkaulah yang paling berhak ke atas kami, tetapi kamilah yang selalu melanggar hak-hakMu terhadap kami walaupun kami tidak layak atau berhak sedikitpun untuk mengingkariMu. Kamilah hamba-hambaMu yang dhaif (lemah), namun Engkau Maha Besar lagi Maha Berkuasa. Kamilah hamba-hambaMu yang sentiasa berharap dan sentiasa meminta-minta kepadaMu ya Allah, tetapi Engkau Maha Kaya dari seluruh ‘alam. Engkau tidak sedikitpun memerlukan kami, namun kamilah yang benar-benar memerlukanMu. 


Ya Tuhan kami, cukuplah Engkau bagi kami. Cukuplah Engkau sebagai penolong dan pelindung kami, kerana Engkaulah sebaik-baik penolong dan sebaik-baik pelindung. Cukuplah Engkau sebagai sahabat, kekasih, penghibur hati dan pengubat kesedihan kami. Hanya keredhaanMu yang kami harapkan ya Allah. Kami tidak menginginkan keredhaan manusia, kami tidak mengharapkan agar manusia membahagiakan kami mahupun menghargai diri kami. Kami tidak mengharapkan supaya manusia membalas kebaikan kami mahupun mengucapkan terima kasih kepada kami. Mereka tidak mampu memberikan kesedihan mahupun kebahagiaan sedikitpun kepada kami tanpa izinMu ya Allah. Kami tidak akan sekali-kali berputus asa terhadap rahmatMu ya Allah. Cukuplah ni’matMu yang Engkau limpahkan kepada kami. Hanya disisiMu adanya sebaik-baik balasan yang amat kami harapkan.

Ya Allah yang Maha Pengasih, kurniakanlah kepada kami kesabaran dan cukupkanlah bagi kami kekuatan untuk menghadapi setiap ujian daripadaMu. Setiap kemuliaan itu hanyalah milikMu ya Tuhan, maka muliakanlah kami dengan iman dan taqwa, serta anugerahkanlah kami hidayah untuk mencapai keredhaanMu. Tunjukkanlah kami jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah kami, kerana Engkaulah yang Maha Mengetahui ya Allah. Lapangkanlah dada kami untuk menerima segala mihnah (ujian), pengajaran dan peringatan daripadaMu ya Allah, agar kami kembali ke jalan kebenaran. Bukakanlah pintu hati kami untuk bertaubat kepadaMu dan penuhilah hati kami dengan rasa cinta kepadaMu dan RasulMu ya Allah. Tetapkanlah hati kami di atas kebenaran agamaMu. Jadikanlah kami hamba-hambaMu yang soleh dan sentiasa mensyukuri nikmatMu.

Ya Allah, berikanlah kepada kami ketenangan hati, sehingga kami tidak risau dan tidak takut terhadap kezaliman makhluk-makhlukMu. Kami tidak mahu takut atau bersedih hati menghadapi celaan orang-orang yang suka mencela. Bersihkanlah hati kami ya Allah daripada persangkaan yang buruk, dan juga daripada dosa-dosa yang menutupi hati kami daripada memahami kebenaranMu. Kami berlindung kepadaMu daripada menuruti keinginan-keinginan yang rendah dan hina. Kami berlindung kepadaMu daripada kebencian dan kemarahanMu ya Allah. Jadikanlah kami ini hamba-hambaMu yang benar-benar ikhlas menta’atiMu ya Tuhan.

Ya Allah ya Rahman, hanya cinta dan kasih sayangMu yang kami harapkan ya Allah. Kami bersyukur ya Allah, kerana Engkau memberikan kami sepasang mata yang sering menangis keranaMu dan hati yang sering berduka kerana berjuang untukMu. Kami berbangga kerana Engkau memilih kami sebagai hamba-hambaMu yang menderita di jalanMu ya Allah. Kami benar-benar bersyukur ya Allah, kerana Engkau telah memberikan kami sebesar-besar ni’mat iaitu keimanan kepadaMu dan RasulMu.

Ya Allah, jika dengan kesedihan ini, jika dengan kesakitan ini, jika dengan kepayahan ini, jika dengan keperitan ini, jika dengan penderitaan ini, jika inilah syaratnya untuk kami mendapatkan cinta dan keredhaanMu, jika inilah caranya untuk kami memperoleh keampunanMu ya Allah ya Tuhan kami, maka kami sanggup menghadapinya dengan hati yang benar-benar rela. Kami sanggup diuji dengan apa cara pun yang Engkau mahukan ya Allah, walau bagaimana susah dan perit sekalipun, walau nyawa kami menjadi korban, asalkan Engkau mencintai kami dan mematikan kami sebagai hamba-hambaMu yang benar-benar beriman kepadaMu dan RasulMu ya Allah. Sesungguhnya segala ‘ibadah, usaha, susah payah, penat lelah, perjuangan dan pengorbanan kami, hanyalah untukMu ya Allah, dan Engkau Maha Menyaksikan setiap pekerjaan kami.

Ya Allah, dengarlah rintihan hati kami. Tiada sesiapa lagi yang kami harapkan selainMu ya Allah. Kami tiada tempat mengadu dan tempat bergantung melainkan Engkau ya Tuhan. Bantulah kami ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kami. Kami benar-benar rindu padaMu dan pada kekasihMu, Muhammad SAW. Walaupun kami tidak dapat melihatMu, namun kami yakin bahawa Engkau sentiasa di sisi kami, dan Engkau sentiasa membantu dan melindungi kami. Hanya cintamulah cinta yang benar-benar kekal. Engkaulah kekasih yang benar-benar setia dan tidak pernah mengecewakan para pencintaMu. Alangkah mulia dan indahnya kasih sayangMu ya Allah. Balaslah cinta kami kami ya Allah. Terimalah taubat kami, terimalah ‘amalan-‘amalan kami dan terimalah doa-doa kami. Engkaulah Maha Penerima Taubat dan Maha Mensyukuri. Kasihanilah kami wahai Tuhan kami, cukuplah Engkau bagi kami…”

La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah

Alhamdulillahi hadana (segala puji bagi Allah yang telah membimbing kami)

“Setiap ni’mat yang diberikan oleh Allah kepadamu, itu adalah milik Allah, dan setiap ni’mat yang diambil kembali oleh Allah daripadamu, itu juga milik Allah. Maka bersabarlah…”


Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam. 


Nur Suhaila Zulkifli 
Nottingham.

Wednesday, 22 September 2010

Laut Terbelah Dua! Logikkah?

Sebagai umat Islam, kita wajib mempercayai kisah Nabi Musa membawa Bani Israel menyeberang Laut Merah. Kita juga wajib mempercayai Allah telah mencantumkan semula laut yang terbelah itu hingga menenggelamkan Firaun dan para tenteranya. 


Kisah ini turut tercatat di dalam Bible, namun ada beberapa perbezaan yang boleh mengelirukan sesiapa yang tidak punya pegangan Islam yang kukuh. Ok, Muslim dan Kristian percaya pada kisah yang hampir sama. Namun apa beza antara duanya?


Kristian kaji dan buktikan melalui fakta agar mereka dapat bentangkan pada dunia, ini adalah kebenaran dari kepercayaan mereka. Ini yang Muslim hilang sejak dari peristiwa segala buku di Darul Hikmah dicampakkan ke sungai sewaktu kejatuhan kerajaan Abbasiyah.


Mari ambil iktibar. Sampai bila mahu berbangga dengan kejayaan umat dahulu tanpa mencipta kejayaan pada masa sekarang? Buat sesiapa yang mengambil jurusan Fizik, atau sewaktu dengannya, berbanggalah. Anda harapan Islam untuk meneroka kelebihan Islam dari sudut bidang yang anda ceburi! 


Wind Could Have Parted Red Sea for Moses: Report


Moses might not have parted the Red Sea, but a strong east wind that blew through the night could have pushed the waters back in the way described in biblical writings and the Koran, U.S. researchers reported on Tuesday.

RELATED PHOTOS / VIDEOS


Computer simulations, part of a larger study on how winds affect water, show wind could push water back at a point where a river bent to merge with a coastal lagoon, the team at the National Center for Atmospheric Research and the University of Colorado at Boulder said.
Wind setdown in the Nile Delta. Sustained winds can cause an event known as a wind setdown in which water levels are temporarily lowered. This animation shows how a strong east wind over the Nile Delta could have pushed water back into ancient waterways after blowing for about nine hours, exposing mud flats and possibly allowing people to walk across. (Animation by Tim Scheitlin and Ryan McVeigh, NCAR)
"The simulations match fairly closely with the account in Exodus," Carl Drews of NCAR, who led the study, said in a statement.
"The parting of the waters can be understood through fluid dynamics. The wind moves the water in a way that's in accordance with physical laws, creating a safe passage with water on two sides and then abruptly allowing the water to rush back in."
Religious texts differ a little in the tale, but all describe Moses leading the Israelites out of Egypt ahead of a pharaoh's armies around 3,000 years ago. The Red Sea parts to let Moses and his followers pass safely, then crashes back onto the pursuers, drowning them.
Drews and colleagues are studying how Pacific Ocean typhoons can drive storm surges and other effects of strong and sustained winds on deep water.
His team pinpointed a possible site south of the Mediterranean Sea for the legendary crossing, and modeled different land formations that could have existed then and perhaps led to the accounts of the sea appearing to part.
The model requires a U-shaped formation of the Nile River and a shallow lagoon along the shoreline. It shows that a wind of 63 miles per hour, blowing steadily for 12 hours, could have pushed back waters 6 feet deep.
"This land bridge is 3-4 km (2 to 2.5 miles) long and 5 km (3 miles) wide, and it remains open for 4 hours," they wrote in the Public Library of Science journal PLoS ONE.
"People have always been fascinated by this Exodus story, wondering if it comes from historical facts," Drews said. "What this study shows is that the description of the waters parting indeed has a basis in physical laws."
(Editing by Jerry Norton)
Biology ke Mathematics?
"Kak, tak boleh ke tick dua-dua ni? Saya tak tahu nak pilih yang mana.." soal saya pada Kak Jannah, staf di HEP KMM yang sudah tidak asing lagi dengan saya. Mana taknya, kalau bukan kak Jannah yang menjaga kaunter HEP, pasti ada sahaja ahli JPP yang 'mengambil alih' tugas beliau di situ.
"Oo.. tak boleh la Su. Kena tick satu je," jawabnya. Saya kecewa walaupun sebenarnya sudah tahu akan jawapan yang bakal diterima. Keliru, tak tahu nak pilih Biology atau Mathematics sebagai subjek pilihan. Borang Skim Latihan Tenaga Pengajar itu lama ditatap.
"Aku nak Mathematics sebab aku sangat minat pada Math. Lagipun, itu subjek yang paling cemerlang aku selalu dapat. Tapi aku pun nak Biology juga. Sebab aku akan lebih dekat dengan Tuhan. Memang markah Biology aku tidak sestabil Math, tapi mana tahu.. Aku akan dapat perbaiki kelemahan tu kalau aku ambil subjek ni nanti."
"Ah, alangkah senangnya kalau KPM yang tentukan subjek mana yang perlu aku belajar." Lama difikir, lantas ruangan Biology ditanda right. Bismillahi tawakkal tu Allah..
Kini, saya sudah di sini. Salah seorang pelajar tajaan SLTP yang mengambil jurusan Biology. Kumpulan pelajar tahun kedua terakhir sebelum KPM menamatkan penajaan ke atas pelajar Matrikulasi ke luar negara.
Ada kalanya, bila tertekan dengan prestasi dalam subjek Biology yang kurang memberangsangkan, hati menyalahkan diri sendiri. "Kalaulah aku pilih Mathematics dulu.."
Namun, segera pujuk hati, Beristighfar, jangan sekali-kali salahkan takdir. Setidaknya besar hikmah yang saya dapat. Ingat, "aku pilih subjek ni supaya lebih dekat dengan Allah". Kalau bukan kerana subjek ini, mungkin saya bukan di sini.
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam. 


Nur Suhaila Zulkifli 
Nottingham.

Monday, 20 September 2010

Duit! Duit! Di Mana Kau Duit!

Opps, tertengok video ni..

YABrs Umar Ibrahim Vadillo,
Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Golden Trade Sdn Bhd

Harapnya video ini boleh menerangkan kepada insan-insan yang mungkin menolak dinar dan dirham dengan emosi. Atas faktor perbezaan politik. Yelah, YABrs Umar Ibrahim bukanlah bangsa Melayu dan mungkin juga dia bukanlah warganegara Malaysia. Kita akan melihat beliau sebagai seorang yang neutral dari fikrah politiknya. 

Penat sebenarnya bila kita berdepan dengan golongan yang menidakkan benda yang betul dan membenarkan benda yang salah.

Tak sangka pula, ada orang putih dalam pakar ekonomi Kelantan. Opps (sekali lagi).. Saya pasti YABrs Umar Ibrahim ni faham bahasa Melayu. Seperti mana orang Cina dan India di Kelantan yang buleh kecek Kelate belako.

Daripada PeterSchiffChannel (orang putih lagi..)

Boleh tonton video di atas tentang penggunaan dinar dan dirham serta hakikat sebenar nilai kepingan kertas dalam dompet kita itu.

p/s: I can't deny, he looked so smart and intelligent when he spoke Malay. Tomei :P Kelate come sokmo!

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Nur Suhaila Zulkifli
Nottingham.

Thursday, 16 September 2010

Rethinking Islamic Reform: Flashback (edited 200910)






Tickets GBP25 (~RM125) sold out. What's left? The exclusive ticket: GBP125 (~RM625)! In Malaysia, last two months, Prof Tariq Ramadan's talks were free!

Full video connference

What are interesting?
1) The culture and traditions in Oxford that have never been reformed.

2) The way the speaker, deliver the speech. Since most of the guests (from the video view) are Pakistanis, Shaykh Hamza welcomed them with Urdu language, ghairat. A scholar should know and share more than just knowledge about Islam, but also from science, philosophy and others, and he relates all of them to Islam.

3) Relationship between reform and islah, with renovation and tajdid.

4) What can be reformed and what is can't (tsawabit).

5) The reformists, such as Imam Hassan al-Banna, the grandfather of Prof Tariq Ramadhan.

6) The differences between Britain and America. "Britain is the most tolerant nation in the world!" I like:)

7) The 'sunnah' that have been faced by the scholar like Imam Abu Hanifah with government- they were jailed, and tortured.

8) Muslims' population throughout the world. 12% children in New York are Muslims!

9) "I don't believe in press anymore, because when I read about myself in the press, I know it is rubbish!" -Shaykh Hamza Yusof.

10) Islam is peace! "If you meet women in a battle, please run away from them." "The disbeliever shouldn't be  fought (yuqatiru) but they should be treated (yu'amaru) in accordance with his being.

11) The discipline of taking any fatwa.

I will update this post later since just finished watching the video for the first 1.02 hour. There are other commitments need to be done.

"Biar sikit-sikit, tapi istiqamah:)" InsyaAllah.

Let if you are having problem to understand the US or most probably the British accent, here are the transript provided. Did you noticed what's differ with those dialects?

p/s: Amazed with Shaykh Hamza. A very multi tasking guy. While waiting for the speech, it seemed like he was memorizing something, maybe certain ayah in Al-Quran or zikr. While starting his speech, he put his  watch to make him aware of the time he should stop. Cool!

Edited on 20th September 2010

Additional notes:
12) Intention why we want to reform is very important, are we going to be more faithful or not.

13) We can't spend the time to understand how the scholars dealing about difference in each fatwa (fiqh), but we need to understand the methodology (usul fiqh).

14) Islam does not need to be reformed, but we need to reform the Muslims. The Prophet (peace be upon him) said about corrupting people (fasadaha). This is meant by islah.

15) We should reforming the Muslims' mind about how we are going to remain faithful to the principle of Islam today. The main intention.

16) Why we are alienating concepts that come from non-Muslim if the concepts are Islamic?

17) Islah, tajdid(renewing) and ihya' (reviving) the mind are the intrinsic to be faithful.

18) Syariah is a concept that scholars are trying to get the rules within the society and individual so that we are more faithful.

19) There are no way to be faithful unless through jihad. The very meaning in jihad is to resist the mungkar to reform for the better (maa'ruf).

20) The problem is about understanding the methodology. How to implement the verses we read in the environment we are experiencing. The mujtahid (the 'implementor') or mufti need to know what the people are facing in daily life in that environment to apply the fatwa.

21) Are we planning to reform to gain faithfulness or pleasing the government and other people? We should never have scholars that work for specific government- Prof Tariq Ramadan.

22) The psychology atmosphere can distort the essence of fatwa if they are taking it out of fear.

23) Islah an-nafs (reform ourselves) are to be just to ourselves. We need the knowledge (know ourselves) and change.

24) All the term of Islamic banking ,etc are more about implementing the halal in haram ethics. In Medicine, when the doctors are working with scholars, it is the best field in implementing Islam fully.

25) We need scholars come from science field, engineering, psychology and other fields. What we have today, most of intellectual are experts in their fields but when it comes to knowledge about Islam, they are childish.

26) Isolation is a way not to contribute while assimilation is a way to lose our soul to the world.

27) In US, 53% of the population voted for allowing violence.

Stopped at 1:52. To be continued..

p/s 2: The audience came from different background. As expected, non-Muslims were there as well. Of course, the speakers have to be very critical in delivering all the facts without wounding others' feelings. What a brilliant job they did!

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Nur Suhaila Zulkifli
Nottingham.

Wednesday, 15 September 2010

Apa Yang Kau Cari?

Salah satu pengisian dari Ustaz Hasrizal sewaktu WOW 2010. Diabadikan dalam bentuk tulisan oleh seorang sahabat.

Kalaulah..
"Macam mana saya nak baik, kalau suami saya jenis manusia macam tu?", keluh seorang isteri.

"Saya faham Insya Allah, tentang apa yang ustaz cakap. Tapi isteri saya yang masalahnya. Ustaz tak ada buat kursus untuk isteri-isteri?", kata seorang suami.

"Apa yang ustaz cakap tu betul. Tapi kami orang bawah nak buat macam mana? Teori graviti bukankah atas ke bawah? Orang atas yang kena dengar benda-benda ni", keluh kerani-kerani dari sebuah bank.

"Saya rasa puas hati betul dengan huraian ustaz. Kami di bahagian pengurusan faham Insya Allah. Alangkah baiknya kalau orang bawah faham benda-benda ini. Sebab mereka yang nak buat kerja-kerja itu nanti", kata bos-bos yang berkursus.

Itulah nada-nada biasa yang saya dengar setiap kali mengendalikan kursus. Semua orang meletakkan syarat perubahan pada orang lain. Pada seseorang dan sesuatu yang dia tidak boleh ubah.

Walaupun suami ke atas isteri, bos ke atas pekerja, kita hanya mampu menarik kuda ke sungai, tetapi minum atau tidak, tiada siapa yang boleh memaksanya. Tetapi, itulah yang kita suka harapkan. Harapkan orang berubah supaya kita berubah.

Susahlah begini.

Ini falsafah bangau. Sentiasa menyalahkan pihak lain.

BANGAU OH BANGAU
Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul.
Ikan oh ikan kenapa tak mahu timbul?
Macam mana aku nak timbul, rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput, kenapa panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang, kerbau tak makan aku.
Kerbau oh kerbau, kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan, perut aku sakit.
Perut oh perut, kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit, makan nasi mentah.
Nasi oh nasi, mengapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah, kayu api basah.
Kayu oh kayu mengapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah, hujan melimpah turun.
Hujan oh hujan, mengapa engkau turun?
Macam mana aku tak turun, katak panggil aku.
Katak oh katak kenapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku.
Ular oh ular, kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan, MEMANG MAKANAN AKU.

Ya, mujurlah ular berhenti menyalahkan orang lain. Jika ular masih mencari alasan, mungkin nama anda pun akan ada dalam lagu ini. Pelbagai isu akan terlibat.

Globalisasi, dasar kerajaan, Orientalis, jiran, bapa mertua? Siapa lagi dalam senarai pihak yang ingin kita salahkan?

Lihat, apabila ular mula mengambil tanggungjawab terhadap AKU iaitu dirinya sendiri, selesai polemik dan masalah di hutan.

Ya, masalah boleh menampakkan penyelesaian apabila anda akan mula bercakap tentang AKU, iaitu diri anda, diri saya, diri masing-masing.

Erti Proaktif
Inilah namanya PRO AKTIF.

Proaktif bermaksud, mengambil kawalan dan tanggungjawab ke atas diri kita sendiri. Kita tidak meletakkan kualiti hidup kita atas sesuatu yang kita tidak boleh kawal.

"Ana tak boleh buat apa-apa, kalau jalan jem macam ini, memang ana jadi kaki mencarut punya", kata seorang pemandu di Kuala Lumpur. Susahlah begitu. Mungkin dia kena pindah ke Kampung Bongek, baru boleh berhenti mencarut.

"Kalau cuaca gloomy macam ini, saya memang depressed", kata seorang pelajar di Galway, Ireland.
Emm, dia sudah tersalah memilih tempat belajar. Sepatutnya dia memilih untuk belajar di Tha'if, Arab Saudi, atau di Burkina Faso. Barulah cuaca cerah sentiasa.

Kenyataan-kenyataan seperti ini, adalah seperti meletakkan remote controller kehidupan kita di pihak lain. Kita gembira atau sedih, kita bahagia atau derita, semua ditentukan oleh orang lain.

Cuaca yang akan menentukan mood kita.
Ibu bapa yang akan menentukan saya boleh jadi ibu atau bapa yang baik.
Bursa Saham sahaja yang boleh menentukan tahap senyum dan bahagia saya.

Oh, kehidupan seperti ini adalah kehidupan reaktif. Kita tiada upaya untuk memutuskan tindakan atas pilihan sendiri. Kita hanya mampu memberi reaksi.

Hidup begini, adalah hidup yang rumit lagi sulit. Masakan tidak, jika ujian kehidupan menentukan kebahagiaann diri, mampukah kita mencari sebuah kehidupan yang bebas dari ujian?

Berhentilah daripada mencari unsur luar, kerana semua itu ada dalam dirimu. Mahu bahagia atau derita, pilih sendiri. Mahu menafsirkan ujian sebagai kaffarah dari Allah, peluang untuk diperbaiki dan memperbaiki, atau mahu menafsirkannya sebagai bala bencana penyebab derita lagi sengsara, atau mahu menafsirkannya dengan gaya si luncai yang AKU TIDAK PEDULISMA, anda pilih sendiri.

Mulakanlah perubahan dengan mengubah diri sendiri. Warnakan alam dengan pandangan anda sendiri.

Mencari Atau Menjadi?
"Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya", kata seorang mahasiswi.

"Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!", tegas seorang mahasiswa.

Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?
Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?

Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita para benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.

Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?

Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!

Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah... kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu' walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.

Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam. 


Nur Suhaila Zulkifli 
Nottingham.

Monday, 6 September 2010

Eid Mubarak


Hari ini, bakal memulakan sorotan jihad saya selama 3 hari untuk menyediakan 8 jenis kuih raya, dianggarkan lebih dari 1000 biji. Sebagai hadiah untuk keluarga setelah dua tahun beraya di perantauan. Juga untuk para tetamu, terutama para sahabat yang sudah lama tidak beraya bersama. Usaha!

Hari ini juga Ramadhan yang ke-27. Telahkah kita bertemu dengan Lailatulqadr yang dicari?
Hari ini, menjadikan Aidilfitri hanya tinggal 3 atau 2 hari sahaja lagi.. Segalanya bakal ditentukan pada 8 September ini.. (Allah, bila mahu gunakan kalendar Islam ni?)



Kembali Kepada Fitrah

Aidilfitri. Indah namanya. Masakan tidak, ada yang sehingga teruja menamakan anaknya Aidil Fitri. ’Aid itu adalah perayaan atau sambutan. Fitr pula adalah fitrah. Dari sudut bahasanya, 1 Syawal itu adalah hari yang disambut untuk meraikan fitrah.

Fitrah kembali kepada kejadian manusia yang asal. Lahir ke bumi dalam keadaan bersih dari dosa. Setelah segala dosa yang lalu terhapus ketika melaksanakan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan.

Daripada Abu Hurairah, daripada Rasulullah saw telah bersabda, “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.”   (Hadis riwayat Imam Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Habban dan Baihaqi).

MasyaAllah.. Mudahnya dosa diampunkan. Antara diskaun terhebat dalam hidup. Namun, puasa itu perlu datang dengan iman dan ikhlas. Pucuk pangkal, kita yang tentukan kualiti ibadah agar dosa terampun.

Sedangkan apa yang kita buat, puasa dilakukan sambil lewa. Kita yang pilih untuk timbunkan dosa selepas Ramadhan berlalu. Berakhir sahaja Ramadhan, tingkat iman masih di situ, tidak berganjak ke tingkat lebih tinggi. Muhasabah untuk diri saya juga, yang masih lagi mencari erti iman dan ikhlas.


Moga kita berjaya mendapatkan tingkat ibadah yang beroleh keampunan Allah dalam baki Ramadhan ini. Usaha!

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam. 


Nur Suhaila Zulkifli 
Port Dickson

Wednesday, 1 September 2010

Bangga Menjadi Muslim

Perkenalkan. Kami ini Muslim. Islam adalah nama agama kami. Ertinya adalah “selamat” atau “tunduk patuh.”

Kami telah bersaksi bahawa tidak ada ilah selain Allah semata. Anda tidak tahu ilah? Ilah adalah sesuatu yang diharapkan, ditakuti, dicintai, dan dipatuhi oleh manusia. Itulah pernyataan kesetiaan yang kami ulang sekurang-kurangnya sembilan kali dalam sehari semalam.

Kami adalah manusia yang merdeka. Merdeka daripada desakan hawa nafsu. Tidak mudah, tapi kami selalu berusaha untuk tetap setia pada satu-satunya ilah kami. Kami bukan termasuk orang-orang yang tunduk pada keinginan peribadinya. Kami juga tidak tunduk pada godaan kesenangan badani belaka. Kami merdeka kerana tunduk pada Allah semata-mata. Bagi kami, tidak ada yang mutlak kecuali Allah.

Kami tidak mengubah-ubah Kitab Suci kami, bahkan tidak berani walaupun untuk menambah satu kata atau huruf baru ke dalamnya. Kami tidak berani untuk berfikir bahawa kami lebih tahu urusan kami sendiri. Ada Yang Maha Tahu yang akan menyelesaikan segala urusan kami.
Kami berani di hadapan manusia dan takut di hadapan Allah, lantang di hadapan diktator dan menyerah tanpa syarat di hadapan Allah. Jangan bingung. Ini hanya masalah yang menempatkan diri pada kedudukannya yang benar. 


Kami ini Muslim. Anda tahu siapa kami? Kami adalah umat yang selalu menimbulkan rasa cemas kepada mereka yang diliputi dengki.

Kami menyuruh puteri-puteri kami berhijab, dan hal itu membuat semua orang kuatir. Padahal mereka tidak ragu-ragu melepaskan puteri-puteri mereka dengan pakaian mini hingga larut malam. Ah, mereka hanya takut, kerana kaum perempuan Muslim hidupnya lebih menyenangkan. Mereka takut semua perempuan akan mengikuti jejak puteri-puteri kami. Agama kami memang tidak pernah menyelisihi fitrah. Semuanya sesuai dengan karektor dasar manusia. Mereka menutup aurat bukan kerana terpaksa, melainkan kerana memang demikianlah yang baik bagi mereka. 

Tanyakanlah pada puteri-puterimu, bukankah hari-hari mereka dilalui dengan penuh kekuatiran kerana mata lelaki yang selalu bersedia menangkap apa-apa yang sesuai dengan syahwatnya? Tanyakanlah pada kaum perempuanmu, bukankah hidup mereka penuh dengan penyesalan kerana selalu disusahkan oleh lelaki-lelaki hidung belang? Ah, tidak perlu dijawab. Kami sudah tahu jawapan jujurnya.


Jangan hairan jika kami enggan menyentuh minuman beralkohol, karena Allah memang tidak menghendaki hamba-hamba- Nya melakukan perbuatan-perbuatan yang bodoh seperti lazimnya orang mabuk. Semua hukum yang susah payah dirumuskan oleh negara-negara Barat untuk menghindari unsur negatif dari minuman keras hanya teori usang. Cukup sebuah ayat dalam Al-Qur’an, maka kami pun menjauhkan diri daripadanya. Inilah bukti kepatuhan kami.

Mengapa kalian bingung menyaksikan kami solat lima waktu setiap hari? Justeru kamilah yang bingung melihat kalian begitu jarang meluangkan waktu untuk Tuhan. Anda fikir solat itu menyulitkan hidup kami? Demi Allah, kami tidak membasuh kepala kami dengan wudhu dan tersungkur dalam sujud kecuali untuk mendapatkan manisnya iman. Kami faham jika Anda tidak mengerti. Rasa manis hanya difahami oleh mereka yang memiliki lidah. Iman hanya difahami oleh mereka yang bersedia untuk tunduk.

Kalian yang tidak memahami lazatnya iman tidak akan mengerti tujuan hidup kami. Kami hidup hanya untuk mati. Semua manusia begitu, tapi sedikit yang mahu mengakuinya. Kenyataannya semua manusia akan mati. Bezanya, kami memiliki tujuan yang pasti, dan kami yakin pada petunjuk arah yang terpampang di depan mata. Kami tidak takut mati, kerana mati itu kepastian. Tidak ada bezanya mati sekarang atau tahun depan. Yang menjadikannya beza hanyalah caranya.

Kami adalah kaum yang akan maju berdesak-desakan ketika pintu menuju syahid terbuka. Anda tidak faham? Tentu saja, kerana anda tidak memiliki kerinduan kepada akhirat. Siapa pun boleh menyangkal, tapi kebenaran adalah kebenaran. Kami hanya menyuarakan kebenaran, dan kebenaran itu lincah seperti air. Jika terhalang batu, ia akan mengambil jalan lain. Jika dibendung, ia akan berkumpul hingga cukup banyak dan akhirnya melimpah dari dinding yang menghadang. Jika anda berusaha memenjarakan kebenaran yang terus mengalir dalam suatu wadah, maka niscaya kebenaran itu akan menekan ke segala arah, dan semua dinding pun akan runtuh.

Anda mungkin boleh menghina Rasul kami dengan berbagai gambar yang tidak layak, tapi semuanya hanya akan berakhir dengan menambahkan kekusutan pada para penghina. Di negeri penghina Rasulullah saw. itu, lima ribu nashkah Al-Qur’an telah terjual dalam lima bulan saja.

Anda mungkin boleh menyebarkan khabar bohong apa pun tentang kami, namun hal itu hanya akan mendorong semua orang untuk mengenal kami lebih jauh. Ini adalah khabar buruk bagi kalian, kerana siapa pun yang mempelajari Islam dengan baik niscaya hatinya akan tersentuh.

Teruskanlah makar ini, dan kami akan tetap menjadi pemenangnya! Anda mungkin boleh mengajak semua orang untuk memerangi kami, namun kebenaran akan sampai juga pada telinga-telinga yang tetap terbuka. Kalian mungkin boleh menghancurkan negeri-negeri kami, namun Islam akan sampai juga di negeri kalian. Cepat atau lambat, negeri kalian akan menerima Islam dengan tangan terbuka, karena kebenaran akan selalu menyentuh hati manusia yang cenderung pada kelembutan.


Kami ini Muslim. Kamilah yang akan memenangkan pertarungan, jika memang anda berkeras untuk bertarung. Tapi jangan khuatir, kerana kami tidak berasa perlu memaksa anda masuk ke dalam barisan kami. Cukuplah dengan menjadi teman yang baik, dan semuanya akan baik-baik saja. Allah SWT tidak melarang kami berteman dengan siapa pun yang tidak memerangi kami. Kepada semuanya, kami sampaikan salam hangat persahabatan: bukalah pintu hati kalian untuk kebenaran, dan ia akan datang dengan berbagai cara yang belum pernah kalian bayangkan sebelumnya.

Kami adalah tangan-tangan yang saling berpegangan dan saling menjaga satu sama lainnya. Kami adalah dahaga yang saling mendahulukan. Kami adalah tubuh-tubuh yang saling menyelamatkan. Kami adalah lidah-lidah yang saling menghibur dan hati yang saling mencemaskan. Kami adalah Muslim. Kami akan menang.


Video Islamic Society Imperial College yang memenangi anugerah FOSIS Video Competition

“Kemuliaan dan kemegahan kami hanyalah ISLAM. Kami berlindung kepada Allah SWT daripada mengharapkan sesuatu selain itu.”



Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Nur Suhaila Zulkifli
UK cawangan Malaysia (he3..)

Followers