Wednesday 27 April 2011

Kau Pergi Jua

"Ma, napa orang telefon tadi, tak dapat?" pelik panggilan tak dapat menembusi talian walaupun telah dicuba beberapa kali.

"Abah telefon tadi. Abah balik Kelantan," hati terdetak. Ma menyambung, "Mok da meninggal. Isnin lepas.."

Innalillahi wa innalillahu rajiun. Allah.. Terkejut. Kenapa aku baru tahu sekarang? Dua hari sudah berlalu. Tiada siapa yang beritahu.

Mok, insan yang mengasihi aku dan Abah lebih dari segalanya. Mok yang menjaga Abah sejak dari Abah masih kecil, bila ibu kandung Abah bercerai dengan suaminya. Cucu saudaranya itu ditatang bagai minyak yang penuh. Hinggakan Abah tak merasa hilang. Hingga kini, dia masih belum ketemu ayah kandungnya.

Aku juga dibesarkan dengan kasih sayang. Diri ini adalah cucu kesayangannya. Tak pernah dia biarkan diri ini disakiti. Apa sahaja yang aku minta, pasti akan dipenuhi sedaya upayanya. Mok tinggal seorang di bangsalnya di Kota Bharu. Namun, setiap tahun akan ke Port Dickson untuk melawat kami. Waktu aku tiada, Mok mencurahkan kasihnya pada Deq Ira, adik bongsuku.

Cincin yang dihadiahkan hingga kini masih di jari manisku. Dibelinya daripada hasil simpanan duit kebajikan rakyat yang diterima.

***
"Abah, orang da tahu pasal Mok." Selesai bercakap dengan Ma, diri ini mencari kekuatan untuk menghubungi    Abah. 

Jauh di hujung talian, aku tahu Abah sedang menangis. Kami sama-sama menitiskan air mata.

"Abah kemas-kemas barang Mok tadi kat dalam bangsal ni. Abah jumpa gambar-gambar lama dia, gambar-gambar lama keluarga kita. Baju Long yang Ma jahit masa Long kecil tu pun masih dia simpan. Ada bahagian yang da reput pun. Kain barut perut pun masih ada lagi."

Aku terkilan, tahun lepas, hajat ke Kelantan tidak dapat ditunaikan. Hari terakhir aku bersamanya, dua tahun lepas. Selama tidak sampai 12 jam. Sempat tidur sejenak di bangsalnya walaupun matahari terik waktu itu. Risau Mok melihatkan aku boleh terlena dalam kepanasan. Kami sempat berjalan bersama-sama membeli ayam percik. Aku sempat dibawanya berjumpa kawan-kawannya. Gembira dia memperkenalkan aku, "Inilah Long, waktu kecil dulu yang ambo dok dukung ke hulu ke hilir."

Selepas pertemuan itu, Mok pernah datang ke Port Dickson. Kami pernah berbicara dalam telefon. Namun atas faktor Mok tidak dapat menangkap bahasa Melayu baku yang aku perkatakan, perbualan itu sukar diteruskan.

Allahu akbar. Pantas masa berlalu. Hari-hari terakhir Mok tanpa aku di sisi. Alhamdulillah, Abah, Ma dan Deq Ira sempat melawat sehari sebelum Mok menghembuskan nafas yang terakhir. Alhamdulillah. Mok lalu makan, dan nampak gembira. Cuma sayangnya, tengahari Mok meninggal, keluargaku telah pulang ke Port Dickson pada pagi itu. Jangkitan dari tulang kaki yang patah telah sampai ke peparunya.

Hari itu, aku tidak merasa sesuatu yang pelik. Cuma kegusaran yang aku rasakan berpunca dari faktor lain. Namun, entah kenapa, hari itu aku sangat ingin membaca surah Yassin. Rupanya pada waktu yang sama, jenazah Mok sedang dikebumikan. Allah,  hebatnya percaturanMu.

Moga Mok tenang bersemadi. Kau ringankan hisabnya ya Allah. Moga amal jariah dan baktinya pada keluargaku menjadi pelindung buatnya. 


Daripada ‘Auf bin Malik, dia berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mensolatkan satu jenazah. Dia pun menghafal di antara doa baginda, yakni baginda mengucapkan:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ

وَنَقِّهِ مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ

وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ

وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ.

Maksudnya:
Ya Allah, berikanlah ampunan kepadanya, sayangilah dia, maafkan dan ampunilah dia, muliakan tempatnya, luaskan tempat masuknya, serta mandikanlah dia dengan air, salju dan embun; bersihkanlah dia dari kesalahan-kesalahan sebagaimana baju putih dibersihkan dari kotoran; berikanlah dia pengganti tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya; masukkanlah dia ke syurga serta lindungilah dia dari azab kubur (atau azab neraka)
Dia berkata (yakni ‘Auf): Sampai aku berharap seandainya aku yang menjadi jenazah tersebut. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Janaaiz, no: 963.



"Verily, my solah, my sacrifice, my living, and my dying are for Allah, the Lord of all that exists." Nur Suhaila Zulkifli Nottingham. 

4 comments:

Ahn Dee (Asyandi) said...

tabahkan hati. post ini sgt menyentuh hati sy. teringat kpd arwah nenek yg telah pergi sekitar 4 tahun lalu.. dua org nenda meninggalkan dlm tahun yg sama. sorg meninggal mengejut tanpa sakit2 berat. sorg lagi meninggal akibat kencing manis yg sempat membuat beliau buta.. namun, ketika beliau buta, beliau masih mampu mengecam cucunya ini dlm diam.. subhanallah..

maaf skdr ingin berkongsi cerita jua..

semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama yg beriman.

wallahu a'lam.

su_zul said...

Salam andi..

Jzkk awak.. Moga perjuangan yang kita sedang galas sekarang paling tidak, dapat menjadi payung ke syurga buat mereka yang telah pergi..

Anonymous said...

salam ziarah akak

tahziah. smga arwah ditempatkan di kalangan orang2x yg beriman dan beramal soleh. al-fatihah

su_zul said...

Salam erma:)

Jazakumullahu khair, dik..

Doakan moga kita yang masih hidup tidak gugur dalam perjuangan ni, insyaAllah..

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...