One of my favourites in understanding how women and men think. Another must-digest besides Men from Mars, Women from Venus for those who are dealing with the opposite gender. It's hilarious, isn't it? LOL!
Kompleks sifatnya agar ia mewarnai kehidupannya, menambahkan seri pada orang-orang di sekelilingnya, juga menimbulkan ombak-ombak ujian pada mereka. Tiada ujian, maknanya kita mati ;p Haks..
Hidup ada pasang surutnya, seperti turun naiknya bacaan HCG ini. Kalau tiada duka dan suka, kita mati.. Titttt....
Kompleksnya jasad dan kitar yang berlaku dalam tubuhnya pula membuka ruang kepada si suami untuk menjadi lebih pandai dari si isteri. Memberi peluang kepada suami untuk mendidik isteri. Tinggi mana pun ilmu si isteri, dia tetap tulang rusuk yang bengkok.Ada yang kurang, tidak dari sudut kefahaman agamanya, mungkin kurang pada amalannya, mungkin juga kurang pada rasionalnya.
Fiqh Wanita
"Perempuan ni nampak je pandai, tapi sebenarnya mereka tak delah tahu sangat. Lelaki kena gak tahu pasal hal diorang," kata-kata seorang sahabat, seorang ustaz dan suami kepada seorang ustazah. Saya setuju. Sangat setuju.
Bila bercakap soal haid, istihadhah, nifas dan sewaktu dengannya, walaupun wanita selalu mengalaminya, masih akan ada persoalan yang timbul. Timbul kerana 'kes istimewa' contohnya. Jadual kitar haid tidak mengikut seperti biasa. Lalu si wanita itu panik. Kadang-kala, kalau yang lambat kedatangan haid, boleh pula cemas, "Eh, aku mengandung ke apa?!" Risau tidak bertempat sedangkan dia masih dara..
Itu perlunya si suami belajar juga berkenaan fiqh wanita ini. Wajib si suami menjawab andai si isteri bertanya soal ini. Jika suami tidak mampu, maka perlu dihantar isteri untuk menuntut ilmu tersebut. Indahnya menjadi wanita dalam Islam, akan ada pelindung dan penyelamat kita sepanjang masa. Juga bahayanya wanita kerana dia boleh mengheret lelaki-lelaki di sekelilingnya ke neraka. Jadi, wahai wanita, janganlah susahkan ayah anda, adik dan abang lelaki anda, suami anda dan heret mereka ke neraka. Kita pun perlulah mantapkan diri dengan ilmu..
Dalam mendalami perihal fiqh wanita, ia seperti memperhalusi fiqh-fiqh ibadah yang lain. Banyak pandangan dan banyak pentafsiran ulama'. Usahkan pandangan berbeza antara 4 mazhab utama, malah ada ulama' yang turut menilai dengan kritikalnya (baca: bukan kritik) pandangan satu sama lain. Itulah orang yang tinggi ilmunya. Perbezaan pendapat dirai. Tidak taksub dengan pandangan sendiri.
Soal fiqh ini perlukan kefahaman. Usul fiqh perlu didalami terlebih dahulu sebelum mahu bertaqlid (mengikut sepenuhnya) atau berijtihad (memilih pendapat mana yang mahu diikuti setelah dikaji). Bak kata Dr Asri, tegas dalam aqidah dan terbuka dalam ibadah.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
إِذَا حَكَمَ الْحَاكِمُ فَاجْتَهَدَ ثُمَّ أَصَابَ فَلَهُ أَجْرَانِ وَإِذَا حَكَمَ فَاجْتَهَدَ ثُمَّ أَخْطَأَ فَلَهُ أَجْرٌ
Maksudnya: Apabila seorang hakim itu menghukum lalu dia berijtihad kemudian menepati kebenaran, baginya dua pahala. Dan apabila dia menghukum lalu dia berijtihad kemudian menyalahi kebenaran, baginya satu pahala. (Sahih al-Bukhari)
Namun, apa yang saya lihat, di Malaysia, ramai yang taksub pada mazhab Imam Shafie. Bukan taksub, tapi tidak berdiplomasi dalam mengamalkan pandangannya. Lantas, menimbulkan fitnah ke atas mazhab itu sendiri. "Wanita ke masjid tak boleh." Ok, boleh terima.. "Tapi ke majlis kenduri, jalan-jalan, boleh." Erk?!
Kehidupan saya 4 tahun di luar negara menuntut saya untuk sering berijtihad. Kaji dahulu sesuatu perkara itu, sebelum memilih pandangan mana yang mahu diikuti. Contohnya, berkenaan jamak solat Isyak dan Maghrib ketika musim panas. Nak pilih cara solat bagaimana? Tunggu sehingga betul-betul masuk waktu Isyak pukul 12 tengah malam (yes, I'm serious!), atau terus solat Maghrib dan Isyak secara berturutan atau tunggu dulu selama beberapa ketika sebelum meneruskan dengan solat Isyak? Dah pilih nak ikut cara yang mana, tidak bolehlah pula paksa kawan kita ikut cara kita. Inilah dia warna warni dalam ibadah. Cantiknya Islam. Tidak memberatkan tapi jangan sampai terlalu dipermudahkan.
Bulan Mengambang
‘Aisyah berkata: “Sebaik-baik wanita adalah wanita Ansar, malu tidak menghalang mereka dari mempelajari agama.” (Hadis riwayat Muslim)
1) Haid atau istihadhah?
Kaedahnya mudah. Satu pegangan yang diguna pakai oleh agamawan.
متى رأت الدم فهي حائض ومتى طهرت منه فهي طاهر سواء زادت عن عادتها أم نقصت وسواء تقدمت أو تأخرت
“Apabila kelihatan darah, ia dikira haid. Apabila bersih daripada darah, ia dikira suci samaada lebih dari tempoh kebiasaan atau kurang, samaada terawal atau terlewat.”
Kaedah ini menyatakan tak kiralah haid itu datang dalam tempoh yang lebih lama atau lebih cepat atau kitarnya datang lebih awal atau terlewat dari biasanya, ia tetap haid sekiranya ada sifat haidnya. Benar. Saya sebagai seorang ahli biologi sedar, betapa kestabilan emosi sangat berpengaruh dalam menentukan pasang surut hormon wanita itu. Dan kitar haid adalah berkait rapat dengan rembesan hormon.. Emosi tidak stabil mudah sahaja menjejaskan kitar haid.
"Pada asalnya setiap darah yang mengalir keluar dari rahim adalah darah haid sehinggalah ada bukti yang menunjukkan ia adalah darah istihadah. Apa-apa darah yang keluar ialah darah haid jika tidak diketahui bahawa ia adalah darah istihadah atau luka."- Syeikhul Islam Ibn Taimiyah dalam al-Risalah fi al-Asma’ allati ‘Alaq al-Syar‘i al-Ahkam biha, ms. 36 & 38.
2) 15 hari haid, 15 hari suci
Diriwayatkan Imam Ahmad juga berpendapat: "Tiada had dalam sekurang-kurang suci. Selama mana tidak keluar darah, maka itulah tempohnya."
Ibn Taimiyah pula memberi pandangan: "Dari apa yang dikenali sebagai haid, Allah telah kaitkan dengannya beberapa hukum dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Allah tidak menentukan baginya tempoh masa minima dan tempoh masa maksima. Allah juga tidak menentukan tempoh masa suci antara dua haid. Sedangkan perkara-perkara ini adalah umum terhadap umat dan mereka berhajat untuk mengetahuinya.
Dari sudut bahasa, ia (al-Qur’an dan al-Sunnah) tidak membezakan antara satu tempoh dengan satu tempoh yang lain. Maka sesiapa yang menentukan satu tempoh tertentu maka sesungguhnya dia menyalahi al-Qur’an dan al-Sunnah," ujarnya dalam al-Risalah fi al-Asma’ allati ‘Alaq al-Syar‘i al-Ahkam biha, ms 35.
Kaedah lain menyatakan:
إذا انقطع الدم يوما وليلة فأكثر بين أيام الحيض فهذا طهر, وإن انقطع أقل من يوم وليلة فالدم في حكم الحيض
Maksudnya: “Apabila darah berhenti sehari semalam atau lebih diantara hari-hari haid, ia dikira suci. Jika berhenti kurang dari sehari semalam, maka darah yang keluar dikira darah haid.”
2) Sifat haidnya:
Menurut ulamak; warna-warna darah haid ada lima, iaitu (hadir mengikut urutan); hitam, merah, asyqar (warna antara merah dan kuning), kuning, keruh.
Kaedah ketiga:
Disclaimer:
Saya bukan ustazah meskipun mengajar di sekolah tahfiz. Belum lagi punya ijazah dalam Pengajian Agama, meskipun pernah menuntut secara terus dengan ramai ilmuwan Islam terkemuka tanahair. Namun saya tahu, syurga bukan tempat untuk ustaz ustazah semata. Ilmu agama perlu dituntut sehingga mata terpejam.
Sumber:
1) Fekah Taharah Wanita: recommended reading
2) Masa Haid dan Tempohnya: suka cara Kapten Hafiz Firdaus mengkaji ilmu tersebut. Very insightful.
3) Haid 15 Hari, Adakah Suci Juga 15 Hari?
4) Darah Haid
"Verily, my solah, my sacrifice, my living, and my dying are for Allah, the Lord of all that exists."
Nur Suhaila Zulkifli
Port Dickson.
Menurut ulamak; warna-warna darah haid ada lima, iaitu (hadir mengikut urutan); hitam, merah, asyqar (warna antara merah dan kuning), kuning, keruh.
Kaedah ketiga:
الصفرة والكدرة إذا كانت في أثناء زمن الحيض أو متصلة به قبل الطهر تكون حيضا
“Kekuningan dan kekeruhan jika datang ketika masa haid atau bersambungan dengan masa haid sebelum suci ia dikira sebagai haid.”
Disclaimer:
Saya bukan ustazah meskipun mengajar di sekolah tahfiz. Belum lagi punya ijazah dalam Pengajian Agama, meskipun pernah menuntut secara terus dengan ramai ilmuwan Islam terkemuka tanahair. Namun saya tahu, syurga bukan tempat untuk ustaz ustazah semata. Ilmu agama perlu dituntut sehingga mata terpejam.
Sumber:
1) Fekah Taharah Wanita: recommended reading
2) Masa Haid dan Tempohnya: suka cara Kapten Hafiz Firdaus mengkaji ilmu tersebut. Very insightful.
3) Haid 15 Hari, Adakah Suci Juga 15 Hari?
4) Darah Haid
"Verily, my solah, my sacrifice, my living, and my dying are for Allah, the Lord of all that exists."
Nur Suhaila Zulkifli
Port Dickson.
No comments:
Post a Comment