Thursday, 16 July 2015

Apa Ada Pada Bahasa

Salah satu perkara yg terindah tentang Al-Quran adalah pada keindahan bahasanya yang tiada tandingan sedangkan ia turun di zaman Mekah yang tika itu dipenuhi dengan penyair Arab tersohor. Hadis sendiri, meski tak mampu menandingi Al-Quran, setiap lafaz baginda saw umpama butir berlian yang menerangi alam. Hatta,para alim ulama sendiri ramai yg mengeluarkan kenyataan yang indah yang kerap dirakamkan untuk menjadi mutiara kata. Ramai tokoh Islam yang lain pula menguasai banyak bahasa.

Maksudnya di sini,kelebihan menuturkan bahasa yang indah, bermakna dan tidak mencerminkan kejahilan adalah salah satu budaya teragung dalam sesebuah agama. Apatah lagi Islam.

Andai tidak mampu mengatur bait-bait kata yang puitis, cukuplah sekadar kita menggunakan bahasa yang difahami dan diiktiraf: mengeja dengan ejaan yang sempurna dan tidak mencaca-merbakan bahasa. Caca-merba yang mana Bahasa Inggerisnya tak dieja betul seperti wujud pada zaman tiada tamadun , Bahasa Melayunya pula langsung tidak wujud maksudnya. Sudahlah kita sekadar berbangga dengan dua bahasa ini sahaja, sedang penguasaan kedua-duanya entah ke mana. Bahasa Arab? Tertunduk malu kita untuk mengaku Muslim yang tidak memahami bahasa Arab.

Berbahasalah dengan bahasa yang mencerminkan keindahan, bukan kejahilan.

Again, it just the matter of sensitivity. How we really care to follow the footsteps of the Messenger and solafus solih in using languages.

Antara 'sunnah' mereka adalah kebolehan berbahasa. Kita? Masa bila pula kita akan capai sampai ke tahap kata-kata kita menjadi mutiara berharga untuk simpanan umat manusia?

"Verily, my solah, my sacrifice, my living, and my dying are for Allah, the Lord of all that exists."

Nur Suhaila Zulkifli
Port Dickson.

No comments:

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...