Bak kata Shamsul Yusof dalam lagu Kalah Dalam Menang, "Islam kata, kalau nak kaya, kena banyak keluar duit."
"Sedeqah, amal jariah," Mawi menyampuk.
****
Alhamdulillah, pak guard Bank Islam Masjid Tanah tak pernah sekat orang mencari rezeki di depannya. Dan tak halang orang meraih pahala dengan memberi kepada mereka yang memerlukan.
Cerita beberapa hari lepas, waktu buat urusan bank untuk klien unit trust saya.
"Dik, ikan masin dik. Beli dik.. Ni je yang pakcik boleh buat, dik." Seorang pakcik tua kelihatan duduk di tangga di hadapan bank. Di sisinya, ada satu beg besar berisi ikan masin.
Alhamdulillah pakcik ini masih berusaha, dengan kudrat yang berbaki. Berusaha berniaga, bukan mengharapkan sumbangan ihsan semata.
Selesai urusan di bank, saya beli ikan masin pakcik itu. Selebihnya disedeqahkan. Tutup mata dengan baki dalam dompet yang tinggal. (Sebenarnya duit itu pun, suami yang bagi, bila tahu duit gaji bini dia tinggal RM100 lebih je. Hu3)
In shaa Allah, Allah akan bagi rezeki lain pada saya dengan cara lain. Rupa-rupanya memang ya.
Selang beberapa hari selepas itu..
"Su, saya nak simpan RM10 ribu dalam unit trust," kata klien A.
"Su, nanti duit tu (RM10 ribu) masukkan dalam PIDF ya," kata klien B.
"Alhamdulillah, saya da buka akaun PIOF dengan duit RM10 ribu encik," kata saya pada klien C.
Ya, hari Jumaat lepas, memang saya diamanahkan menguruskan simpanan 3 orang klien saya, yang berjumlah RM30 ribu. Hati berdebar sebab tak pernah uruskan duit sebanyak itu dalam masa sehari. Dalam keadaan saya yang baru menjadi ejen unit trust untuk 3 bulan. Dan saya tak pernah menyangka, it will be that much. Memang rezeki turun dari langit!
Yang saya hulur pada pakcik itu bukan 1/700 pun dari apa yang Allah kurniakan pada saya selepas itu. Allahu akbar..
Betullah, sedeqah itu pembuka pintu rezeki..
Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui”. (Surah Al Baqarah: 261)
P/s: Gambar ikan masin tu, bukan ikan masin yang saya beli. Ni dari Fb salah seorang seller emas favourite saya. Bos Kamal Ariffin, pinjam gambar yo^^
#celikharta
#hartaduniasahamakhirat
#sayaperundingunitamanahberlesen
No comments:
Post a Comment