Wednesday, 16 August 2017

Kematian yang Menghidupkan

Susuk tubuh ini bukan ada pertalian darah pun dengan saya. Bukan juga pernah mengajar atau mendidik saya sewaktu saya belajar.

Namun saya belajar erti kehidupan dari beliau.

Percaya pada rezeki yang telah tertulis untuk setiap hamba.

Percaya pada yang Pemberi Kurnia Rezeki, sentiasa ada ganjaran untuk mereka yang berusaha lalu bertawakal.

Percaya apa yang kita buat untuk Islam tetap dipandang oleh penduduk langit, walau ada penduduk bumi mencerca.

Percaya tinggi mana pun kedudukan dan ilmu kita, kita perlu sentiasa merendah diri. Tiada salah bertanya pendapat mahupun saranan pada orang yang lebih muda.

Ya, itu ikatan antara kami. Bukan ikatan persaudaraan kerana darah. Tapi kerana ikatan persaudaraan kerana ukhuwah Islamiyah.

Dan saya percaya ramai lagi yang rasa begitu dekat dengan allahyarham Ustaz Khairi Zainuddin. Hingga hampir setahun berlalu pun, didikan beliau, tazkirah beliau, seloroh beliau masih terngiang-ngiang.

Masha Allah, hampir setahun telah berlalu, namun allahyarham masih memberi manfaat pada ummah. Fb beliau terus hidup dengan perkongsian-perkongsian berguna.

Benarlah, tak perlu jadi maksum untuk jadi baik.

Alfatihah untuk allahyarham. Moga kami juga dapat hidup di dunia sebagai manusia berguna dan mati juga masih menjadi manusia berguna. Just like you, ustaz.

Antara kenangan manis, ustaz suruh saya bercakap dengan beliau dalam bahasa Inggeris. Dan beliau memang bersungguh speaking dengan saya walaupun bahasanya ke laut. Huhu..

Inilah manusia bernama Ustaz Khairi, seorang murabbi..

Nota kaki: Ini adalah post terakhir ustaz sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4 petang.

#tengahnangiskattempatkerja2

No comments:

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...