Tuesday 27 February 2018

Belajar dari Fateh

Fateh: "Ummi, syeronok mainnn.."
Ummi: "Oh, Ateh main apa?"
Fateh: "Tunjuk obot (robot).."
Ummi: "Ateh tunjuk robot kat sapa?"
Fateh: "Kat tawan-tawann (kawan).."

Keletah dia bercerita situasi di taman permainan tadi. Sedangkan hakikatnya Ummi tahu, kawan-kawan tu tak berapa nak 'masuk' pun dengan Fateh. Dari awal Ummi memerhati. Tapi tak boleh salahkan kanak-kanak yang ada itu.

Mana taknya, mereka yang lain sudah biasa berkawan sesama mereka. Satu sekolah. Fateh entah dari mana muncul, datang nak join mereka. Jadi kehadiran Fateh memang tidak begitu dihiraukan.

Cuma ada satu saat, Ummi perhatikan, ada seorang yang turut menunjukkan robotnya pada Fateh. Hanya untuk 3 minit interaksi mereka. Tapi Fateh cukup terhibur. Sepanjang perjalanan pulang, dia bercerita seronoknya petang tadi.

***
Betapa terhiburnya Fateh dengan sekelumit detik interaksi itu cukup menjentik hati Ummi.

Betapa anak ini begitu polos. Mereka begitu mudah mensyukuri apa yang ada. Walau itu hanya secebis nikmat.

Betapa besarnya jiwa mereka. Ditolak dipulau pun, masih datang rasa ingin mendekati. Tiada dendam mahupun amarah berbekas dalam hati.

Sungguh, anak ini membawa peringatan dari Allah. Mengingatkan kita tentang erti hidup sebagai hamba.

No comments:

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...