Things They Don’t Teach in Medical School

Monday, March 23, 2009 Posted In Edit This 0 Comments »
Tak silap saya, ini pertama kali Symposium ini tidak diadakan di hotel. Perjalanan masuk ke Hebden Hey Scout Camp sangat menyeramkan (lebih kurang macam pelajar perubatan juga la kot, unexpected..Hehe..) Kanan, gaung yang tiada tembok. Kiri, batu-batu bukit yang besar. Alhamdulillah, selamat juga kami sampai ke destinasi setelah 3 jam bermusafir menaiki keretapi.

Perhentian kecil Hebden Bridge, West Yorkshire

Memandangkan kami sampai dalam pukul 12 tengah malam di sana, kami terlepas kisah hidup Prof. Dr Amaluddin, pengasas IMAM dan merupakan pensyarah di Cyberjaya University College of Medical Science. Tetapi, berdasarkan penceritaan teman baru, Prof Amal telah mendirikan rumahtangga dengan seorang doktor juga. Wow.. Dahsyatnya.. Kedua-danya amat sibuk tapi masih mampu melaksanakan baitul muslim (keluarga) yang berjaya.

Keesokan harinya, kami menjelajah keindahan salah satu ‘syurga dunia’. Memang sangat cantik. Rindu pula pada sungai di kampung halaman. Masih belum tercemar. Masa diperuntukkan untuk jungle trekking dirasakan sangat singkat. Masih banyak memori kad yang kosong.

SubhanaAllah, indahnya ciptaan Tuhan

Saya kira, rata-rata peserta IMAM (Islamic Medical Association of Malaysia) 09 Symposium tidak menyedari yang saya dan Dijah menyamar menjadi pelajar jurusan perubatan. Namun, yang pastinya, mereka agak pelik bila kami asyik menyebut berkenaan fungi, bacteria E. Coli, dan stem sewaktu  mereka bercerita tentang salur darah yang berada di tangan dan muka. 

Seramnya pelajar perubatan ni.. Mesti mereka penat menghafal setiap pembuluh darah dan pelbagai macam penyakit. Mana tidaknya, sedang berjungle trekking, masih sempat buat kuiz dan soal jawab. Berimiah.

Seronok juga bila kita menjelajah dunia lain selain yang biasa kita lalui. Mujur, kami pelajar Biologi agak terdedah dengan apa yang pelajar perubatan belajar (boleh bayangkan bilangan kerutan di dahi pelajar Mathemathics jika mereka berada di siniJ). Jadi, tak terlopong la kami sewaktu Dr. Alhady Alfian bercerita mengenai suturing (jahitan). Sempat juga melakukan praktikal menjahit getah (ala-ala kulit manusia). Tapi, memang tak lepas dan agak sukar , mungkin kerana saya kidal. Hehe.. Ada hikmahnya mengapa saya tidak mengambil Biomedic di USM dulu.

Bila mendengar tajuk ceramah seterusnya: Islam & Medicine- 2 Different World oleh Dr Alfian, hati tertanya-tanya, apa yang membezakan dan apa yang menyamakan. Hakikatnya, tiada perbezaan. Perubatan seiring dengan Islam. Kedua-duanya punya definisi mati yang sama (apabila stem otak mati- dipantau melalui ujian klinikal), kedua-duanya membenarkan pemindahan organ dan punya prinsip yang sama untuk menentukan sama ada mahu meneruskan atau tidak alat bantuan untuk terus hidup (tidak boleh selagi pesakit masih punya harapan). Islam dan perubatan kedua-duanya membenarkan bedah siasat( post mortem) dijalankan dengan alasan yang kukuh, misalnya, untuk mengetahui punca kematian.

Ustaz Erfino Johari, yang datang dari Malaysian Students Department (MSD), London memang tidak pernah gagal meriuhkan suasana. Beliau merujuk dari buku Fiqh Awlawiyat tulisan Dr Yusoff al-Qaradawi.Prinsip Islam dalam Fiqh keutamaan ini ialah dengan mementingkan kualiti dari kuantiti.

Memang banyak di antara orang-orang yang bersekutu itu berbuat zalim kepada yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan, dan hanya sedikitlah mereka yang begitu. (Surah Sad:24)

Keutamaan diberikan pada ilmu dari amal (surah muhammad:19), fahaman dari hafalan( surah at-taubah:122), memahami maqasid (tujuan, hikmah) dari berpegang pada zahir nas semata-mata (surah al-A’raf:54) dan keutamaan berijtihad dari bertaqlid (surah al-Isra’:36).

Malamnya, Prof Amal bercerita mengenai cita-citanya ingin membina An-Nur University Hospital di Putrajaya. Kos pembinaan memang tinggi (tambah-tambah lagi di Putrajaya..Jika outing di Alamanda, memang boleh mengeringkan poket pelajar SSP dan SAS). Namun , bak kata beliau, dalam merencana, utamakan cara terlebih dahulu. Budget boleh fikir kemudian kerana sentiasa ada pintu rezeki Allah pada orang yang berusaha di jalanNya.

Hari yang terakhir, Dr Alfian menjelaskan tentang Extreme Medicine. Bagaimana seorang doktor itu perlu bekerja di persekitaran yang ekstrem, seperti ketika bencana gempa bumi, tsunami dan tidak terkecuali di Palestin. Kiranya, menjelaskan konsep Mercy Malaysia bekerja dan mengendalikn situasi yang boleh membahayakan nyawa mereka sendiri.

Tertarik dengan kata-kata Prof Amal sewaktu kuliah Subuh (maaf, tidak tahu dipetik dari mana):

3 types of individual

-one who makes things happen

-one who watches what happen

-one who wonders what happened

Sumber: nota


Share/Bookmark

Yahudi& Zionis- Berbeza?

Friday, March 20, 2009 Posted In Edit This 1 Comment »

Da lama juga rasanya I-Soc tak menganjurkan ceramah setelah Islam Awareness Week. Ke saya yang jadi ignorant, tak ambil tahu pasal ceramah yang telah pundiatur? Moga tidak.. Aminn..

Sebut pasal ignorant, sewaktu mengedarkan fliers ceramah Unity: Against Racism and Zionism, salah seorang yang menyambut huluran saya berhenti seketika.

A: What this talk is all about? Zionism.. Sounds interesting.

Saya: They want the people aware about the truth of Zionism.(pandai-pandai je saya menghentam jawapan..hehe..sebenarnya saya sendiri pun tak tahu talk ni akan cerita pasal apa).

A: Oo..alright,then. Just wondering.. I disagree with what they have done today to the people in Palestine. However, the truth is, I believe I am a Zionist.

Saya: Em,I can’t give you any opinion about this. So, hopefully you may come to this talk.

Saat itu, saya dan Dijah saling berpandangan. Apa maksud lelaki itu? Ada tanda soal bermain di fikiran kami. Keinginan ke ceramah itu semakin membara.

Sayang, saya tidak ketemu dengan ‘Pak Cik Comel’. Seronok melihat dia bertanya soalan semasa Islam Awareness Week tempoh hari. Rumah kata pergi, kubur kata mari,. Namun, itu bukan penghalang untuknya terus mengejar kebenaran.

Memang saya sudah punya mind set yang kali ini, penceramahnya bukan Muslim. Rabbi Ahron Kohen, seorang Orthodox Jew dan John Rose, pengarang buku The Myths of Zionism. 2 orang Yahudi yang berbeza tahap pegangan agamanya. Seorang agak ‘alim’, yang seorang sekular. Persamaan mereka, kedua-duanya menyatakan:

-Zionism is not a part of Judaism because it does not exist at the same time with Judaism. Zionist attack the secular Jewish who didn’t know (became ignorant) about their own Jewish’s identity.

-It’s quite ferocious to hear self-eating Jews.

-Zionists said: We didn’t believe God. (but how can they say, God give them land?)

-It’s true, in our religion (Jewish), we were given the Holy Land (Palestine) , but it should be under religious way.

Tersentuh bila mendengar jawapan dari kedua-da penceramah bila Atiq Hamid menanyakan pendapat mereka jika institusi khilafah Islam akan tertubuh semula sepertimana yang telah dijanjikan.

Rasulullah bersabda:
"Di tengah-tengah kalian terdapat zaman kenabian, atas izin Allah ia tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak. Kemudian akan ada Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian. Ia ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) yang zalim (zaman Malikun A’adhun); ia juga ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya.

Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) diktator yang menyengsarakan (zaman Malikun Jabariyah); ia juga ada dan atas izin Allah akan tetap ada. Selanjutnya akan ada kembali Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian". beliau kemudian diam.           (HR Ahmad dan al-Bazar)

“We will accept if there will be an Islamic state because we know, Islam always lets the minority to live peacefully with them.”

Alangkah baiknya jika kedua mereka adalah Muslim. Berjuang bersama menyampaikan kebenaran ini. Mereka sendiri mengakui, usaha mereka ini masih mendapat tentangan dari kaum mereka sendiri, namun mereka sedang berusaha.

Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik.            (Surah Ali Imran:110)




Sumber: nota

p/s: Ada sesiapa tahu hadis al-Umara’@ hadis Huzaifah di atas yang lengkap? Saya berusaha mencari, tetapi enggak ketemu..:(

Oh ya.. Ucapan ini ditujukan khas kepada Yna, Izreena, Fatirul dan L yang menyambut hari lahir serentak. Penat kami rancang supaya ia menjadi surprise party.:)

 


Share/Bookmark

The Busy Woman

Friday, March 20, 2009 Posted In Edit This 0 Comments »

Wah, da lamanya tak menulis kat ruangan ni.. Sibuk? Bak kata kak Syiqeen, saya ni busy woman. Da habis dengan tugas sebagai Coordinator Dining Mnite NMS, jadi Coordinator Performance untuk Sister’s Ball Islamic Society pula (berjinjing bahu dengan Dijah).

Esoknya selepas Sister’s Ball berakhir, ada ujian Gene and Cellular Control (Practical). Petangny pula, Annual Grand Meeting NMS. Alhamdulillah, saya dapat harungi semua ini dengan bantuan para sahabat. Tanpa anda, siapalah saya. Mana mungkin, kaki saya masih mampu melangkah menuju matlamat yang saya mahu gapai dengan masa yang sentiasa mencemburui tanpa kata-kata perangsang dan bantuan dari bentuk fizikal, masa dan idea. Terima kasih!

Tiada  kata yang mampu diucapkan (ni bukan dipetik lirik lagu k..memang datang dari hati) untuk menggambarkan betapa saya menghargai jasa kalian. Walaupun adanya di kalangan kalian yang tidak menyedarinya,sperti orang rumah saya: ‘Kami tak wat papa pun. (loghat Kedah)’,ketahuilah saya sangat tersentuh dengan sokongan itu. Terima kasih! ^_^

Diharap, apa saja yang saya lakukan beroleh teguran yang membina dari teman-teman. Saya bukan manusia yang sempurna tapi sentiasa berusaha ke arah kesempurnaan seorang hambaNya. Moga dengan kehadiran saya dalam organisasi NMS,mencorakkan lagi warna ukhuwah di kalangan ahli. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Amin..




Share/Bookmark

Sisters Annual Ball 2009

Tuesday, March 17, 2009 Posted In Edit This 2 Comments »
Assalamualaikum wbt..
Kepada semua ‘mawar-mawar’ Nottingham, dijemput memeriahkan Charity Ball hari ini, 17 Mac bermula pada pukul 6.30 malam hingga 10 malam di Ballroom, Portland. Tiket boleh didapati dari Bushra atau Nadia I-Soc dengan harga £10.

1)Aturcara majlis:
6.45 malam: Bacaan Al-Quran dari Sister Fullah
7.00 malam: Persembahan (nasyid)
7.15 malam: Tayangan video amal
7.30 malam: Persembahan (tarian tradisional, nasyid, dan dikir barat)
8.00 malam: Makan malam (buffet)
9.10 malam: Pertunjukan fesyen dan ‘auction’
10.00 malam: Majlis tamat


2)Setakat ini, yang telah pun menawarkan diri untuk membantu:
Dining Team: Kak Afiqah, Kak Mira, Kak Asmaa’, Jan, Fatin, Nadiah, Kak Lina
Welcoming Team: Kak Syiqeen, Yna, Nabilah, Atiqah, Jihah


Diharapkan semua sukarelawan (terima kasih banyak-banyak^_^) dapat datang ke majlis tersebut dengan seberapa ‘pantas’ yang boleh (sebelum pukul 6.30 petang).

3) Minta bantuan: Sesiapa yang lapang pada pukul 12 hingga 4 petang ini, diharapkan dapat sama-sama membantu dalam persiapan tempat ‘kejadian’.

4) Moga segalanya berjalan lancar. InsyaAllah. Yang penting, niat kerana Allah. Semua hasil kutipan tiket akan disalurkan pada Noor Foundation yang memberikan khidmat dialisis percuma kepada pesakit diabetes yang tidak berkemampuan. Berhibur sambil bersedeqah.

Sebarang persoalan, boleh la hubungi saya atau Khadijah. Jazakumullah hu khairan kathira.Wassalam.

Unity Through Diversity

p/s: Diharapkan semua dalam kalangan kita dapat hadir ke AGM NMS 18 Mac ini, memberi sokongan dan undi buat para Muslim Malaysian. Demi kemaslahatan umum. Sesiapa yang belum mendaftarkan diri sebagai ahli NMS, sila berbuat demikian dengan segera.Ayuh!!^_^



Share/Bookmark

Islam Di Mana Jua

Saturday, March 14, 2009 Posted In Edit This 0 Comments »
Umpama menjadi seorang penceramah masyhur (aminn..), saya ingin menjawab persoalan seorang hamba Allah mengenai keadaan Muslim di luar negara, lebih tepat lagi di Nottingham. Selama hampir 7 bulan saya merantau, (yeah, tak lama lagi nak balik Malaysia) dan sepanjang pemantauan dan pemerhatian saya, umat Islam di bumi UK ini masih ramai yang mengamalkan cara hidup Islam. Kebanyakannya bukanlah orang Barat, tetapi yang berasal dari Pakistan, Afghanistan, Kashmir dan beberapa negara yang bergolak suatu ketika dahulu yang memaksa orang tua mereka merantau ke UK dan negara Eropah.

Alhamdulillah, masih ramai dalam kalangan mereka yang dididik dan diasuh dengan sebaik-baik ajaran Islam meskipun dibesarkan dalam suasana yang bisa mencarik iman yang senipis epidermis bawang. Tasbih, tahmid, ucapan salam dan pelbagai lagi kalimah suci sentiasa meniti di bibir mereka. Walaupun berlainan budaya, hati mudah dekat dengan mereka, khususnya Sisters dalam Islamic Society. Ada juga orang bukan Muslim pada asalnya, di sini yang memeluk Islam (embraced Islam). Islam adalah agama fitrah setiap makhlukNya. Jadi saya kira, perkataan ‘revert’ atau ‘convert’ kurang sesuai untuk mengalu-alukan kehadiran saudara baru itu.

Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara. (Surah al-Hujurat:10)

Namun, perkataan-perkataan itu bukan isu pokok. Kebebasan untuk bersuara dan bertindak di sini memang diaplikasikan sepenuhnya. Orang Islam boleh menghadiri ceramah tentang agama lain. Pelik? Bukan boleh rosak ke aqidah kalau datang ceramah orang Kristian@ masuk gereja? Berdasarkan pengalaman saya sendiri, mengetahui sedikit sebanyak tentang agama lain, membuatkan diri saya lebih dekat pada Maha Pencipta. Ketara, tiada agama lain selain Islam. Tiada Tuhan lain yang berhak disembah selain Allah, dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Kebebasan ini tidak ada di Malaysia. Sebab itu, isu pengharaman penggunaan nama Allah dianggap boleh mengancam aqidah umat Islam di Malaysia. Mengapa? Serapuh itukah iman umat Islam kita di Malaysia?

Jika di Malaysia, kita hanya nampak keperibadian seorang Muslim yang ada pada seorang Melayu, kebanyakannya. Adakalanya amalan Muslim itu sendiri bercampur-aduk dengan budaya Melayu. Tatkala saya bergaul dengan orang-orang Muslim lain di sini, saya sedar akan kepelbagaian fiqh dalam ibadah terutamanya. Contohnya, Mazhab Hanafi yang tidak boleh berimamkan wanita, walaupun makmumnya adalah wanita.

Para ulama silam pernah menyebut :

من لم يطلع على اختلاف العلماء لم يشم رائحة الفقه

Ertinya : Sesiapa yang tidak mengetahui perbezaan fatwa para ulama, maka mereka ini belum lagi mencium bauan ilmu Fiqh (apatah lagi Fiqh itu sendiri)

Sewaktu hendak berangkat ke sini, hati sangat gusar jika pegangan aqidah menjadi longgar lantaran aktiviti keagamaan yang disangka amat kurang di sini. Namun, saya 110% silap. Jika ada usaha, InsyaAllah pintu rahmat Allah akan kita jumpa. Sekarang, kami punya usrah, halaqah dan pelbagai ceramah agama, yang dianjurkan untuk orang Muslim secara umum dan orang Muslim Malaysia secara khusus.

Cuti Easter akan datang ini, sudah ada jemputan yang mengundang untuk menyertai aktiviti ala-ala Khemah Ibadah. Antara yang menarik, Khemah Ibadah yang menekankan profesion kedoktoran. Di Ireland, West Yorkshire mahupun di Republik Czech. Cuma antara mahu atau tidak sahaja. Saya teringat kata-kata sahabat saya : Time you have here are more than enough to just sit and study. Betul juga.. Maximise what you may gain here, for the sake of Allah.    

King of Kerry di Killarney, Ireland. Sewaktu mengikuti Perhimpunan Ukhuwah Insaniyah Seluruh Ireland(PUISI) 2008.

Harus diingat, seseorang Muslim itu sentiasa menjadi cermin pada Islam di mana sahaja dia berada. Kalau di Malaysia, tunjukkan keindahan Islam itu pada penganut Hindu, Buddha dan agama lain. Sama ada kita sedar atau tidak, mereka sentiasa memerhatikan kita. Mungkin ketidaksedaran itu berpunca dari bilangan mereka yang lebih kecil dari kita, tapi itu bukan alasan untuk kita membuatkan mereka punya perspektif negatif pada Islam. 

p/s: Apa khabar agaknya cendol Sutera Klasik yang diniagakan di Sheffield hari ini? Moga para pengusaha cendol masih bertenaga..^_^


Share/Bookmark

Bila Nak Insaf Ni?

Friday, March 13, 2009 Posted In Edit This 0 Comments »

Saya ingat lagi akan azam saya pada diri sendiri semester lepas. Tak mahu buat kerja pada saat-saat terakhir lagi sebab memang sangat semput membaca semua nota kuliah dalam masa 2 minggu sebelum peperiksaan Autumn Term. Da la masa bulan-bulan pertama berada dalam dewan kuliah, tak banyak ilmu yang saya dapat garap. Dengan suasana yang baru dan cuaca yang sejuk, mencengkam hingga ke tulang sumsum (bak kata kawan-kawan Medik, bone marrow..), memang sukar untuk focus. Masakan tidak, mata mudah terpejam, fikiran mudah merewang.

Old Market Square, Nottingham

Kalau pandang cikgu yang tengah memberi ilmu di hadapan, memang sampai boleh ‘tembus’. Mungkin kerana tidak berapa memahami apa yang diperkatakan. Accent (loghat) orang UK ni pelik sikit. Teringat lagi masa mula- mula nak telefon pak cik teksi, masing-masing tak nak menjadi orang yang menelefon. Lebih rela menghulurkan telefon dan kredit panggilan. Sebab kami takut asyik dok cakap ‘Pardon’, ‘Sorry’, atau ‘Can you repeat again, please?’ lantaran kerana loghat orang sini yang agak pelik sedikit.

Mujur, Alhamdulillah, keputusan peperiksaan pertama kami di sini yang Allah telah takdirkan terlalu baik. Lebih dari apa yang kami minta. Alangkah Maha Pemurahnya Ilahi. Bukan tak mahu aim high (punya cita-cita tinggi), tapi takut kecewa jika tidak mencapai target yang diharapkan. Saya hanya manusia biasa. Lantaran itu, sebaik sahaja habis menduduki kertas terakhir, saya berazam mahu belajar bersungguh-sungguh sejak dari peringkat awal. Bukan bila telur sudah di hujung tanduk. Sebab bila-bila pun ia boleh jatuh dan pecah tanpa dapat memberi sumbangan apa-apa.

Tetapi, bak kata Che Det (Dr. Mahathir), Melayu mudah lupa. Sebenarnya bukan Melayu sahaja yang mudah lupa, tetapi memang sifat manusia (an-nas) itu sendiri yang pelupa. Namun pelupa itu bukan satu penyakit yang tiada ubatnya. Muhasabah diri semula. Lantaran ‘keterlupaan’ itu, saya tidak dapat  mencapai target saya. Saya menghantar esei melebihi tarikh luput yang saya tetapkan untuk diri saya. Ish..ish..ish.. Bila nak insaf ni? Sedangkan belajar itu pun dakwah.

Moga orang-orang bukan Muslim di sekeliling saya tidak berpandangan negatif tentang Islam lantaran kekhilafan yang saya lakukan. Memang sulit juga untuk menjadi duta pada Islam dan Malaysia. Perlu betul-betul menjaga keperibadian dan pencapaian. Jangan putus asa. Berusaha untuk ujian hari Rabu ini! 

p/s: Sejuta penghargaan buat akak-akak yang sentiasa bertanya tentang progres esei saya..^_^ Really appreciate it.. Thanks a lot..


Share/Bookmark

Malaysian Night, Malam Kita?

Sunday, March 08, 2009 Posted In Edit This 12 Comments »
Kepenatan sudah mula dirasai sejak hari Khamis lagi. Hari itu, saya, kak Sya dan Kak Su pergi membeli-belah (yang sangat memenatkan) untuk persiapan makan malam Malaysian Night. Malam tahunan Nottingham Malaysian Society.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Tugas saya sebagai sukarelawan makan malam VIP juga berjaya dilaksanakan dengan bantuan para sahabat. Acara bermula dengan makan malam pada pukul 6.00 petang (sebenarnya da malam pun). Kemudian persembahan drama musikal pada pukul 8.00 malam hingga 10.30 malam.

Alhamdulillah, kami (para sukarelawan makan malam) sempat juga menonton drama. Para pelakonnya memang mantap, boleh menang Anugerah Skrin TV3. Tak sangka sungguh, Izreena and the gang berjaya memeriahkan babak Hari Raya. Amboi, Izreena.. Hang jadi Cik Combi naa.. Padan dengan Nana Kasssim.. Haha..

Babak pencak silat juga sangat menarik. Memang berjaya membuatkan banyak mata yang terpesona. Gerak langkah teratur dan jelas punya ciri kemelayuan. Bangga kerana silat dipentaskan di hadapan para penonton yang datang dari berbilang bangsa dan negara asal. Bak kata Hang Tuah, takkan Melayu hilang di dunia. Sangat-sangat suka dua babak ini- silat dan adegan hari raya. Mungkin kerana saya sendiri, yang sangat menggemari persembahan silat. Punya seni tersendiri.

Namun, ada banyak perkara yang perlu diperbaiki.

1)Soal hidangan makanan perlu lebih dititikberatkan. Senang cerita, makanan untuk semua hadirin dan sukarelawan perlu lebih mengenyangkan kerana kebanyakan manusia boleh menjadi Incredible Hulk bila lapar.

2)Pengangkutan para penonton dan sukarelawan juga perlu lebih teratur. Bukan bergantung pada bantuan orang lain. Moga tahun depan, lebih banyak lagi perbelanjaan yang akan diperuntukkan untuk bahagian logistik kerana £100 tidak mencukupi.

3)Pemakaian dan pergaulan para penonton dan pelakon juga perlu lebih sopan. Malaysian Night bukan malam parti dan bukan budaya orang Malaysia pun untuk berparti dan berpakaian menjolok mata. Setiap kaum di Malaysia punya adat yang menuntut kesantunan. Jujur saya katakan, malam semalam, cantik lagi orang yang ‘menutup’ berbanding orang yang ‘mendedahkan’. Saya kira, tidak perlu la memasukkan adegan keterlaluan yang sebenarnya tidak mencacatkan sedikit pun jalan cerita jika digugurkan dari babak lakonan, kerana sudah tentu kita tidak mahu orang Barat punya perspektif negatif tentang Malaysia.

4)Setiap perancangan perlu diselitkan Plan B. Seperti apa yang berlaku sewaktu makan malam para VIP, VIP membawa keluarga mereka bersama. Sedangkan tempat untuk VIP yang disediakan hanya 20 orang. Mujur kak Sya membantu kami menguruskannya dengan baik. So, always prepare for trouble.

5)Perlu ada AJK yang menguruskan harta benda NMS supaya tidak berlaku kehilangan barang dan pembaziran wang pound setiap kali aktiviti NMS diadakan.

Antara komen para hadirin:

1)Persembahan sangat mantap. Adegan menarik. Ada penonton yang menitiskan air mata(sangat menghayati..).

2)Waitress semua lawa-lawa. (yang ini, saya suka^_^)

Sekalung terima kasih saya hulurkan buat semua yang membantu. Terutama pada Kak Su, Kak Sya, Kak Reez, Dijah, Hana, Yna, Nab dan Pain. Terima kasih tak terhingga juga buat Nabilah dan Jihah yang hadir sebagai penonton tetapi punya jiwa sukarelawan. Terima kasih pada kak Zaffan, Batu, dan Justin kerana sanggup berulang-alik mengambil para sukarelawan dari East Drive ke King Meadow Campus(KMC) dan menghantar kami pulang ke rumah dengan selamat. Sekalung penghargaan juga buat semua yang menjayakan Malaysian Night 2009.

Moga aktiviti NMS pada tahun depan lebih menarik dan berjaya dari tahun ini. Malaysian Night adalah malam orang Malaysia. Malam untuk budaya Malaysia diketengahkan di kalangan penduduk United Kingdom, khususnya Nottingham. Malam untuk semua Malaysian di Nottingham saling bekerjasama. Jika kita mahu segala yang lagho dan haram dibanteras, kita perlu menjadi badan penggerak. Ikut serta dalam pembikinannya. Bukan seperti enau, yang melepaskan pucuk masing-masing.

Teringat saya suatu hadis sahih (maaf, tak tahu sumber).

Tugas melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar umpama belayar di atas kapal. Orang yang melaksanakan amar makruf berada di bahagian atas kapal manakala orang yang melakukan kemungkaran berada di bahagian bawah kapal. Apabila kehausan, orang yang berada di bawah kapal itu menebuk lubang untuk mendapatkan air laut. Jika orang yang melaksanakan amar makruf tidak mencegah orang-orang itu dari terus menebuk kapal (nahi mungkar), sudah tentu kedua-duanya akan karam. Kerana bala akan diturunkan pada seluruh kaum itu, sama ada beriman atau tidak.

Dan ingatlah, ketika suatu umat di antara mereka berkata, “Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?” Mereka menjawab,”Agar kami mempunyai alasan (mereka telah melaksanakan perintah Allah untuk memberi peringatan) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa. (Surah Al-A’raf:164)

Wallah hu alam.

p/s: Ada sesiapa yang berminat menjadi badan tertinggi NMS?^_^
Share/Bookmark

Cerita Pasal Maybank

Thursday, March 05, 2009 Posted In Edit This 2 Comments »
Sekadar melanjutkan mesej kepada semua:

----- Forwarded Message ----From: wan zamri wan hassan To: Notts Group Sent: Wednesday, March 4, 2009 4:10:34 PM

Subject: [NMC] PERHATIAN PENGGUNA MAYBANK ONLINE.. anda mungkin terima emel scam...

Kindly share this information with all your family members and friends. Lately there were numerous times these types of scam email have been received where the sender claimed from "MAYBANK' asking Maybank2U customers to login to Maybank2U through their email link.

Here it is shown that when you click the link, these websites will be displayed and if you just entered any username and password (DO NOT ENTER YOUR REAL USERNAME & PASSWORD) and also any TAC it will still move to the next page without notifying you had entered wrong login codes. If you enter the real username and password, they will used them to login to your account.

The best is in the last PAGE where they do not advise you to check on your account until 5.45pm , so that they got the time to CLEAR all your money.Please remind our family members & friends

Kisah benar: Akaun 'lebur' kerana perangkap e-mel hantu
sumber:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0926&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Ada beberapa tips yang boleh diambil untuk mengelakkan kejadian di atas berlaku:-

1. Polisi pihak bank tidak sesekali akan menghantar emel kepada anda supaya mengemaskinikan kata laluan (password). Sekiranya pihak bank meminta anda menukar kata laluan, ianya hanya dimaklumkan setelah anda log in ke dalam website tersebut.

2. Apabila anda klik pada pautan emel yang anda terima, pastikan alamat pada browser adalah alamat pautan yang betul. Cth: www.maybank2u.com.my adalah alamat yang betul, selain daripada alamat tersebut cth: www.maybank2u.org atau www.maybank2u.net.cc atau www.maybank2u.com.cc atau selain darinya adalah satu laman web scam.

3. Anda dinasihatkan supaya tidak terus klik pada link atau pautan pada emel yang anda terima bagi perkara-perkara yang melibatkan akuan bank atau apa-apa berkenaan dengan kewangan anda. Sebaiknya, anda menulis balik (bukan meniru balik) alamat laman web yang anda pasti pada browser.

4. Sepatutnya kalau emel diterima daripada Maybank mestilah alamat (cth:
http://uk.groups.yahoo.com/group/kampungnotts/post?postID=LR0P-TU92jAnu4MRI6MdTux0WywpnUSWMiAVWj6XPSuEcEbf--vXc8uymS4NLPMD7shkGRffldfddnFMG4UFckvy) mengikut alamat web itu sendiri. Adalah tidak profesional dan logik sebuah bank yang besar menggunakan laman web pihak lain dan yang pasti ianya adalah terang-terang laman web scam.

Jangan takut untuk melakukan transaksi online kerana ianya banyak memberi kebaikan cuma yang perlu adalah lebih berhati-hati. ....psst. .guna PC sendiri jgn guna PC public @ Cybercafe untuk membuat tranksaksi online.

p/s: Seronok dan memang memudahkan kerja pun kalau ada online banking ni. Tak perlu nak ke bank kalau nak 'transfer' duit. Itu kelebihan perbankan di UK. Tapi, keburukannya, nak buka akaun ambil masa sampai sebulan. Buka akaun ke bina bank ni? Ish...

Share/Bookmark

Dikejar Raksasa

Thursday, March 05, 2009 Posted In Edit This 3 Comments »
Mujur hari ini, kelas habis awal. Jadi kami terus pulang ke rumah, tidak singgah solat Asar di Portland. Sepanjang perjalanan, saya sibuk berbincang dengan Nadiah tentang perancangan untuk menjual kek bagi mendapatkan peruntukan Sister’s Ball.

Hanya tinggal kurang dari 500m dari rumah, saya pelik mengapa kawan-kawan yang berjalan di belakang memperdengarkan bunyi yang agak aneh. Pusing belakang, kelihatan muka mereka ketakutan. Seribu pertanyaan muncul dalam minda.

Bila saya pandang semula ke depan, nampak sesuatu yang macam biasa jumpa.

Saya dan makhluk itu saling berpandangan seketika. Kemudian, ia memandang beg plastik berisi bekal kami yang berada di tangan saya.

ARGHH!! Anjing! Apa lagi, lantaran ketakutan, kami berlari sekuat tenaga. Berpatah balik dan tidak melalui laluan pejalan kaki yang disediakan. Menyelusuri penghadang. Tak perduli pada mata- mata yang memandang. Berderet kereta-kereta yang tersangkut dalam kesesakan jalan raya tika itu. Al-maklumla, masa hampir ke pukul 5 petang.

Tetapi, usaha kami masih lagi tidak berjaya. Makhluk aneh itu masih lagi mengekori kami. Dalam erti kata lain, mengekori saya. Kenapa saya? Saya takut anjing! Pergi la.. Wa!!!

Kerana makanan yang saya bawakah? Saya mencampakkan plastik makanan itu. Mujur makanan tak berhamburan. Ya Allah, ampunilah dosaku kerana mencampakkan rezekiMu.


Takut yang saya hadapi tika itu, hanya Tuhan je yang tahu. Mujur hormon adrenalin masih lagi boleh berfungsi dengan baik. Tiba-tiba anjing itu hilang dari pandangan. Risau juga kalau-kalau anjing itu muncul kembali, tapi kerana telah kepenatan ‘berjoging’ tadi dan kemalasan untuk berpatah balik dan mengikut jalan yang jaraknya 10 kali lebih jauh (hiperbola melampau), kami meneruskan langkah kaki ke hadapan. Bertawakal sepenuhnya kepada Allah.

Sewaktu hendak ke selekoh berhadapan Silitoe Court, tiba-tiba makhluk aneh itu muncul kembali. Mulanya ia tidak perasan akan kami yang berada di situ, tetapi tiba-tiba ia berpaling dan mengejar Nadiah. Alhamdulillah, Nadiah selamat. Tiada kemalangan jiwa berlaku atau keperluan untuk samak (bulu anjing itu kering).

Sewaktu hendak menghantar Dijah pulang (khuatir jika anjing itu mengenalinya dan ingin berkejaran lagi dengannya), seseorang bertanya pada kami.

“Did you lose your dog?”

Ha? Tengok anjing pun kami takut, inikan pula mahu membelanya. Lagipun kami bertudung. Muslim. Alangkah tidak prihatinnya mereka. Kita tahu budaya mereka, kadang-kadang, terlalu mengkagumi artis Barat, tetapi mereka sedikit pun tidak perduli tentang kita. Adakalanya segelintir mereka tidak tahu pun tentang Malaysia.

Sepanjang perjalanan, sikit pun saya tidak dapat menahan diri dari ketawa. Ya Allah, berapa banyak ilmuMu yang telah keluar dari mindaku. Tapi, memang.. Malunya.. Semua orang memandang kami tadi. Jalan tengah sesak, tapi kami boleh pula berkejaran dengan anjing tadi. Moga-moga tiada orang Malaysia yang berada di tempat kejadian. Amiin.. Kalau tak,tak tahu mana cek nak letak muka.. Hehe.
Share/Bookmark

Luaskan Skop Dakwah

Tuesday, March 03, 2009 Posted In Edit This 2 Comments »
Tiada kelas hari ini. Begitu juga esok. Memang seronok tetapi sayang, tiada progres untuk esei. Aduhai.. Perlu lebih bijak bahagikan masa selepas ini.

Moga Pearls of Islam, duo nasyid berunsur rap dari London dapat memeriahkan malam Sister’s Ball, 17 Mac. Dua kumpulan nasyid (Soutun Nisa dan An-Nasehah) telah bersedia membuat persembahan. Dua kumpulan yang mengharumkan nama University of Nottingham di NISE (Nisa’ Nasyeed Extravaganza) di Leeds. Terima kasih,kak! O-hanna, ada sesiapa nak masuk nasyid tahun depan? Nak join.. Hehe..

Tak ketinggalan Rania dengan kumpulan Rayhana. Da ‘cop’ awal-awal untuk membuat persembahan. Tak pernah saya jumpa seseorang yang begitu meminati Raihan, hinggakan hafal hampir setiap bait lagu tanpa sikit pun memahaminya. Jadi, biasanya, saya dan kawan-kawan lain la yang perlu menjadi penterjemah. Tabik spring pada Rania!

Esok ada pemantauan rumah di Raleigh Park. Apalagi,kemas la rumah ini. Bukan hipokrit (kami baru je vacuum rumah minggu lepas k..), tetapi bila ada sesuatu yang memaksa, baru la semangat sikit nak mengemas. Hehe.. Orang rumah saya yang dari Jepun kata,rumah kami ni da cukup bersih. Rumah orang lain lagi teruk. Saya tak tahulah pula kondisi rumah orang selain orang Malaysia. Sempat la berdakwah dengan dia tadi..

‘It’s ok, Shu Wei. By hook or by crook, we have to clean all this, although there are no inspection will take place.’

Kebersihan itu separuh dari iman.

Sebut soal dakwah, saya kira perkataan ini mungkin agak ‘menyeramkan’ bagi sesetengah pihak. Berdasarkan apa yang saya dapat dalam Halaqah tadi, Sister Fullah membetulkan semula erti dakwah yang sebenarnya.

‘Dakwah is not just talk you give to people, but it’s more than that. Your result in exam, your studies and your manners will reflect what Islam is.’

Dakwah, dalam bahasa mudahnya, menyampaikan kebenaran tentang Islam. Melalui perbuatan, percakapan, teknologi dan pelbagai lagi. Jangan kecilkan skop dakwah. Jadi, kiranya bila kita berpekerti mulia, orang akan memandang, indahnya Islam. Bila kita menjaga kebersihan, orang bukan Muslim akan tahu, orang Islam suka akan kebersihan.

Entah mengapa, Sister Fullah kerap menyebut hal ilmu rumahtangga. Geli juga hati mendengarnya. Tapi pada hakikatnya, ilmu itu sangat berguna untuk masa depan. Sister Fullah kata (bukan saya yang kata!), apa sahaja kisah silam pasangan kita (yang sah di sisi Allah), seeloknya tak perlu kita ambil tahu kerana ia boleh menjejaskan hubungan itu. Yang penting, adalah masa sekarang dan masa akan datang.

Sepertimana kita tidak mahu orang mengetahui masa silam kita (terutama ketika berada di zaman ‘Jahiliyyah’), begitu juga kita tidak patut membongkar kisah silam seseorang. Jika dia telah bertaubat nasuha, InsyaAllah, Allah menerima taubatnya. Jadi kita juga perlu menerima dia seadanya. We are no one to be judgemental to the others.

Sebut pasal ‘rumah dan tangga’, geram juga hati bila mengenangkan Kursus Pra Perkahwinan di Leeds 7-8 Mac. Selalu macam ni.. Dua aktiviti bertindan dalam satu masa. 7 Mac- Malaysian Nite. Memang mustahil kalau saya tak pergi. Terukla saya dikerjakan oleh Kak Su dan Kak Sya nanti. Hehe.. Ampun kak… :)

Kak Intan, tolong dengarkan apa yang Ustaz Erfino sampaikan dalam kursus tu nanti ya.. Wah,nanti akak dapat sijil Kursus. Haha.. Sah penggunaan di Malaysia pula tu. Diiktiraf lagi..

Da cukup.. Cerita pasal ni di hari lain pula. InsyaAllah. Usaha untuk esei. Kalau dapat siapkan esei cepat, tu da kira dakwah. Mesti kawan tutor saya dapat gambaran yang Muslim tak suka bertangguh. Usaha!


p/s: Gembira sebab ada editor peribadi.. ^_^


Share/Bookmark

Bila Musim Bunga Menjelang Tiba

Tuesday, March 03, 2009 Posted In Edit This 0 Comments »
Geram dengan khidmat Internet di Raleigh Park yang makin kurang kualitinya. Ai, ni yang rasa nak bayar sewa lambat ni. Mudah sangat Internet ‘tersangkut’ di tengah jalan. Dah la sekarang ada tugasan penting. Esei 1000 perkataan! Dua esei yang perlu dihantar pada masa yang sama. Oh,tidak!

Sekarang suhu dah berada dalam lingkungan 7-10°C.. Bunga pun makin berkembang. Mungkin tak jumpa lagi kot salji. Kecuali kalau Nottingham ni ‘demam’ seperti mana turunnya salji di London tahun lepas di musim bunga. Tapi, saya bersyukur, sebab dapat merasa salji pada tahun pertama pengajian di sini. Dua hari sebelum hari lahir saya pula tu. Allah memakbulkn doa saya. Umpama hadiah untuk hari lahir saya (walaupun sebenarnya banyak lagi rahmat yang Ilahi turunkan buat saya).. Alhamdulillah..


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal.(Surah Ali Imran:190)

Nak kata sekarang da panas, sampaikan boleh mengurangnya ketebalan pakaian, tak logik la pula. Tapi entahla.. Agaknya, orang kat sini gemar menguji thermoregulation badan mereka, boleh tahan sejuk atau tak. Tapi pada hakikatnya, bila angin Nott yang mencengkam berhembus, mereka menggigil kesejukan.

Alangkah peliknya manusia. Belum musim panas lagi, da tak cukup kain. Nasib baik la, bulan 6 ni saya berangkat pulang ke Malaysia.. (Rindu Malaysia sangat-sangat!) Kurang la sikit lihat benda-benda yang boleh melemahkan minda. InsyaAllah. Tapi kan, sebelum balik kena exam dulu. Sebelum exam,kena siapkan esei. Ala.. Ada sesiapa nak hulurkan tangan, ringankan beban? Hehe.. Chaiyok, Su!




Share/Bookmark

Kisah Kita

Sunday, March 01, 2009 Posted In Edit This 0 Comments »
Pelik mengapa Kisah Kita yang menjadi tajuk blog ini? Sedangkan isinya berunsur Islamik.

Kita, ada dua makna dalam diri saya. Kita adalah perkataan yang saya gunakan untuk membahasakan diri saya apabila bersama teman-teman. Sejak dari saat saya punya kawan dan sudah pandai bertutur kata. Masih saya tengah pelat dulu, tak tahulah pula perkataan apa yang saya gunakan. ‘Ite’ kot.. Entah..

Maksud kita yang kedua, sama dengan yang terkandung dalam Kamus Dewan. Tak kiralah, edisi keberapa.

Jadi, konklusinya di sini: Kisah Kita adalah pengalaman yang saya lalui dalam hidup ini, terutama semasa dalam perantauan di bumi Britain, yang ingin saya kongsikan dengan anda semua. Saya sedar, tidak semua orang mendapat peluang yang saya alami tika ini. Namun, ketahuilah, novel terbaik dalam dunia ini adalah kisah hidup anda sendiri.

Saya bukan seorang pengarang ataupun punya ijazah dalam Bahasa Malaysia. Namun, sedaya upaya, saya cuba memantapkan bahasa ibunda saya. Jadi, mohon maaf jika apa yang tertulis kedengaran begitu skema. Bahasa jiwa bangsa.

Saya juga baru berjinak-jinak dengan dunia blog. Sebarang teguran amat saya harapkan. Kerana, teguran dari para sahabat dapat membantu saya menuju titik kesempurnaan.

Wallah hu alam.
Share/Bookmark

Followers