Another love story to be shared.. It happened almost 1500 years ago..
Izinkan untukku mulakan taipan ini dengan kalam agung;Bismillahirrahmanirrahim...
Hari ini aku diberi kesempatan oleh Allah untuk mengemas bilik. Dan aku sempat jua mengemas kotak bukuku yang 'seal'nya sudah terbuka. Lalu, Allah membukakan pintu hatiku untuk mengemas kotak itu.
Di dalamnya kuletakkan koleksi majalah kesayanganku, ANIS: pedoman wanita solehah. Lantas, mataku tertancap pada ANIS keluaran MAC 09, Nora sebagai 'cover'nya. Hatiku tergerak untuk membuka majalah itu. Langsung mataku tertancap pada bait-bait kata tulisan di catatan bahagian editor.
Siapa Khadijah di hati Rasulullah?
Aku terdiam sesaat dua. Ya, siapakah Khadijah di hati Rasulullah? Siti Khadijah ialah isteri kesayangan Rasulullah saw... Apakah yang membuatkan Rasulullah saw amat cinta pada isterinya itu?
Marilah kita sama-sama meneliti ruangan ini. Mari kita semak, apakah faktor yang menjadikan Khadijah begitu istimewa di hati Rasulullah saw...
Sayidatina Khadijah ra mempunyai kedudukan di hati Rasulullah saw. Sehingga baginda ada bersabda:
"Sebaik-baik wanita ialah Maryam binti 'Imran dan Khadijah binti Khuwailid." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Nama Sayidatina Khadijah sering baginda sebut-sebut walaupun setelah isteri kesayangan baginda itu meninggal dunia. Hal ini dicemburui oleh Sayidatina Aisyah ra; sebagaimana pengakuannya:
"Aku tidak pernah cemburu terhadap salah seorang daripada isteri Nabi saw sebagaimana cemburuku terhadap Khadijah. Aku tidak pernah melihatnya. Tapi Nabi saw sering menyebut-nyebut namanya. Kadang-kadang baginda menyembelih kambing, lalu memotongnya menjadi bebrapa bahagian lalu mengirimkannya kepada kawan2 Khadijah. Terkadang aku berkata kepada baginda: "Seolah-olah di dunia ini tiada wanita lain selain Khadijah."
Dan Rasulullah saw menjawab;
"Sesungguhnya Khadijah itu seorang wanita yang utama, bijaksana dan darinya aku dikurniakan anak." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Dalam versi lain Rasulullah saw berkata;
"Khadijah beriman ketika orang2 kafir kepadaku, dia membenarkanku ketika orang2 mendustakanku dan dia membantuku dengan hartanya ketika orang2 memulaukanku." (Riwayat Ahmad)
Memang sukar untuk memperincikan sumbangan Sayidatina Khadijah ra kepada Rasulullah saw sehingga wafatnya, kisah hidupnya penuh dengan pengorbanan. Ketika Nabi saw menyatakan keresahan didatangi Jibril, sifat keibuan yang tinggi dan isteri yang penyayang Sayidatina Khadijah ra yang dapat menenangkan Nabi saw.
Ketika Rasulullah saw berdakwah beliau pula menjadi pembantu perjuangan. Sayidatina Khadijah ra bukan sahaja sanggup memberikan sokongan moral tetapi juga mengeluarkan harta untuk jihad dan perbelanjaan umum. Malah, kekuatan Islam pada peringkat awal digerakkan oleh dana yang disumbangkan oleh beliau. Rasulullah saw dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada dakwah kerana sokongan sumber kewangan Sayidatina Khadijah ra.
Untuk mendapat cinta Rasulullah saw, maka contohilah cinta dan pengorbanan Sayidatina Khadijah ra kepada baginda. Cinta Nabi kepada Ummul Mukminin berakhlak agung ini bukanlah pada kecantikan paras rupa. Tetapi cinta sejati berasaskan pada kesetiaan Sayidatina Khadijah ra, pengorbanannya, kesabarannya, perlindungan, dan pembelaannya serta zuriat yang pernah dikandungkannya.
Marilah kita cemburu sebagaimana kecemburuan Sayidatina Aisyah ra kepada Siti Khadijah. Cemburu Aisyah bukan cemburu buta mengikut nafsu melulu. Tetapi cemburu untuk mencontohi jejak langkah wanita kesayangan Rasulullah saw itu. Kecemburuan itulah yang akhirnya memacu Aisyah ra berazam kuat untuk mengikut jejak langkah Sayidatina Khadijah ra hingga berjaya merebut cinta agung Rasulullah saw.
Tidak rugi berbuat demikian, kerana wanita solehah akan mendapat dua cinta sekaligus. Iaitu balasan cinta daripada suami dan juga cinta Rasulullah saw...
sumber: http://syauqahwardah1209.blogspot.com
p/s :Maaf sebab asyik bercerita soal cinta. Nak ‘balas dendam’ sebab tak dapat hadir ke ceramah Monyetnya Cinta Kita. Sedihnya!!! Berkorban untuk anak bangsa di Melaka. Kena berlapang dada ni.. Ingat- tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Sesiapa yang pergi, tolong pasang empat telinga ye..
Tapi kan, sirah tentang Siti Khadijah ni memang ‘sweet’ sangat.. Kalau kita rasa kisah Romeo Juliet tu paling menarik, ada lagi kisah cinta dalam sirah Islam yang lebih agung. Saya nak jadi Sayidatina Siti Khadijah ke Sayidatina Aisyah ye? Hmm..
2 comments:
Salam,apa khabar,saya dah kembali ke blog,minta maaf menyepi lama,lama saya tak tulis di ruang komen ini.hu3o...terima kasih...
wslm.jazakallah sudi ziarah..selamat kembali ke jihad blog^_^
Post a Comment