Friday, 29 April 2016

Sihat Sebelum Sakit

CELIK HARTA#2

Isnin lepas, gaji pekerja kerajaan masuk. Sibuk menyiapkan kerja sebelum cuti akhir semester bermula. Sampai tak sempat nak akses e-gaji.

Selasa esoknya, badan sudah mula tidak sihat, berjangkit dari anak-anak Boboiboy kuasa 2. Sakit tekak, selsema, batuk, pening kepala semua ada. Sampaikan terpaksa minta direhatkan dari mengawas peperiksaan di sebelah petang. Gaji sampai ke sudah tak tahu dapat berapa.

Rabu, demam. Mujur sudah bermula cuti. Kepala terasa berat hingga tiada nafsu untuk berwhatsapp, melayari facebook mahupun mengakses e-gaji. Segala perancangan untuk gaji April 2016 bagaikan hilang. Inikan pula hendak membeli belah atau makan sedap, meraikan gaji yang masuk.

Hanya bila Khamis menjelang dan kesihatan mulai pulih, baru disedari pergerakan gaji baru dan tunggakan gaji diterima. Dan potongan cukai bulanan pertama kali diterima (*_*).

Benarlah, ada duit tapi kesihatan tiada, duit itu tiada nilainya. Waktu sihat dan muda inilah kita menikmati hidup sebaiknya. Manfaatkan untuk kebaikan agama, diri dan keluarga.

Bak kata rakan pensyarah senior saya, "Nanti Su pun akan sampai tahap akak (umur 50-an), gaji banyak. tapi da tak tahu nak buat apa dengan gaji tu. Nak membeli-belah, tiada siapa nak temankan. Nak bercuti pun da tak larat. Nak beli tanah pun, tak kuasa nak usahakan."

Bertindaklah sekarang. Usah tunggu gaji banyak baru nak mengumpul harta, melabur wang, menimba pengalaman di tempat orang. Sementara masih sihat dan muda, nikmatilah nikmat ini. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara^^

#celikharta
#hartaduniasahamakhirat

No comments:

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...