Asalnya tiada perancangan nak turun berprogram haraki malam ni di Seremban. Tambah-tambah suami belum balik dari wedding photoshoot di Gemencheh. Dan kami anak beranak masih di Melaka.
Tapi bila ada abang senior kawasan bagitahu di whatsapp group, suami ada cakap keberangkalian untuk hadir malam ini, perancangan terus diubah. Tak mengapa lambat sampai. Setidaknya ada penglibatan kami sedikit sebanyak untuk menangkan Islam dalam pilihanraya kali ini.
***
Bila bujang, nak turun program jemaah ke tak, kita yang tentukan. Nak atau tak. Kalau nak, penat macam mana pun akan dilaratkan. Jauh macam mana pun akan diusahakan. Tiada duit bagaimana sekalipun, cukup dengan percaya Allah itu ada. Tiba-tiba ada sahaja bantuanNya yang tidak disangka tiba.
Bila berkahwin, nak turun program jemaah atau tak, kita juga yang tentukan. Bezanya, sebab untuk kata tak itu. Adakala sebab anak-anak. Tiada yang dapat jaga. Adakala sebab pasangan. Takut pasangan ada perancangan lain. Jadi hasrat nak berprogram dipendamkan saja.
Tapi hakikatnya kita yang kena kuat untuk terus istiqamah menyumbang dan turun padang. Pernah seorang pimpinan muslimat beritahu, jangan beri alasan sebab anak-anak atau suami sedangkan kita yang tak nak buat kerja Islam. Takut Allah tarik nikmat keluarga itu.. Nauzubillahi min zalik.8
Nak ke tak, kita sendiri yang tentukan. Challenge will always lies in front us. The only choice that we have is just to stay strong.
***
Ini musim PRU kedua kami bersama. Jika musim yang pertama, cabarannya untuk 'mengkaderkan' suami sendiri di saat musim perang pilihanraya. Dan alhamdulillah keinginannya berintima' dalam bahtera perjuangan yang sama hadir sendiri.
Dan kini musim kedua. Cabarannya ialah kepada saya sendiri. Untuk melepaskan suami ke lapangan di saat komitmen keluarga semakin bertambah. Moga bila Umar bakal dihantar ke pengasuh tak lama lagi, suami lebih bebas bergerak untuk tolong memacak bendera, mengedar risalah dan mencula pengundi.
Pengorbanan itu perlu. Kerana syurga itu bukan percuma.
Mengimbau kenangan manis berdua dari Senawang ke Melaka sambil bendera besar berkibar dari tingkap kereta di hari mengundi,
Nur Suhaila Zulkifli
No comments:
Post a Comment