Ummu Syuhada'
Aku menulis untuk berkongsi, Aku menulis untuk memberi, Aku menulis untuk menjadi amal jariah selepas aku mati.
Saturday, 8 December 2018
Pelepasan Cukai 2018
Jadi di sini, saya nak kongsikan senarai pelepasan cukai yang boleh dituntut untuk tahun taksiran 2018. Sama sahaja dengan 2017.
1) Individu (sendiri) : RM9000
2) Ibu bapa
Jika ibu bapa disahkan sakit, pelepasan ke atas perbelanjaan perubatan dan penjaga ibu bapa: terhad RM5000
atau
Jika IBU/BAPA SIHAT, BERUMUR 60 TAHUN ke atas dan berpendapatan bawah RM24,000 setahun, pelepasan diberi terhad RM1500 setiap ibu atau bapa.
3) Kurang upaya
(i) Pelepasan untuk peralatan sokongan asas untuk kegunaan sendiri, pasangan, anak atau ibu bapa: terhad RM6,000
(ii) Pelepasan untuk individu yang kurang upaya: RM6,000
(iii) Pelepasan untuk pasangan yang kurang upaya: RM3,500
(iv) Pelepasan untuk anak yang kurang upaya: RM6,000 seorang
4) Yuran pendidikan (sendiri): terhad RM7,000
(i) peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah - sebarang kursus pengajian
(ii) peringkat lain - bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi
5) Perubatan
(i) Perbelanjaan perubatan penyakit kritikal (diri sendiri, pasangan atau anak-anak): terhad RM6,000
(ii) Pemeriksaan perubatan penuh (diri sendiri, pasangan atau anak): terhad RM500
6) GAYA HIDUP: terhad RM2,500
(i) Pembelian bahan bacaan untuk diri sendiri, pasangan atau anak
(ii) Pembelian komputer peribadi, TELEFON PINTAR atau tablet untuk diri sendiri, pasangan atau anak
(iii) Pembelian peralatan sukan hayat singkat dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, pasangan atau anak
(iv) BAYARAN LANGGANAN INTERNET (termasuk BIL TELEFON bulanan)
7) PERALATAN PENYUSUAN: terhad RM1,000
Potongan dibenarkan sekali untuk 2 tahun dan pelepasan hanya untuk wanita sahaja.
8) YURAN TASKA/ PRA SEKOLAH: terhad RM1,000
Untuk anak 6 tahun ke bawah.
(Walaupun pelepasan tak banyak berbanding ratusan ringgit yuran dibayar, tapi ini sangat membantu. Mohon naikkan lagi had please.. Hehe..)
9) SSPN (tabungan bersih): terhad RM6,000
Tabungan bersih: jumlah simpanan 2018- jumlah pengeluaran 2018
Nak jimat, simpan RM6,000 pada 2018, keluarkan pada 2019. Tapi 2019, tak dapat pelepasan SSPN la. Melainkan simpan RM12,000. Huk huk huk..
Kalau yang masuk SSPN-i Plus, boleh dapat pelepasan cukai sehingga RM12,000 (RM6,000 bawah SSPN, RM6,000 lagi bawah insurans nyawa-kalau tiada langsung takaful nyawa lain dan KWSP).
10) Faedah Pinjaman Perumahan: terhad RM10,000
Pelepasan diberi ke atas faedah yang dibayar pada tahun 2009, 2010 dan 2011. Bukan bayaran bulanan. Rujuk penyata pinjaman dari bank.
Syarat:
- perjanjian jual beli ditandatangani antara 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010 SAHAJA.
Selain itu, tak layak dapat pelepasan ini.
- mesti rumah pertama dan diduduki, bukan disewakan.
11) Pasangan Tidak Bekerja: terhad RM3,000
(i) Pelepasan bagi pasangan yang tiada punca pendapatan/ tiada jumlah pendapatan atau individu memilih taksiran bersama
ATAU
(ii) Bayaran nafkah kepada bekas isteri di bawah perjanjian rasmi
12) Anak
(i) anak bawah 18 tahun: RM2,000 seorang
(ii) anak 18 tahun ke atas, belum berkahwin dan sedang mengikuti pengajian pra-ijazah sepenuh masa: RM2,000 seorang
(iii) anak 18 tahun ke atas, belum berkahwin dan sedang mengikuti pengajian diploma atau ke atas sepenuh masa: RM6,000 seorang
13) Insurans nyawa dan KWSP: terhad RM6,000
14) SKIM PERSARAAN SWASTA: terhad RM3,000
Yang ini boleh dapat 'pulangan balik' RM1,000 dari kerajaan kalau pencarum berumur 20 ke 31 tahun. Tapi tahun ni last dapat insentif RM1000 tu. Kena cepat rebut peluang.
15) Insurans pendidikan dan perubatan: terhad RM3,000
Termasuk medical card dan takaful untuk anak-anak.
16) Caruman PERKESO: terhad RM250
Tips pelepasan cukai lain:
1) ZAKAT: Pelepasan penuh dari jumlah cukai yang dikenakan. Orang yang kena cukai banyak wajiblah bayar zakat ya. Biasanya hujung tahun macam ni, pusat zakat aktif buat kempen bayar zakat.
2) DERMA: Buat sumbangan ke badan atau organisasi yang dibenarkan mendapat pelepasan cukai dari kerajaan.
3) RESIT: Semua penyata dan resit perlu disimpan. Kalau yang resit karbon tu, seeloknya difotostat atau scan siap-siap. Takut karbon tu hilang.
4) TELUS: Pendapatan tambahan seperti komisyen silalah declare. Lambat laun LHDN akan audit kita juga. Dan kalau ada yang kita tak declare, lagi banyak bayaran balik kita kena denda. Nak tahu cara nak kurangkan cukai untuk pendapatan tambahan ni boleh pm tepi.
5) TAKSIRAN BERASINGAN: Ramai yang kata untuk yang telah berkahwin, lebih untung jika isi E-Filing secara berasingan bagi suami isteri. Tapi untuk anak, kena bahagi dua la.
Ada apa-apa yang saya tertinggal, boleh tambah di komen ya.
Moga bermanfaat.
Nota kaki: Gambar selingan.
Bukan ejen LHDN,
Nur Suhaila Zulkifli
"Verily, my solah, my sacrifice, my living, and my dying are for Allah, the Lord of all that exists."
Nur Suhaila Zulkifli
Port Dickson
Sunday, 15 July 2018
Passion
"Awak ni asyik tak datang kelas sebab migrain.. Kena cek kot takut ada masalah lain." Risau memikirkan kesihatan anak murid di hadapan.
"Sebenarnya madam, tu bukan sebab migrain." Jawapan pelajar itu mengejutkan saya.
"Tapi surat MC ni doktor yang tulis kan?"
Matanya mula berkaca.
"It's ok, take your time. When you are ready, boleh cerita kat cikgu." I tried to comfort her. Though I'm very bad on that.
Lama pelajar itu terdiam. Akhirnya dia mula bersuara.
"Saya jumpa doktor sebab stress, madam. Saya tak suka belajar sains."
"Eh, kenapa? Cikgu tengok result awak ok je."
"Saya minat seni, madam. Tapi mak saya tak bagi. Dia nak saya ambil sains. Tapi saya tak minat. Saya tak suka."
Terkedu walaupun ini bukan pertama kali kisah sebenar sebegini berlaku. Ada pelajar di sini yang sampai sengaja menggagalkan diri, masuk lewat ke dewan peperiksaan, tidak menyiapkan tugasan, apatah lagi menimbulkan masalah disiplin. Semata-mata mahu menunjukkan protes, lantaran terpaksa mengikut kemahuan ibu bapa. Mereka ada cita-cita lain. Tapi ibu bapa sudah tetapkan cita-cita untuk mereka.
Dan pelajar saya ini, dia bakal bertemu pakar psikiatri. Saya cadangkan dia bawa bersama ibu bapanya. Agar mereka sedar, anak ini sedang menderita dengan desakan mereka.
***
"Hi Madam! Any advice for our UPU's application?" beberapa pelajar datang bertanya pendapat. Sebenarnya lebih nak bermanja-manja. Suruh datang mengulangkaji, kamain liat.
"Choose the course you're really passionate in." Ayat awalnya begini sahaja. Tapi of course, panjang berjela la cikgu mereka ini bercerita selepas itu.
Bila mereka minat, mereka pasti akan pergi lebih jauh. Belajar untuk bekerja, tidak bawa ke mana. Tiada jaminan, kerja itu sentiasa punya lambakan kekosongan.
Waktu saya belajar di matrikulasi dulu, kekosongan jawatan guru dan pensyarah sangat banyak. Begitu juga dengan doktor. Tapi bila kami telah bergelar graduan, masih perlu menunggu hampir setahun juga untuk penempatan. Sama seperti rakan-rakan bakal doktor.
Itu hanyalah permulaan. Cabaran di alam pekerjaan jauh lebih banyak melintang jalan. Dan hanya yang kuat mampu bertahan. Dan biasanya mereka ini yang punya 'passion'.
Jika sekadar bekerja nak mengejar gaji, duit dapat tapi jiwa tak senang. Nak kejar duit takat mana, sedangkan kita makin dimamah usia. Hidup adalah saham untuk akhirat. Buat perkara yang beri kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Sayangnya hidup kita bukan lama. Kita hanya punya masa berbaki lagi sekitar 40 tahun, atau mungkin lebih singkat dari itu. Tak banyak masa tinggal untuk dibazirkan. Dan untuk merasa bahagia, kita perlu suka dengan apa yang kita buat. Minat. Passion.
Asal minat, semua jadi. Lihat sahaja pemain bola sepak waktu FIFA World Cup sekarang. Anda fikir mereka berlari mengejar bola kerana mengejar duit? Hanya minat yang akan bawa mereka sejauh itu. Menjadi pemain bertaraf dunia. Walaupun bakal berpencen awal apabila memilih kerjaya sebagai pemain bola sepak.
Bila minat, berjaya itu matlamat utama, kaya itu perkara kedua. Saya sudah jumpa doktor yang berjaya dan kaya. Hari bekerja, beliau di kliniknya. Hujung minggu, mengajar di kolej perubatan. Punya beberapa hartanah, simpanan emas berkilo dan beberapa akaun unit trust. Penat? Saya tak nampak kepenatan di wajahnya.
Saya juga sudah jumpa anak muda yang buka bengkel servis kereta. Baru sahaja kedainya dibuka, tapi tak lama, sentiasa penuh dengan orang. Dulunya buka hingga pukul 6 petang sahaja. Sekarang sampai 8 malam. Meski sudah lewat, masih ramah melayan pelanggan yang datang. Tak kiralah yang datang sekadar nak tampal tayar yang bocor dengan kos RM5 mahupun yang mahu tukar tayar beserta sport rim yang cecah seribu lebih. Dialah tauke. Tapi masih sama-sama bekerja servis kereta dengan para pekerjanya.
Seorang berprofesion tinggi. Seorang lagi bertenaga mahir. Persamaan mereka, passion.
Nak jadi apa pun, nak buat pekerjaan apa pun, buatlah apa yang kita minat.
Walaupun sekadar jurujual di pasar malam. Nak menjual kek, biarlah minat membuat kek. In shaa Allah tak pandai awalnya pasti jadi pandai sebab semangat nak hasilkan kek sedap.
Nak menjual barang permainan kanak-kanak, biarlah minat melayan kanak-kanak. Janganlah sampai kanak-kanak datang belek-belek mainan plastik yang dijual, dijeritnya, "jangan sentuh, pecah nanti mainan tu!" (Frankly speaking, just heard it a few hours ago).
Bekerjalah sebab minat. In shaa Allah terserlah keikhlasannya.
Love the life you live. Live the life you love.
***
Passion Umar ialah makan. Jadi bukan pelik tengok dia makan sambil tidur. Tapi profesion apa bakal dipilihnya, Ummi belum tahu. Tak pe nak, yang penting kamu minat.
Sunday, 1 April 2018
Fateh Oh Fateh..
Perbualan semalam dengan Fateh.
Pukul 6 pm
Fateh: Abi, kita nak di mandi tolam ter?
Ummi: Esok gi. Hari ni kolam tutup (terpaksa tipu sebab semalam da lewat).
Pukul 9 malam
Fateh: Ummi, esyok kita mandi tolam?
Ummi: Petang esok. (Boleh pulak dia ingat lagi. Sedangkan cakap gitu je kat dalam kereta tadi).
Fateh: Esyok petang kita mandi tolam.
(Diulang ayat Ummi. Untuk peringatan barangkali)
Ummi: Okay.. Tapi Fateh takle buat perangai. Tak nak buat hal. Buat perangai, Ummi tak nak bawa mandi kolam. Dengar?
(Suara dikeraskan sebagai penegasan)
Fateh: Dengar.. (dia angguk)
Ummi: Faham tak?
Fateh: Faham..
Ummi: Jadi budak baik, Ummi bawa mandi kolam.
Pesan terakhir supaya hari ini dia jaga tingkah laku. Ummi dan Abi ada Muktamar Agung Kawasan pagi ni. Dan dua-dua kerinting ni bakal dibawa sama.
***
Dapat Ummi diktator, Fateh memang tak banyak hal sangat kalau Ummi dok berdua ngan dia je. Dia da tahu, apa mainan dia minta beli, dia tak dapat. Handphone, komputer takkan dapat tengok.
Tapi bila Abi dia ada, nak itu ini la, nak mengamuk la, macam-macam hal dia buat perangai.
Fateh- dari kecil sampai besar, bukan mudah nak hadap dia. Berbeza sangat dengan Umar. Apa pun, setiap anak itu istimewa. Membesarkan dan membentuk seorang pejuang agama Allah itu sendiri bukan mudah.
Saturday, 24 March 2018
Musim Perang Bermula
Asalnya tiada perancangan nak turun berprogram haraki malam ni di Seremban. Tambah-tambah suami belum balik dari wedding photoshoot di Gemencheh. Dan kami anak beranak masih di Melaka.
Tapi bila ada abang senior kawasan bagitahu di whatsapp group, suami ada cakap keberangkalian untuk hadir malam ini, perancangan terus diubah. Tak mengapa lambat sampai. Setidaknya ada penglibatan kami sedikit sebanyak untuk menangkan Islam dalam pilihanraya kali ini.
***
Bila bujang, nak turun program jemaah ke tak, kita yang tentukan. Nak atau tak. Kalau nak, penat macam mana pun akan dilaratkan. Jauh macam mana pun akan diusahakan. Tiada duit bagaimana sekalipun, cukup dengan percaya Allah itu ada. Tiba-tiba ada sahaja bantuanNya yang tidak disangka tiba.
Bila berkahwin, nak turun program jemaah atau tak, kita juga yang tentukan. Bezanya, sebab untuk kata tak itu. Adakala sebab anak-anak. Tiada yang dapat jaga. Adakala sebab pasangan. Takut pasangan ada perancangan lain. Jadi hasrat nak berprogram dipendamkan saja.
Tapi hakikatnya kita yang kena kuat untuk terus istiqamah menyumbang dan turun padang. Pernah seorang pimpinan muslimat beritahu, jangan beri alasan sebab anak-anak atau suami sedangkan kita yang tak nak buat kerja Islam. Takut Allah tarik nikmat keluarga itu.. Nauzubillahi min zalik.8
Nak ke tak, kita sendiri yang tentukan. Challenge will always lies in front us. The only choice that we have is just to stay strong.
***
Ini musim PRU kedua kami bersama. Jika musim yang pertama, cabarannya untuk 'mengkaderkan' suami sendiri di saat musim perang pilihanraya. Dan alhamdulillah keinginannya berintima' dalam bahtera perjuangan yang sama hadir sendiri.
Dan kini musim kedua. Cabarannya ialah kepada saya sendiri. Untuk melepaskan suami ke lapangan di saat komitmen keluarga semakin bertambah. Moga bila Umar bakal dihantar ke pengasuh tak lama lagi, suami lebih bebas bergerak untuk tolong memacak bendera, mengedar risalah dan mencula pengundi.
Pengorbanan itu perlu. Kerana syurga itu bukan percuma.
Mengimbau kenangan manis berdua dari Senawang ke Melaka sambil bendera besar berkibar dari tingkap kereta di hari mengundi,
Nur Suhaila Zulkifli
Friday, 16 March 2018
Terlupa
Tadi di IKIM.fm ada motivasi pagi berkenaan TERLUPA.
Ustaz kata terlupa tu memang Allah cipta untuk kita. Sedangkan Nabi Musa sendiri telah terlupa pesan Allah, yang baginda akan jumpa Nabi Khidir di tempat ikan melompat masuk ke sampannya. Inikan pula kita manusia biasa yang terlupa hal dan pesan manusiawi.
Bila terlupa, Allah angkat dosa dari seseorang itu saat dia terlupa. Allah cipta hikmah terlupa itu agar kita tak terus-terusan ingat peristiwa yang menyedihkan. Contohnya kematian keluarga dan sebagainya.
Tapi kita juga perlu memohon agar keterlupaan kita itu tidak sampai membawa keburukan..
***
Sangat tepat rasanya tajuk ini dibincangkan pada saat kita digemparkan dengan peristiwa menyayat hati yang berlaku semalam.. Usahlah dipersalahkan ibu yang terlupa itu. Anak syurga itu memang Allah mahu ambil kembali. Cuma asbab pemergiannya atas cara itu.
Kita juga adakala boleh sahaja terlupa dan terleka. Cuma kita perlu sentiasa minta padaNya, jangan sampai keterlupaan kita itu membawa kepada keburukan.
Tuesday, 27 February 2018
Belajar dari Fateh
Fateh: "Ummi, syeronok mainnn.."
Ummi: "Oh, Ateh main apa?"
Fateh: "Tunjuk obot (robot).."
Ummi: "Ateh tunjuk robot kat sapa?"
Fateh: "Kat tawan-tawann (kawan).."
Keletah dia bercerita situasi di taman permainan tadi. Sedangkan hakikatnya Ummi tahu, kawan-kawan tu tak berapa nak 'masuk' pun dengan Fateh. Dari awal Ummi memerhati. Tapi tak boleh salahkan kanak-kanak yang ada itu.
Mana taknya, mereka yang lain sudah biasa berkawan sesama mereka. Satu sekolah. Fateh entah dari mana muncul, datang nak join mereka. Jadi kehadiran Fateh memang tidak begitu dihiraukan.
Cuma ada satu saat, Ummi perhatikan, ada seorang yang turut menunjukkan robotnya pada Fateh. Hanya untuk 3 minit interaksi mereka. Tapi Fateh cukup terhibur. Sepanjang perjalanan pulang, dia bercerita seronoknya petang tadi.
***
Betapa terhiburnya Fateh dengan sekelumit detik interaksi itu cukup menjentik hati Ummi.
Betapa anak ini begitu polos. Mereka begitu mudah mensyukuri apa yang ada. Walau itu hanya secebis nikmat.
Betapa besarnya jiwa mereka. Ditolak dipulau pun, masih datang rasa ingin mendekati. Tiada dendam mahupun amarah berbekas dalam hati.
Sungguh, anak ini membawa peringatan dari Allah. Mengingatkan kita tentang erti hidup sebagai hamba.
Friday, 23 February 2018
Week 11
This tiny gift from God is growing healthily inside Ummi's womb. Alhamdulillah, semuanya sempurna. Jantungnya berdegup kencang, tangan kaki juga aktif bergerak waktu discan semalam.
You are strong, baby. Despite all the hardships we've been through. Dengan segala kesibukan, kemelut berhadapan manusia-manusia yang memberi tekanan.
In shaa Allah we will pass all these obstacles. And you will be someone soon. In shaa Allah.
#week11
Pelepasan Cukai 2018
Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...
-
(dari buku Fiqh Sirah 1- Syeikh Ramadan al-Buti) Kisah penghijrahan sahabat ke bumi Habsyah. Di sana, terdapat panduan yang mengajar antara...
-
Kisah Ka’ab bin Malik Dalam Perang Tabuk Kisah ini bukan kisah pertama yang ditulis di buku Teladan Tarbiyah yang saya ulas di artikel sebel...
-
Pernah dengar yang ringgit da tak diterima kat Tanah Haram? Tak boleh guna kad Visa@Mastercard kita di ATM sini? Ok, itu semua mitos ya.. B...